Monday, October 26, 2009

Bicara Hati, Diri, Jiwa dan Iman


Diri: Wahai Hati, kenapa aku sering merasa engkau selalu kesedihan?

Hati: Barangkali hidupku ini untuk diratap. Kerana itu aku sentiasa bersedih.

Diri: tapi, bukankah hidup ini pasti ada manis dan pahitnya. Namun, kenapa pula pahit lebih kau rasai?

Hati: Mungkin pahit itu penawar perit di hatiku. Wahai Diri, kenapa kau bertanya hal itu?

Diri: Kerana aku turut tersiksa dengan perasaan mu. Mungkinkah ada penawarnya agar suatu hari nanti aku juga dapat merasa sedikit bahagiamu? Andai kau sedari, sudah sekian lama hatimu berlagu pilu sehingga aku termanggu sendu.

Hati: Aku dan hidupku selamanya mencari penawar itu. namun aku rasa terlalu banyak noda di hatiku. Sehingga ruang-ruang yang meliputiku gelap tanpa sekilas cahaya untuk menunjuki jalan-jalan menuju penawar itu. [Tiba-tiba Hati menangis].

Diri: Hati, janganlah begitu, aku tersiksa mendengar tangismu. Tangis hatimu terlalu sendu dan pilu. Terkadang aku merasa terlalu sedih dengan lagu sendu hatimu. Khabarkanlah dukamu itu.

Hati: Diri, aku ini hati yang rindu. Aku perindu pada kenangan lalu. Kenangan lalu yang terindah telah meragut senyumku. Aku terkadang lemah untuk bangkit. Aku terus terdampar di pesisir lautan tangisan.

Diri: Sudahlah, Hati. Aku sangka kau sudah melupakannya. Biarkanlah segala kenangan itu berlalu. Bukankah itu sudah takdirNya, siapa pula kita untuk menghalangnya.

Hati: Aku bukan menghalangi takdirNya, aku juga tidak akan mampu melawan ketentuanNya. Namun terlalu berat untuk aku lalui takdir ini. Aku tidak mampu melupakan kenangan semalam. Ia terlalu indah untuk diingati, namun terlalu duka untuk dihayati. Aku lemah, Diri. [Akhirnya masing-masing menangis]

Diri: Namun, bukankah masa itu penawar segala duka? Bukankah peristiwa itu sudah lama berlalu?

Hati: Benar, masa akan merawat duka. Namun jauh disudut hatiku, aku tidak mampu melepaskan kenangan itu pergi. Bagaimana manmpu sedangkan aku selalu rindu. Tidaklah aku mampu melupakan sesuatu yang selalu aku rindui. Hai Diri, aku sudah penat dengan tangisanku. Namun aku tidak mampu jua menyekanya. Tubir hatiku selalu digenangi air mata rindu. Aku rindu merasa damai dalam pelukan mereka. Aku rindu, Diri.

Diri: Aku mengerti, aku menyaksikan peristiwa itu. Namun, seperti kataku, ia sudah lama berlalu. Cukup-cukuplah merajut rindu. Bukankah rindu itu selalu diiringi sendu. Dan sendu itu hanya menambah luka di hatimu. Rawatlah luka itu, hati. Aku terlalu bersimpati dengan termanggumu itu. cukuplah meratap hal yang lalu. Biarkan kenangan itu pergi darimu, jika ia hanya menambah dukamu. Hidup ini masih panjang untuk dilalui. Janganlah dihabiskan sisa umurmu dengan berair mata.

Hati: Hai Diri. Aku sudah lama memikirkan hal itu. aku masih mencuba melupakan kenagan lalu. Namun terkadang ia kembali memburu rinduku. Ia mengajakku menjejaki lorong-lorong kehidupan lalu yang terkadang memberi aku sekuntum senyuman lantaran imaginasi bahagia yang ku rasa. Namun, terlalu banyak pula duka selepas itu. Diri, aku sentiasa mengerti, kenangan itu tidak mungkin lagi kembali. Hari semalam tidak lagi seperti hari ini. Dakap mereka tidak mungkin lagi aku rasai. Senyum mereka tidak dapat lagi aku ciumi. Hai Diri, aku benar-benar sendiri ketika ini. Aku benar-benar telalu letih dengan tangisan hatiku. Aku semakin lemah untuk keluar dari kepompong duka ini.

Diri: Hati, dugamu salah sekali. Kau pasti bertemu mereka kembali. Dunia ini bukan tempat penyatuan abadi. Maka usahlah kau menunggu-nunggu untuk kembali bersatu. Hanya syurga tempat penyatuan abadi. Kau pasti akan bersama mereka di syurga. Kau pasti mengiringi mereka dengan tawa bukan lagi dengan sendu kecewa. Bukankah syurga itu disediakan untuk sebuah hati? Untuk hati-hati yang tenang? Tidakkah kau mahu menjadi hati yang tenang?

Hati: Benarkah? Tapi bagaimana untuk sampai ke syurga? Bukankah kematian itu satu-satunya cara untuk kesana? Namun, hatiku bukan hati yang tenang. Maka, syurga itu bukanlah milikku jua, Diri.

Diri: Jangan pula kau berperasangka begitu. Nanti bertambah duka hatimu. Benar, hanya kematian akan membawa kau kembali kepangkuan mereka. Namun, jika hatimu bukan hati yang tenang, makan kematian tidak juga akan menghubungkan kamu ke sana. Sia-sialah mereka menantimu di pintu syurga. Tidakkah kau rasa sia-siamu tiada hujungnya?

Hati: Lalu bagaimana dapat aku jadi hati yang tenang. Hati pemilik syurga? Hati yang akan bersatu dengan mereka? Tunjukan aku caranya, Diri.

Diri: Hai hati, aku tidak mampu membawamu ke sana. Aku hanya menuruti segala tingkahmu bukan mengarahi hidupmu. Namun, aku akan temukan engkau dengan dia. Dia ada antara kita namun tidak mungkin kita melihatnya. Dia punya penawar dan cara untuk membawamu ke syurga.

Hati: Kalau begitu, segera bawa aku berjumpanya.

Diri: Dia akan hadir apabila saja kau memanggilnya. Panggillah dia dengan sederhana tapi penuh pengharapan.

Hati: Bagaimana harus ku panggi dia? Apa namanya? Siapa dia?

Diri: Dia adalah aku dan kau juga. Dialah sebenarnya raja diri dan hati. Panggilah dia Jiwa.

Hati: Jiwa?

[Diri berlalu pergi]

Hati: Wahai Diri, siapa dia? Baikkah dia? Mampukah dia merawat dukaku ini? Janganlah kau pergi dahulu. Bagaimana harus aku panggil dia?

Wahai Jiwa,
Kata Diri engkau ada antara kami, engkau raja diri dan aku. maka sudah pasti kau mengetahui rasa hatiku selama ini. Aku mohon izinmu, tunjukkanlah rupamu agar aku mampu berbicara denganmu. Aku khuatir aku akan terus hanyut dalam kesedihan ini.

Jiwa: Wahai Hati. Sesungguhnya urusanku hanyalah dalam pengetahuan Tuhanku. Andai kau mahupun Diri bertanya tentangku, katakanlah. “Urusan ruh itu urusan TuhanMu”. Akulah Ruh dan Jiwamu. Akulah yang menggerakan diri dan hatimu. Berbicaralah denganku walau engkau tidak mampu melihat wajahku. Cantik mahupun buruk, jahat mahu pun baik jiwaku, terletak bagaimana kau canang hatimu. Kau punya kuasa untuk mencipta baik buruk hatimu tapi waspadalah, diri yang menemanimu dan melindungimu juga akan sentiasa terkena tempiasnya.

Hati: Aku ini hati yang sentiasa sendu. Sudah sekian lama tubir hatiku digenangi air mata tangisan lalu. Aku ini telah menjadi hati yang rindu. Rinduku bukan suatu yang madu untuk dirasai, tapi hempedu yang pahit untuk dinikmati. Namun aku sedar, inilah rupa duniaku. Tangisan ini seperti akan terus mengiringi hatiku sampai mati. Aku hati yang rindu terlalu pada mereka. Wahai Jiwa, andai kau tahu siksa hatiku menerima ketentuan takdir Ilahi. Sehingga suatu ketika dahulu aku pernah mempersoalkan takdir yang Esa. Namun, aku menyedarinya kini dan aku menginsafinya. Tapi, rindu itu walau masa lama telah berlalu, masih sukar untuk dilepaskan pergi. Aku terlalu takut untuk membiarkan kenangan itu hanyut tanpa kesan dalam hari-hari mendatang. Aku terlalu menyayangi kenangan semalam. Aku berusaha untuk mengingatinya walaupun ia selalu membuatku menangis. Itulah kenangan-kenangan untuk mengusap rinduku. Wahai Jiwa, khabarkanlah padaku, bagaimana harus aku hentikan tangisan ini tanpa perlu ku menyiksa hatiku untuk melupakannya.

Jiwa: Wahai Hati yang sendu. Benar hidup ini banyak tangis dari ketawa. Takdir itu yakinlah yang terbaik yang disediakan untukmu. Ingatlah, siapakah yang menentukan takdir itu? Andai kau tahu dan kau mengenali Dia, pasti kau tidak akan meragui apatah lagi menyoal kewarasan takdir yang ditentukanNya. Bukankah di hatimu itu adalah tempat hidupnya sebuah Iman? Kenalikah engkau dengan wajah imanmu sendiri?

Hati: Iman? Siapa pula Iman? [Tiba-tiba Iman bersuara tanpa juga rupa dan Jiwa hilang]

Iman: Akulah Iman yang hidup dalam hatimu semenjak kau lahir ke muka bumi. Hai Hati, alangkah aku turut merasai dukamu. Namun sayangnya hanya Diri menjadi tempat meluah dukamu sedangkan aku satu-satunya punya penawarnya.

Hati: Iman? Aku tidak melupakan kau, aku masih beribadah kepada Allah untuk meningkatkan darjatmu. Aku kenali siapa engkau. Janganlah kau menambah kecewaku kerana lupa tentang engkau. Aku menghargaimu seperti aku menghargai Diri.

Iman: Tidak, kau hidup dibawah bayangan kesamaran ibadahmu. Kau berusaha meningkatkan darjatku, namun, pernahkah kau cuba mengenali siapa aku sebagai iman yang telah bernadi dalam hatimu semenjak kau merasa dunia ini?

Hati: Maksudmu? Lalu siapa pula engkau?

Iman: Akulah iman yang harus kau patri dalam hatimu bahawa HANYA ALLAH YANG LAYAK MENJADI TUHAN SATU UNTUKMU DAN MUHAMMAD YANG AMANAH DIBERI WAHYU DAN DIANGKAT MENJADI RASULULLAH KECINTAAN ALLAH SEBAGAI PEMBAWA RISALAH KALIMAH AGUNG TUHANMU. Mungkin ia sudah biasa kau dengar pengenalan sebegini dari Diri. Tapi ingatlah, akulah penawar duka dan kecewamu, bukan Diri, bukan Jiwa mahupun hatimu sendiri.

Hati: Jika begitu, khabarkan aku caranya, usahalah kau panjangkan ceritamu. Aku sudah terlalu penat mencari penawarnya merata, aku mohon untuk tidak lagi kecewa.

Iman: Hati, mengertilah tatkala kau mengucapkan shahadatain itu, sesungguhnya kau telah bersaksi dengan diri, hati dan jiwamu bahawa keimanan iaitu aku, yang kau percayai segenap hatimu itu bermaksud satu keredoan atas segala ketentuanNya kepada setiap liku-liku kehidupanmu. Apapun takdir yang membuatmu menangis, pujuklah hatimu bahawa engkau redo baik ataupun buruk takdirnya. Moga yang baik itu memberimu kebaikan yang langsung kau nampaki dan moga juga kau tidak buta dalam hanyutan takdir kesedihan kerana seperti kataku redolah! tentu setiap takdir duka itu ada hikmahnya yang ditangguh kemunculannya. Tapi yakinlah hikmah dan rahmat itu akan mengiringmu dengan syarat kau redo walau dalam tangisanmu.

Hati: Maksudmu, selama ini imanku tidak benar?

Iman: Imanmu itu sudah benar, tapi masih jauh dari kesempurnaan. Anggaplah takdir kehilangan dan derita merajut kerinduan ini kau jadikan sebagai wacana untuk kau belajar mengimani keEsaan Allah. Anggaplah ini ujian untuk mengajarmu erti berserah pada ketentuan Allah. kerana, jika kau murka dengan takdirNya, sesungguhnya kau menolak sifatNya Yang Maha Mengetahui segala yang vacuum, di langit di bumi mahupun yang lalu dan waktu mendatang nanti. Yakinilah Allah telah menyediakan gnajaran yang terbaik untukmu. Yakinlah Allah menunjukimu jalan untuk mendekat kepadaNya dengan syarat kau menjadi orang yang sabar kerana “Sesungguhnya, Allah bersama hambanya yang sabar.” Namun, iringilah kesabaranmu itu dengan sebuah keredoan. Sesungguhnya Allah menerimamu bukan lantaran ganjaran kesabaran yang kau tuai tapi kerana keikhlasan yang kau semai di hati. Mengertikah kau sekarang, duhai Hati? Larakah lagi hatimu?

Hati: [menangis teresak] Oh Iman, aku…aku sudah gagal dalam perhitunganku. Aku sebenarnya mencipta jurang kejauhan dengan mereka lantaran aku tidak mengenali jalan menuju ke syurga. Aku, semakin jauh dari mereka, rinduku sebenarnya tiada guna rupa. Aku, alangkah rugi, wahai Hati!

Iman: Hati, engkau bukan makhluk sempurna. Engkau dicipta untukku dan harus kau tahu turun naik darjatku hanya terletak pada hatimu. Sejauh mana kau benar-benar memahami dan mengimani aku, maka sejauh itulah kau akan merasa hatimu hati yang tenang. Sebaliknya, jika kau letak aku di dasar karat hatimu, maka titisan air matamu tidak mampu mencipta alur untuk menunjuki jalan menuju syurga jika air matamu itu terembes dari rindu yang mengadu domba.
Seperti kata Diri, cukuplah menyiksa diri. Aku Imanmu selamanya bersemadi dalam hatimu. Angkatlah aku pada darjat yang layak aku duduki agar mampu aku menyinsih duka laramu. Aku punya penawar luka semalam dan akan datang. Oleh itu, janganlah kau anggap aku sebagai rerumput yang kering, yang kau pijak sesuka hati di dasar hatimu. Janganlah kau anggap aku hanya cukup mendiami dasar hati. Jika selamanya kau lantaikan aku, maka selamanya kau akan digiling oleh nafsu yang menipu, nafsu yang ingkar untuk sujud kepada Allah, hanya selepas diselam ke neraka sebanyak tiga kali, baru ia menginsafi. Jagalah aku sebaik yang layaknya aku untuk dilindungi semoga aku juga mampu menjagamu dari bisikan nafsu yang cemburu pada hatimu yang ingin kembali tenang.

Wahai Hati,
Hati-hatilah dengan cucukan Nafsu,
Dia tidak punya rupa tapi punya kuasa untuk membinasa,
Jika kau biar hatimu terbuka,
Jika tidak kau beri ku kunci untuk memagari hatimu,
Maka nantilah binasa mengiringi tipu tangisanmu yang kau anggap mulia,
Sebenarnya racun mengikis hatimu.
Jika kau jaga aku, pasti aku jaga engkau dari Nafsu.
Ingatlah,
Airmatamu itu boleh menjadi Nafsu yang tidak kau sedari,
Dia akan mencucuk-cuku hatimu agar terus menangisi,
Lalu engkau akan mula menyoal takdir Ilahi,
Setelah itu kau mula fikir untuk mati,
Kerana kau buta mengenal hikmah yang akan dilimpahi,
Hasil kesabaran yang meninggi.

Hati: Aku tahu kini, benar, hanya engkau yang mampu merawat dukaku. Namun, adakah itu maknanya aku harus melupakan kenangan lalu? Tapi itulah penawar rinduku dikala rindu. Adakah penawar lain sebagai ganti?

Iman: Seperti kataku, akulah satu-satunya penawarmu. Jika aku kau jaga, maka hatimu akan aku lindungi dari kesedihan. Lapangkanlah hatimu untuk mencuba melupakan duka semalam. Bukan layaknya aku untuk menghalang kau dari merindui mereka. Kerana rindumu itu sesuatu yang terlalu suci dan ia anugerah dan nikmat dari Ilahi jika engkau sedari. Rindulah mereka selama kau mahu, namun pesanku selamanyalah pula kau redo dengan pemergian mereka. Namun awaslah dengan bahaya Nafsu yang gila. Rindu sucimu mungkin bertukar noda jika kau lupa pada hikmah sebuah keredoaan kepadaNya.

Tetapi,
Ketahuilah hanya ada satu rindu yang terindah,
Rindu yang membuatmu menangis namun menambah bahagia digenap hatimu.
Rindu yang membuatmu rindu pada kematian,
Rindu yang membuatmu ingin tersenyum selama kehidupan.
Rindu yang memberimu satu harapan untuk hidup pada hari depan,
Rindu yang membuatmu tenang seperti bulan pada malam yang tenang,
Rindu kepada sebuah pertemuan.
Ah, Hati!
Aku juga rindu,
Aku juga punya rindu,
Aku tuainya tanpa bermusim di hatimu,
Tapi sedihku lantaran tidak kau bajai aku
Dengan ibadah dan ilmu.
Kau biarkan Nafsu mengheretmu menjauhiku padaNya,
Aku menjerit pilu tidak kau dengari.
Kau biarkan hatimu hanyut dalam rindu sucimu,
Ttapi kau biarkan aku hancur dalam lemas kekecewaanku.
Aku juga punya rindu yang lebih agung dari segala rindu.
Aku punya rindu kepada Ilahi,
Rindu yang tidak pernah membuah kecewa,
Tapi rindu yang sentiasa membuatmu muda
Untuk sentiasa gah merinduinya.
Hati: Maafkan aku, aku memahami dukamu namun dahulu aku tidak sedari. Alangkah hikmahnya jika aku mampu merasai rasa rindumu pada Ilahi.
Iman: Usahlah kau berduka pilu, Apa yang ku rasai ini, hasil dari izzahmu untuk meningkatkan darjatku. Engkau, Diri dan Jiwa turut pasti merasai nikmat kerinduan pertemuan dengan Ilahi, kecuali Nafsu, tempatnya hanya di neraka Jahim.
Diri; Jiwa dan Iman:
Wahai hati,
Engkau rupa kasih sayang,
Engkau tempat Iman untuk Tuhan,
Engkau rasakan Diri erti senyum dan tangisan,
Engkau bualan seluruh alam.
Wahai Hati,
Padamu ada sejuta harapan,
Bergabung di syurga kenikmatan,
Paculah Iman menuju pengabdian,
Kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Tunjukilah Diri melangkah ke hadapan,
Hadapan yang sirna dari kemunafikan,
Tapi jelas kepada tujuan,
Kembali kepada Tuhan,
Wahai Hati,
Beriringanlah dengan Jiwa,
Kerana aku dan dia sentiasa bersatu,
Kau wujud selama wujudnya dia,
Tapi, hilang kau, kosonglah Jiwa.
Wahai Hati,
Renungilah kata ini,
Semalam itu usah diharap lagi kembali,
Kerana Allah menyediakan hikmah dikemudian hari.
Kerana itu usahlah bersedih lagi,
Ada kuntum kebahgian menanti kini.
Lapangkan segenap hatimu,
Walau apapun takdir Ilahi,
Redolah setulus hati,
Ingatlah!
Kaulah yang Dia rindui,
Untuk sebuah pertemuan sejati,
Mengadap Wajah Allah yang diidami.

……………….

Posted by Ms. Turtle at 7:52 PM

Sunday, October 25, 2009

Rintihan Tua


Seorang lelaki tua berjalan dengan longlai di tengah-tengah jemaah manusia yang tergesa-gesa keluar dari majid usai solat jumaat tengahari itu. Terkadang batuknya menyesakan dada dan menganggu langkahnya menjadi tidak stabil. Lalu lelaki tua itu duduk di penjuru tangga masjid untuk menenangkan dadanya yang kebelakangan ini sering sesak nafas dan batuk-batuk. Mata tuanya memerhatikan langkah-langkah kaki manusia yang berpusu-pusu keluar ke tempat meletak kenderaan. Sekumpulan budak lelaki riang ketawa bersama teman-temannya mencari-cari selipar yang bersepah dan bercampur dengan selipar jemaah lain. Tiba-tiba lelaki tua itu mngeluh sendirian.

“Penyakit tuaku semakin hari semakin menyukarkan aku untuk melangkah ke masjid.
Aku semakin tidak mampu untuk berdiri lama.
Alangkah ruginya diri saat waktu 40 tahunnya yang lalu dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah.
Zaman mudanya yang penuh leka dengan isi dunia.
Entah apa yang dikejar, semakin hari segala yang dia miliki tidak mampu lagi dia kuasai.
Tanah berekar di bukit terbiar tidak diusahakan.
Untung rezeki hasil sewaan rumah seperti tidak kering-kering datang, rezeki Allah masih melimpah.
Namun, dia tidak mampu lagi untuk menikmatinya lantaran keuzuran diri yang semakin di timpa penyakit.”

Lelaki tua yang lebih mesra dipanggil Aji Mat mengeluarkan tasbih yang diperbuat dari tulang unta ketika dibelinya 5 tahun lalu sewaktu menunaikan haji di Mekah dikeluarkan dari kocek baju melayu hijau tuanya. Entah kenapa hatinya begitu sayu sekali setelah selesai solat jumaat tadi. Perlahan-lahan mulutnya kumat kamit berzikir. Hatinya kembali sayu.

“Apalah erti engkau meminta umur yang panjang sampai ke tua,
jika tuamu juga tidak dapat menampung pahalamu di waktu muda.
Untuk apa di minta umur sampai ke tua,
jika waktu muda berlalu begitu sahaja.
Waktu tua,
tidak akan menolongmu dalam pertambahan ibadah,
kerana tuamu bererti sakit bukan lagi sihat,
tuamu bererti lemah bukan bererti kuat.
Tuamu tidak mampu menyediakan bekal yang banyak tetapi,
sayangnya, waktu mudamu dahulu yang menjanjikan segala kesihatan, kekuatan dan membolehkan engkau meyiapkan bekal yang banyak dibiarkan berlalu begitu sahaja.”


Akhirnya, matanya yang rabun itu bergenang dengan air mata. Entah apa maksud airmata ini. Sesal yang seperti terlewat. Masa muda tidak usah dimimpi akan berulang. Hanya menanti maut datang menjelang.

Dalam lelaki tua berusia 70 tahun itu termanggu sendirian disamping tasbihnya yang masih tersangkut di tangan, tiba-tiba bahunya disentuh lemabut dari belakang. Saat itu, perkarangan masjid sudah pun lengan dengan jemaah tadi. Entah kemana menghilang,moga-moga mereka tidak mengejar dunia tanpa tujuan.

Senyuman manis terukir di wajah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang kemas berbaju melayu kuning air. Pian, cucu kesayangannya datang untuk menemaninya pulang dengna motosikal. Kakinya sudah semakin lemah seperti sudah reput di makan anai-anai untuk berjalan kaki ke rumah yang terletak kurnag 100 meter dari masjid.

“Dunia,sampai bila mahu dikejar isinya?
Dirimu tidak akan mampu menikmati selamanya apa yang kau kumpulkan selama hidupmu.
Semua itu hanya membinasakanmu dalam kegembiraan yang menipu.
Manusia,
usah dikejar isi dunia membabi buta.
Usah di sayang dunia sehingga tua,
kerana ia tidak lagi mampu menemanimu tatkala engkau semakin tua kerana engkau juga tidak lagi mampu menurut kerenahnya.
Kau meminta umur yang panjang, tapi tidak pula meminta untuk tua.
Namun, panjang umurmu adalah tanda tuamu.
Tuamu dalah tanda dunia bukan lagi milikmu,
hanya menanti waktu untuk pulang kepada yang Esa.
Andai tuamu masih dangkal dengan pahala,
engkau ibarat sebatang pokok yang tumbang, hanya menanti waktu berlalu untuk luput dari dunia.
Pergimu tiada mendukacitakan manusia.
Hai manusia, hidup ini tiada sudahnya,
apa yang kau miliki hari ini,
belum tentu mampu kau nikmati di hari muka.
Usahlah mengejar dunia yang pasti sirna,
samada engkau yang sirna atau isi dunia dahulu, ia tetap tiada beza.
dunia tidak akan dapat membantu di muka pngadilan,
jika hidupmu ketika di dunia hanya untuk memilikinya bukan untuk menjadikannya jambatan menghubungkan engkau ke syurga.”

“Pian, bawa atuk pergi ziarah kubur nenek kau.”
Pinta Aji Mat. Teringat dia akan mimpinya terhadap almarhumah isterinya, Fatimah.

Mah, aku sudah lama tidak bertemu dengan engkau. Sudah 20 tahun kau pergi tapi kau masih tiada aku cari ganti. Sejak akhir-akhir ini aku selalu terkenangkan engkau. Aku ingat lagi, waktu itu aku sibuk mencangkul tanah untuk di buat batas ubi. Kau datang, menyuruh aku pulang untuk solat Asar. Tapi aku berdalih untuk menyiapkan kerjaku terlebih dahulu sebelum pulang. Ada riak kecewa di wajah manismu. Lalu kau membetulkan selendang di kepala dan meninggalkanku. Tiba-tiba kau datang ke arahku sambil membimbit sebaldi air dan meletakan di hadapanku dan berdiri di sampingku, aku menanti tindakanmu. Tanpa menghiraukan reaksiku kau hamparkan selendangmu menghadap ke arah Kiblah. Aku terkejut!

Mah tidak mahu makan hasil titik peluh abang dengan abang mengabaikan solat.” Kata Fatimah lembut sambil tertunduk lalu lekas-lekas meninggalkan aku.

Tapi, langkahmu itu terlalu jauh rupanya kau bawa. Aku memerhatikan selendangmu yang menjadi sejadahku.

“Tuk sudah sampai.” Beritahu Pian ketika motosikal berhenti di hadapan pagar kawasan perkuburan. Dengan kudrat tuanya, Pak Aji berjalan perlahan-lahan ke kuburan almarhumah isterinya. Batu nisan penanda kubur sudah tiada lagi akibat dihanyutkan banjir 5 tahun lalu. Tempat itu juga sudah dihuni oleh liang lahad orang lain.

Mah,
Apa khabarmu di sana,
Aku semakin rindu untuk bertemu denganmu.
Aku tahu engkau isteri yang baik,
Tapi aku bukan pula suami yang terbaik.
Aku khuatir jika aku tidak dapat bertemu denganmu lagi.

Mah,
Sunyi hidupku tanpamu untuk temani zaman tuaku.
Sunyi aku tidak dapat lagi mendengar merdu suaramu mengaji di malam hari,
sunyi aku tidak dapat beriringan pergi ke masjid di subuh hari,

Mah,
Alangkah beruntung jika aku dengar nasihatmu dahulu,
“Solat, Bang Mat!”
Tidaklah aku menyesali usiaku yang rompong ini.

“Pian,balik mandi! Nanti bawa atukmu ke masjid. Sekejap lagi azan Maghrib.”
Laung ibu Pian ketika melewati anaknya yang leka bermain bola dengan teman-teman sekampungnya. Ibu Pian, Azizah hairan melihat rumah pusaka yang didiami ayahnya seorang diri masih lagi bergelap. Kebiasaanya lampu di hadapan akan dipasang waktu-waktu begini dan ayahnya juga sudah siap-siap menunggu cucu kesayangannya untuk membawanya ke masjid. Azizah mengambil keputusan untuk menjengah rumah ayahnya yang bersebelahan dengan rumahnya.

Pintu yang tidak berkunci dikuak perlahan-lahan. Salam yang diberi tidak bersahut. Kelihatan susuk tua ayahnya sedang bersandar di kerusi malas yang berdekatan dengan tempat solatnya di satu ruang khas solat. Di sampingnya, ada sebuah meja menempatkan Al-Quran yang terbuka terletak di atas rehal yang diperbuat dari kayu. Azizah menghampiri.

Ada catatan nota disamping al-Quran tersebut. Azizah tertarik untuk melihatnya. Kelihatan ayahnya tenang terlena, barangkali penat kerana sakit tuanya kebelakangan ini. Tiba-tiba muncul Pian masih lagi dengan baju t-shirt yang dipakai bermain bola tadi menghampiri ibunya yang sedang membaca catatan ayahnya bertulisna jawi itu.

Tua,
Semakin aku penat mengharunginya,
langkahku semakin mengah menitinya,
nafasku semakin sesak menghirup udaranya.
Mataku semakin kabur menatapinya.

Tua,
Ku fikir menambah pahala,
Tapi sayang semakin kurang jua.
Tua,
Ku fikir menghapus dosa,
Tapi sayang amal tak termampu rasa.

Hari ini,
Kujejaki lagi tanah kuburan Fatimah,
Ada suara sendu menusuk kalbu,
Membisik-bisik memeluk rindu,
Aku berpaling,
Ada senyuman dari dia,
Aku menghampiri tapi sepi,
Dia, dalam telekung putihnya,
Melambai-lambai mengajakku,
Aku menganguk setuju,
Tunggu aku di situ.

Tuhan, moga tuaku mendekatkan aku,
Kembali kepada tujuanku,
Sebagai hambaMu…
Semoga terhapus dosa-dosa lalu,
Atas pengabdian ibadah tuaku.

Azizah dan Pian memerhatikan atuknya yang masih lena di kerusi.

“Atuk, bangun. Sudah Maghrib.”
Panggil Pian berulang-ulang namun tiada lagi sahutan.

Posted by Ms. Turtle at 9:28 PM

Saturday, September 5, 2009

Adakah Aku...



Di saat aku rindu kepadanya,
Adakah aku telah mula murka?
Di saat aku kembali mengingatnya,
Adakah cintaku nista?
Di saat hatiku merana menahan rindu kepadanya,
Adakah imanku hina?
Ya Allah…
Di saat aku ingin bertemunya,
Adakah aku telah jauh dari CintaMu?
Ya Allah…
Berdosakah aku membiarkan rindu menjentik hati?
Sedangkan ia bukan pintaku?
Lalu, apa perlu ku lakukan?
Adakah ini maksudnya?
Bahawa aku semakin jauh dari CintaMu?

Posted by Ms. Turtle at 8:27 AM

Saturday, August 15, 2009

Cinta Seorang Pelacur

Salmiah mengacingkan butang bajunya dari sisi katil, seorang lelaki bergelar Datuk keluar dari bilik air dan menghampirinya sambil tersenyum.
I love you and I really want to be with you, as my wife but… you know Datin. I cant imagine how her botok face is going to turn to if she get to know my intention. ’ kata lelaki tersebut, seorang Datuk dalam lingkungan 50-an sambil menyentuh dagu Salmiah dan tergelak kecil
“Ai, Datuk pun takut bini juga. Sal tengok ramai saja Datuk-Datuk pasang dua, tak ada pula kecoh-kecoh” Balas Salmiah lalu bangkit menghampiri balkoni hotel 4 bintang di Ibu Kota.
Salmiah memandang kegelapan malam tanpa sinar bulan mahupun bintang berkerdip di langit hitam manakala di bawah sana, keindahan neon-neon menyinari jalan-jalan raya serta lampu yang berkerdip di menara berkembar tidak dapat jua menyaingi sinaran bulan yang satu. Hatinya termanggu, bilik hotel ini menyaksikan palitan dosanya bersama datuk Munzir semenjak setahun yang lalu. Dia tahu Datuk sangat mencintainya tetapi hingga sekarang Datuk masih lagi beralasan untuk tidak berkahwin dengannya. Alasannya takut Datin Zuraidah tahu mengenai mereka, maka habislah semua kekayaan Datuk di Syarikatnya.Walaupun datuk memegang posisi CEO, segala urusan mesti mendapat persetujuan dari Datin dan saham terbesar dipegang oleh Datin bukan Datuk. Satu keluhan kedengaran dari balkoni.
“Kenapa dengan you? Are you ok darling?” Tanya Datuk sambil menghampiri Salmiah.
“I’m ok Datuk!” Jelasnya sembunyi.
“I got to go now, nanti pandu kereta hati-hati, Nampak macam nak hujan, gelap saja langit malam ini.” Beritahu Datuk prihatin. Seperti gelapnya kehidupannya di hotel ini. Salmiah mengangguk sambil membiarkan pipinya dicumbui oleh Datuk.
Salmiah menghantar Datuk ke muka pintu. Kehidupannya dengan Datuk hanyalah di ruang bilik hotel sebegini. Tidak pernah mereka keluar bersama. Datuk terlalu takut untuk berdua-duaan diluar dengannya, khuatir jika Datin dapat tahu kerana Datin mempunyai ramai informer diluar. Salmiah kembali membaringkan badannya di katil sambil menatap syiling berukir flora cantik.
Apakah erti sebuah kehidupan? Apakah erti menjadi seorang Insan? Apakah ini nilainya sebagai wanita?Hatinya semakin lesu unutk berfikir tentang itu, seolah-olah tiada jawapn untuk soalan yang timbul semenjak akhir-akhir ini. Mungkin dia sudah bosan hidup sebagai pemuas nafsu Datuk, bosan dengan kehendak hati wanitanya tidak dituruti, bosan menjadi boneka Datuk, BOSAN DENGAN CINTA BERKALUNG DOSA ini.
“Datuk mesti lupa lagi kot dia.” Monolog Salmiah sendiri apabila terlihat kot Datuk Munzir berada di kerusi.
……..
Hujan semakin lebat di luar Hotel. Salmiah menghampiri kereta Honda Camry yang dihadiahkan Datuk sejak 6 bulan lalu yang di bawa ke hadapan gerbang hotel oleh seorang pekerja India. Sekeping not duit 10 ringgit dilulurkan sebagai tip.
Fikirannya terus terawan-awan dibalik celahan titipan hujan lebat dari luar keretanya. Mampukah air hujan mencerna dosa-dosanya selama ini. Jika pada malam pertama dia bersama Datuk atas ketidakrelaan, tetapi setelah digula-gulakan dengan wang, perhiasan mahal dan kemewahan, Hatinya menjadi cair dengan perbuatan Datuk yang tidak pernah bersikap kasar dengannya. Adakah hatinya sudah terbeli oleh kemewahan? Salmiah menahan air matanya dari menitis, ini pilihanmu, Datuk akan mengakhiri semua ini tidak lama lagi. Suatu hari nanti dia akan terlepas jua dari belenggu dosa ini setelah mereka berkahwin. Berkahwin dengan Datuk Munzir? Seperti mimpi yang tiada sudahnya, seperti angan yang tiada pengikatnya, terbang seperti debu yang hilang entah kemana.
Salmiah membelok di selekoh sebelah kanannya dan tayar keretanya meluncur diatas air yang bertakung disisi jalan sehingga air tersebut menyimbah seorang pemuda yang sedang menolak motor. Salmiah segera memberhentikan kereta di hadapan pemuda tersebut dan keluar dari keretanya
“Maaf Encik, saya tidak sengaja!” Beritahu Salmiah sambil berkongsi payung yang dibukanya.
Tidak mengapa cik, tidak usah payungkan saya, saya sudah kuyup pun” balas pemuda tersebut setelah mengasingkan diri dari berpayung dengannya. Salmiah tersenyum melihat tingkah pemuda tersebut.
Kenapa dengan motorsikal encik? Boleh saya bantu?” Tanya Salmiah.
Motor saya ini, tiba-tiba tayar pancit, harap-harap workshop di hadapan sana buka lagi” Beritahu pemuda tersebut sambil sekilas memandangnya yang berpakaian skirt coklat paras lutut dan kemeja putihnya. Tanganya tidak lekang dari meraut air hujan yang menitipi lebat wajahnya.
Bagaimana kalau saya hantar encik balik? Lagipun sekarang sudah lewat, belum tentu workshop buka lagi. Mari!” Pelawa Salmiah, kesian melihat pemuda berkulit cerah tersebut.
Tidak mengapa, saya larat lagi tolak motorsikal ini.” Pemuda itu menolak.
“Kalau workshop tutup bagaiman encik hendak balik? Mari saya hantar, saya jujur nak bantu encik ini, lagipun tak elok berhujan lama-lama tambahan lagi malam-malam begini, nanti jatuh sakit.” Pujuk Salmiah panjang.
“Tapi…bagaimana dengan motorsikal saya?” Salmiah tersenyum lagi.
Tidak mengapa nanti saya panggilkan pick up truck untuk ambil kereta awak.” Akhirnya pemuda tersebut menerima pelawaan Salmiah.
…….
Salmiah memperlahankan penghawa dingin keretanya.
Encik boleh gunakan kot ini dulu, boleh juga hilangkan sejuk.” Salmiah memberikan kot Datuk kepada Munzir.
“Terima kasih.” Pemuda tersebut membelek-belek kot tersebut.
“Itu kot ‘ayah’ saya, dia tertinggal tadi. Mungkin encik pelik kalau itu kot sayakan, besar semacam.” Salmiah tersenyum, terpaksa dia menipu pemuda tersebut. Kesian, mati-matian dia percaya.
Tak perlu panggil saya encik, panggil saja saya…Amin.” Kata Amin sambil menyarung kot tersebut.
“O..Amin. awak tinggal di mana?" Tanya Salmiah.
“Taman Bunga Sentosa, dekat dengan Pasaraya Giant Ampang.” Beritahunya.
“O, saya tahu tempat itu, saya pernah tinggal disitu.” Beritahu Salmiah.
Cik tidak takutkah tumpangkan saya? Mana tahu kalau saya ini perompak kah?” Tanya Amin ingin tahu. Matanya hanya sesekali memandang Salmiah. Adakah dia bertuah ditumpangkan oleh seorang wanita cantik, bergaya malam ini dalam hujan yang lebat? Seperti cerita drama di tv. Istighfar Amin!
“Entah! Saya terkejut tadi, jadi saya terus keluar kereta dan hampiri awak. Tak ada pula terlintas saya nak fikir awak ini penyamun, peragutkah. Lagipun jalan disini selalu sibuk dan adakah peragut nak merisikokan diri mereka berhujan di tepi jalan sambil tolak motor, hanya semata-mata nak meragut?” kata Salmiah panjang. Amin tersenyum.
“Terima kasih cik tolong hantarkan saya.” Kata Amin setelah turun dari kereta Salmiah, kebetulan hujan sudah mula reda.
“By the Way, I’m Salmiah.” Kata salmiah sambil menghulurkan tangan kesebelah tempat duduk sebelah kirinya. Amin mendekatkan kedua-dua tangannya di dada.
Maaf Cik Salmiah, saya tidak dapat menyambut salam cik” Beritahu Amin berhati-hati.
“O, bukan muhrimkan? Lupa pula.” Gerutu Salmiah sendiri dengan keletongnya sambil tersenyum.
“Bukan muhrim tapi mahram, muhrim itu orang yang mengerjakan ihram di mekah.” Amin menjelaskan.
Seketika kemudian, Salmiah berlalu pergi setelah dia mengambil nombor telefon Amin. Amin tersedar kot yang disarungnya terlupa untuk dipulangkan. Nampaknya dia harus menunggu wanita tersebut menghubunginya baru dia dapat memulangkan wang tersebut kerana dia tidak mengambil nombor telefon Salmiah.
Salmiah! nama yang klasik. Ustaz Amin, Istighfar!
Lewat malam itu juga Salmiah menghantar sms kepada Amin.
“Maaf mengganggu, motosikal awak saya sudah hubungi pekerja untuk bawa ke bengkel, saya sudah suruh dia bawa ke bengkel berdekatan dengan kawasan perumahan awak, ini nombornya: xxxxxxx”
Terima Kasih. Cik, saya terlupa untuk kembalikan kot tadi, dimana boleh saya jumpa cik untuk pulangkan kot tersebut?” Amin membalas sms Salmiah.
Just keep it, my dad has many, don’t worry.” Dari jendela bilik tidur di kondominium Salmiah tersenyum. Pandailah nanti dia kelentong Datuk. Malas rasanya nak bersusah-susah jumpa balik pemuda tersebut semata-mata hendak ambil kot Datuk.
………….
“Datuk, sampai bila kita harus begini?” Tanya Salmiah ketika dipelukan Datuk satu malam di dalam bilik hotel.
what do you mean darling? You tidak bahagia dengan I kah?" Tanya Datuk seperti berpura-pura tidak faham sambil mengelus rambutnya. Salmiah turun dari katil dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi.
“Datuk tidak takut Tuhankah? Datuk tahukan kita sedang bergelumang dosa di bilik ini?” Salmiah cuba memancing perhatian Datuk yang masih berada di katil.
Kalau I takut dosa, sudah lama I bertaubat, pergi masjid tadah kitab.” Jawabnya lalu tergelak.
“Sal, ini kehidupan moden orang sekarang, lagipun macam I beritahu tempoh hari, Datin sudah abaikan tanggungjawab dia sebagai Isteri, keperluan batin I dia tidak lagi penuhi,jadi salahkah kalau I buat semua ini? I lelaki Sal, I tidak boleh hidup tanpa perempuan, bukan seperti Datin. Berlagak muda, berlagak anak dara, lupa I ini suami dia.” Kata Datuk sambil membelek-belek majalah.
Salmiah menjadi kasihan pula, Datuk memang selalu meluahkan masalah rumah tangga Datuk. Dia jarang berjumpa dengan Datin di pejabat, Datuk sengaja menempatkan dia di jabatan pemasaran, kononnya dia tak hendak kalau-kalau terserempak dengannya, Dia tidak reti berlakon seperti tiada yang berlaku.
But we can get marry, right? I’m just ok to be your second wife, I just…” Salmiah berjeda seketika.
You just what, Sal?” Tanya Datuk Munzir kembali memandang Salmiah yang bersandar di meja solek.
“I just boring to live like this, terkongkong, hidup kita hanya di bilik hotel, sampai bila kita mesti berahsia dengan semua orang.” Luah Salmiah meminta pengertian dari Datuk.
Sebenarnya hatinya sudah bosan hidup berkalung dosa begini. Seperti ada seseorang yang memandangnya bengis setiap kali dia berjumpa dengan Datuk di hotel. Dia selalu merasa orang tersebut ingin menjerit kearahnya hingga satu ketika dia pernah membatalkan hasratnya untuk berjumpa Datuk.
“Really? Atau you sudah bosan dengan I, maklumlah I sudah tua, you muda lagi, cantik, atau… you ada lelaki lain?” Duga Datuk selamba.
“It is not what comes across in my mind, hm..sudahlah, selagi Datuk takut pada Datin, selama itulah kita akan terus beginikan.” Salmiah kecewa. Datuk yang menyedari nada kecewa Salmiah mengajak Salmiah duduk di sisinya.
“Sal, I pun sama, I bukan nak sorokan hal ini selama-lamanya. I pun penat tau menipu Datin, menipu anak-anak I, kononya ada meeting dengan clien. Lagi satu, I memang teringin sangat nak tunjuk you kepada kawan-kawan sedatuk dengan I, biar mereka terbeliak biji mata tengok perempuan ynag berkepit dengan I adalah seorang perempuan yang cantik. Berikan I sedikit masa lagi, I sedang mengumpul kekuatan untuk ceritakan hal yang sebenar kepada Datin.” Pujuk Datuk sambil tersenyum.
Datuk Munzir, walaupun sudah separuh dekad, masih lagi kelihatan muda, rambutnya juga jarang-jarang beruban, tidak boroi mahupun pendek. Masih lagi segak, kata orang, lelaki makin tua makin segak, perempuan makin tua makin buruk. Tidak hairan pelbagai produk kecantikan disogok kepada wanita, mereka pasti membelinya sebab takut tua.
Ok Sal, I balik dulu, by the way before I forgot, I’m going to Philippine for business conference next week.” Beritahu Datuk sambil menyarung kemeja birunya.
How long? nak I temankan?” Tanya Salmiah sambil menemani Datuk ke muka pintu.
Three days, I always want you to be with me, but sorry darling, this time Datin will accompany me.” Beritahu datuk, Salmiah kecewa.
You ada ambil tak kot I?I rasa I tertinggal waktu di bilik hotel minggu lepas.” Tanya Datuk sambil memakai kasutnya.
“O..Kot, Sal sudah ambilkan tapi…erm…ada di rumah, lupa nak bawa.” Kelentong Salmiah.
“That’s ok Sal, take care while driving Darling. Jangan pula berhenti ambil orang tepi jalan, bye.” Salmiah terkejut mendengar kata Datuk. Adakah Datuk serkap jarang atau Datuk ternampak dia menumpangkan pemuda bernama Amin malam itu. Salmiah berpura-pura senyum. Datang ke hotel dengan kenderaan sendiri, balik pun sendiri. Tidak pernah Datuk menjemputnya kecuali waktu sebelum dia dihadiahkan kereta. Alasannya tetap sama, takut Datin tahu, alasan yang sudah muak untuk didengar.
…….
Salmiah memberhentikan kereta ketika lampu trafik merah. Hatinya semakin bercelaru, entah apa sebenarnya yang terjadi kepadanya. Apa yang dia tahu, dia sudah bosan dengan kehidupan begini. Dia merasakn kehidupannya kosong, walaupun dia hidup mewah hasil pemberian dari Datuk, seperti semua itu tidak cukup dan belum mampu mententeramkan hatinya. Dia sudah tidak perlukan kemewahan lagi. apa ertinya hidup mewah sedangkan segenap dirinya termasuk hatinya dikongkong oleh Datuk. Dia semakin bosan hidup sebagai perempuan simpanan Datuk. Dia seperti burung yang patah sayap, seakan sukar untuk terbang lagi. inilah kehidupan, masihkah ada jalan pulang dari kesilapannya yang dulu? Mampukah dia membetulkan keadaan hidupnya? Salmiah melepaskan pandangannya sekitar jalan raya dihadapan. Tiba-tiba matanya tertacap pada pelanduk yang di ikat di pagar sebuah masjid. Salmiah cuba mencerna pengumuman yang di tulis.
Ceramah bulanan di Masjid al-Muttaqim.
Tajuk: Hakikat keimanan kepada Allah.
Penceramah: Ustaz Muhammad Aminullah bin Soleh.
Tarik: 28. 3. 2009
Waktu: Sembilan pagi.

Bunyi hon kereta belakang mengganggu perhatiannya. Minggu depan…
…………………
Salmiah bersiap untuk ke Masjid al-Muttaqin. Dia memerhatikan penampilannya di hadapan cermin. Seledang merah jambu dibiar tersangkut di bahu, padan sekali dengan blous berona merah jambu juga dan skirt putih labuh.
Hahah! Kau hendak pergi mana ini Salmiah?” Kata seorang wanita di belakangnya. Salmiah terkejut lalu segera berpaling ke belakang.
Kau siapa? Apa kau nak?" Tanya Salmiah kaget. Wanita itu mundar mandir di hadapannya.
“Eh!diri kau sendiri pun kau tidak kenal. Memanglah kau sudah gila. Kau nak pergi dengar ceramah kan? Hahaha, lupakanlah! Kaki kau tu kotor untuk pijak tangga masjid. Pelacur seperti kau tidak layak nak berdamping dengan orang2 di masjid. Haha!” Wanita yang menyerupai dirinya terus tergelak.
Salmiah menjadi tidak keruan.
Tidak! Aku layak ke masjid, aku orang Islam! Kau ini siapa? Kau syaitankan!” Dakwa Salmiah sambil mundar mandir di hadapan wanita tersebut.
“Haha, baru kau tahu siapa aku,memang aku syaitan, syaitan yang sudah lama sebati dengan jiwa kau! Sudahlah Salmiah Baharuddin, janganlah berlagak baik, aku sudah lama hidup dalam hati kau, aku sudah tahu semua hati budi kau. Kau lupakanlah niat ‘suci’ kau itu, baik kau tunggu saja Datuk Munzir pulang. Haha! Lagi satu, kau ingat malaikat jaga masjid nak kah sambut kau, entah-entah kau kena laknat, buang masa saja Salmiah! Sudah terlewat untuk kau kembali mencari Tuhan! Orang yang berjiwa kotor seperti kau tidak akan diterima Tuhan!” Kata wanita tersebut.
DIAM! Diam! Diam! Keluar kau dari bilik aku! kau tidak layak untuk menilai aku! Pergi! ALLAH PASTI TERIMA AKU!Pergi!" teriak Salmiah lalu membaling tas tangan yang di pegangnya kearah wanita tersebut namun, wanita itu terus menghilang. Salmiah segera mencapai tas tangannya di lantai dan segera keluar dari kondominiumnya.
ALLAH PASTI TERIMA AKU!
………..
Salmiah memerhatikan beberapa jemaah masuk ke masjid pagi itu. sudah 15 minit dia berada dalam kereta, hatinya masih ragu-ragu unutk menjejakkan kaki ke masjid, seorang perempuan kotor tidak layak untuk bertamu di rumah suci Allah. Dia menyeka airmatanya yang keluar. Barangkali perempuan itu benar. Allah tidak mengalukan kehadirannya di masjid ini.
Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk. Salmiah menurunkan cermin keretanya.
Assalamualaikum saudari, kenapa berada di dalam kereta saja, ayuh kita masuk, insyaAllah sebentar lagi ceramah akan diadakan.” Kata seorang gadis dalam lingkungan 20-an berjubah hijau dan bertelekung putih labuh.
Salmiah terkejut dengan pelawaan gadis tersebut, lama dia merenung gadis dihadapanya yang tidak lekang dari senyum.
“Erm..ba…ik! baik!” Salmiah menutup tingkap keretanya dan keluar berjalan beriringan dengan gadis tersebut. Hatinya keliru, kenapa pula lidahnya tergerak untuk mengatakan persetujuan sedangkan hatinya rasa ingin terus pulang.
Seorang pemuda memerhatikan gelagat 2 wanita tersebut. Alhamdulillah, berjaya.
………..
Kehadiran Salmiah menarik perhatian jemaah. Salmiah menjadi kaget, tetapi tangannya ditarik oleh gadis tersebut untuk duduk di hadapan. Dia hanya membuntui. Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang duduk dibelakang Salmiah dalam lingkungan 8 tahun bertanyakan sesuatu kepada ibunya.
“Ummi, kenapa dia pakai seksi datang ke masjid, nanti Allah marahkan ummi!” Tanya budak itu sambil terus memerhatikan Salmiah dihadapan, Ibunya meletakan jari telunjuk dibibir anaknya.
“syuk!” Ringkas arahan ibunya.
Sejak Salmiah melangkah ke dalam masjid, hampir semua mata jemaah tertumpu pada penampilannya yang hanya menyangkut selendang di bahu, dan memakai skirt panjang, tetapi terbelah sehingga ke paras paha.
Salmiah menahan malunya. Dia sepatutnya tidak menerima ajakan wanita tersebut. Jemaah di masjid memang tidak dapat menerima kehadirannya, hatta budak seawal usia 8 tahun pun tidak dapat menerima perempuan kotora seperti dia. Andai mereka tahu dia seorang pelacur, pasti mereka akan membaling batu sebelum dia melangkah ke masjid. Tiba-tiba tangannya digenggam oleh gadis yang dikenalinya tadi.
“Abaikan kata-kata budak tersebut, ALLAH TIDAK MARAH, ALLAH YANG MENARIK SAUDARI KEMARI, TIDAK MUNGKIN ALLAH MARAH PULA.” Pujuk gadis tersebut berbisik. Salmiah menahan air matanya. Dia menguatkan tekadnya untk terus berada dalam majlis.
“Cik, maafkan anak kakak ya, celupar sikit mulutnya.” Sapa ibu kepada budak tersebut, barangkali dia dapat mengesan riak wajah Salmiah apabila anaknya berkata begitu.
“Tidak mengapa kak.” Salmiah memaksa untuk senyum. Salmiah kembali mengadap ke hadapan. Dia cuba untuk berlagak seperti insiden tadi tidak pernah berlaku.
Nama saya Mastura, panggil saja saya Mas, kakak?” Gadis sebelahnya memperkenalkan diri.
“O, saya Kak Salmiah, panggil saja Kak Sal.” Balas Salmiah.
………………..
Selesai ucapan pembukaan oleh pengerusi, Ustaz Amin dijemput ke hadapan untuk menyampaikan ceramahnya. Kaum wanita yang berada di ruangan khusus ditabiri oleh langsir yang jarang saja, semata-semata ingin menjaga pandangan antara berlainan jemaah. Setelah memulakan dengan salam dan ucapan sejahtera keatas Rasulullah S.A.W dan memanjatkan kesyukuran terhadap Allah, Ustaz Amin memulakan tanggungjawabnya.
Saudara dan saudari sekalian yang hadir, jika kita bertanya kepada anak kita seawal usia 6 tahun di tadika, barangkali mereka boleh menjawab jika di tanya rukun iman yang enam. Namun, masalah yang ingin kita bincangkan hari ini ialah bagaimana kita memahami hakikat beriman kepada Allah, iaitu rukun yang paling utama sekali dan posisi rukun tersebut tetap dan tidak akan berubah selama-lamanya. Soalan kita adakah cukup dengan sekadar mengaku beriman kepada Allah melalui lisan? Ramai yang mengaku beriman kepada Allah tetapi pada masa yang sama tidak betul-betul memahami erti beriman kepada Allah? Kita dapat mengingati rukun iman yang enam kerana sedari dulu kita diajarkan untuk mengingati rukun-rukun tersebut. Tetapi persoalannya, sedalam mana kita arif tentang hakikat beriman kepada Allah?
Adakah beriman kepada Allah cukup sekadar mengerjakan rukun islam yang lima?
Saudara dan saudari uyang dirahmati Allah di pagi yang penuh berkah ini,
Salah satu hakikat beriman kepada Allah adalah kita menerima segala ketentuan Allah dengan penuh kepasrahan. Apabila Allah melarang kita untuk melakukan kemaksiatan dan menyuruh kepada amal ma’ruf, maka perintahNya wajib dituruti tanpa perlu ada sebarang ragu-ragu terhadap perintahNya, tanpa perlu berdebat relevancy disebalik hukum Allah. Kita perlu yaqin bahawa segala yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi yang lebih baik daripada Allah.
Sebagai contoh, apabila Allah menyuruh kita menutup aurat, kita tidak boleh mempersoalkan kewarasan hukum Allah itu, kita tidak boleh menggunakan situasi tertentu untuk mengatakan boleh mendedahkan aurat. Sebagai contoh pemakaian tudung, ada segolongan pihak mendakwa pemakaian tudung ini menyekat kebebasan wanita, ada juga mengkritik, jika tidak pakai tudung pun orang lelaki tidak akan mengganggu kita, kenapa perlu dibebani wanita semata-mata untuk menutupi keaiban nafsu seorang lelaki?
Perintah menutup aurat itu bukan saja bersangkut dengan keberkesanan pemakaian tudung, apabila Allah memerintahkan berbuat demikian, kita tidak boleh berkata tidak, apatah lagi, masalah hijab ini masalah syar’I bukan furu’. Segala yang syar’I {contohnya pemakaian hijab} wajib dituruti tanpa ada sebarang perdebatan, Cuma hal yang furu’ sahaja dibenarkan kepada perbezaan pendapat seperti fesyen apa yang sesuai untuk menutup aurat, orang melayu memakai baju kurung, orang arab memakai jubah dan sebagainya, juga perbezaan uruf [adat] yang tidak bercanggah dengan Islam.
Jika kita menyogok hati kita dengan soalan-soalan begitu, kita akan sampai kepada satu kemuncak kesimpulan, TIDAK WAJIB MENUTUP AURAT! Itu sahaja, kerana perintah Allah itu tidak beriringan dengan nafsu yang menolak hukum Allah.
Ini salah satu bentuk keimanan kita kepada Allah, kesimpulannya, beriman kepada Allah adalah kita BERSANGKA BAIK DENGAN SEGALA KETENTUAN ALLAH, kita tanamkan dalam iman kita bahawa segala yang terjadi ada hikmah yang diluar jangkauan keimanan kita. Jika Allah mentakdirkan kita mempunyai wajah yang hodoh, bererti jika kita diberi wajah yang cantik, pasti kita akan berlagak sombong dengan manusia, berbangga dengan rupanya sehingga lupa bersyukur kepada Allah yang mencipta, sebaliknya memuja-muja keberkesanan produk kecantikan. Walaupun wajah kita tidak cantik, Allah pasti mengurniakan satu akhlak yang baik dalam diri kita yang mungkin tidak dimilik oleh orang cantik. Contohnya walaupun hodoh, dia seorang yang dermawan, disayangi tetapi ada juga yang cantik tapi sombong dan kedekut, dibenci pula manusia. Nah, segalanya pasti adilkan dari Allah.
Bagaimana lagi bentuk beriman secara hakiki kepada Allah?

……………………………………….
Usai ceramah Salmiah keluar beriringan dengan Mastura menuju ke kereta.
Mas, kalau selepas ini kakak datang lagi ke masjid ini boleh?” Tanya Salmiah.
“Subhanallah, Rumah Allah ini sentiasa terbuka kepada hambanya, bukan saja Masjid ini, masjid lain pun boleh, billa-bila masa, Pintu masjid ini sentiasa terbuka setiap masa, cuma kita sahaja yang beralasan untuk tidak ke masjid. Kalau dalam musafir pun, rela berhenti di surau stesyen minyak, daripada Masjid, sedangkan Masjid itu insyaAllah dibina atas dasar taqwa, tapi surau-surau di stesyen minyak itu mungkin dibina atas dasar memenuhi syarat sahaja. Eh, panjang pula saya, maaflah saya ini suka bercakap.” Senyum Mastura.
“No, it’s just okey to me, Mas betul!”
Ini nombor saya, kalau ada apa-apa kakak boleh telefon saya, kalau kakak malu nak datang dengar ceramah seperti ini pun, boleh beritahu saya.” Ramah Mastura bercakap sambil menghulurkan sehelai kertas kecil tertulis nombornya. Salmiah mengangguk sambil tersenyum. Bertuah rasanya hari ini, dapat berkenalan dengan Mastura. Salmiah memandang masjid dihadapannya, dia ingin ke masjid lagi…
“Assalamualaikum” Sapa Ustaz Amin ditengah-tengah perbualan mereka.
Maafkan saya, saya ternampak Cik Salmiah tadi, kebetulan saya terbawa kot ayah cik, jadi…ini saya kembalikan.” Beritahu Ustaz Amin sambil menghulurkan kot Datuk Munzir kepada Salmiah.”
Salmiah tergamam melihat pemuda bernama Amin dihadapannya. Penampilannya lebih kemas, berbaju melayu hijau muda,berseluar slack hitam dan berkopiah. Wajahnya juga bersih dan tenang. Mungkin malam itu dia tidak begitu memerhatikan pemuda yang ditumpanginya, tetapi hari ini…
“Cik Salmiah…” Tegur Ustaz Amin lagi apabila kot yang diberi tidak disambut.
Ya..ya..oh..that’s fine Amin, I told you to keep it that night.” Kata Salmiah, masih tidak menyambut kot yang diberi. Hatinya tiba-tiba menjadi gemuruh bertatapan dihadapan pemuda dihadapannya.
Benar, tetapi melihatkan kot ini, pasti harganya mahal, tidak layak rasanya untuk saya menyimpan kot ini. Lagipun cik Salmiah sudah sudi tumpangkan saya dan hantarkan motosikal saya ke bengkel. Itu sudah cukup.” Jelas Ustaz Amin. Akhirnya Salmiah menyambut kot tersebut.
“Kak Sal, kalau nak tahu inilah penceramah tadi, bukan main lagikan bercakap tentang wanita.” Sampuk Mastura ditengah-tengah. Salmiah tersenyum.
“Bukan begitu, sekarang isu wanita sangat hebat diperkatakan, web-web tertentu ditubuhkan untuk mengkritik tindakan Islam terhadap wanita Islam, terutamanya perihal poligami dan isu menutup aurat.” Ustaz Amin menberitahu.
“Betul itu, kalau kita tengok, segalanya berkait dengan double standard, Islam ini menjadi agama yang double standard. Kalau kita tengok gambar Virgin Mary, beliau litup menutup badannya, tapi tiada seorang pun kritik, tapi bila wanita Islam buat begitu, dikritik hebat pula, semuanya double standard.” Sambung Mastura pula.
Salmiah hanya mengangguk sahaja. Ada benarnya kata-kata mereka tetapi dia rasa malu pula apabila dia menilai dirinya sendiri.
Mari Mas, kita pergi, nanti lewat pula jemput si Alif dari kelas tuisyennya.” Ajak Ustaz Amin.
Baiklah, Kak Sal, kami pergi dulu ya, Assalamualaikum.” Kata Mastura.
Waalaikumussalam” Balas Salmiah.
Salmiah memerhatikan mereka berdua menuju ke kereta. Apa hubungan mereka?
………………………….
Minggu depan sudah Ramadhan, teruja rasanya untuk menyambut Ramadhankan?” Kata Mastura ketika sedang minum di sebuah café bersama Salmiah setelah pulang dari mendengar ceramah di Masjid al-Muttaqin.
“Ramadhan? Minggu depan?” Salmiah terkejut.
“Betul, cepat sangatkan, harap-harap adalah rezeki kita untuk bertemu Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkahan, bukan untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah.” Sambung Mastura, air kopi yang masih separuh cawan dihirupnya.
“Adakah hubungan kita dengan Allah?” Tanya Salmiah, adakah sama hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Hubungan paling awal dalam kehidupan kita ialah hubungan dengan Allah, ketika ruh ditiup ke dalam jasad kita, kita telah membuat janji dengan Allah untuk mengakui ketauhidanNya, Cuma apabila kita lahir, kita lupa tetapi fitrah untuk beragama itu kekal selamanya, kalau agama yang dianuti ibu bapanya Islam, InsyaAllah Islamlah anak, kalau Christian, jadilah anak penganut Christian sebab dari kecil diasuh menjadi Christian. Tetapi, fitrah beragama itu tetap kekal, cuma acuannya berbeza.
Kalau hubungan kita dengan Allah ada masalah, renggang, kering, kita akan menghadapi masalah dalam kehidupan, dan hubungan kita dengan manusia juga akan hadapi masalah. Maka, bulan Ramadhan inilah untuk kita betul-betul muhasabah diri kita, seerat mana hubungan kita dengan Allah. Sejauh mana kita ikhlas beribadah kepadanya, kalau solat kita kerana terpaksa, tidak ikhlas untuk menyelesaikan rukun solat, kita telah mencipta keretakan dalam hubungan kita dengan Allah.”
Jelas Mastura panjang lebar. Mastura cuba mencerna ilmu yang diterimanya.
Kalau begitu, apa yang perlu kita lakukan di bulan Ramadhan?” Tanya Salmiah berminat.
Bulan Ramadhan inilah peluang unutk kita meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah, selain berpuasa, kita perbanyakan solat sunat, mengaji, berzikir, bersedekah. Paling penting, kita ikhlaskan hati untuk menerima kehadiran Ramadhan dan ikhlas untuk beribadah. Kalau Ramadhan ini tidak dapat merubah sikap buruk kita seperti sikap kita di bulan-bulan yang lain, akhlak itulah mencerminkan diri kita sebenar. Syaitan sudah dibelenggu tapi akhlak tetap juga tidak berubah, terus melakukan dosa yang sama, itulah rupa kita yang sebenar.” Jawab Mastura sambil berjalan melewati kedai-kedai yang berderetan dengan café. Perbincangna mereka terhenti seketika, Salmaih cuba mencerna sebainya ilmu yang diperolehnya dari Mastura. Itulah agaknya hikmah bersahabat dengna orang berilmu, ilmu dia juga dpaat dikongsi.
Kak Sal tengok Mas rapat sangat dengan Ustaz Amin, Mas ada hubungan dengan diakah?" Tanya Salmiah menukar soalan, entah kenapa sebulan ini dia selalu teringat kepada Amin, ingin benar dia tahu apa hubungan antara Mastura dan Amin.
Eh, tiba-tiba pula keluar cerita Ustaz Amin, kami ini jauh dari kenal Kak Sal.” Balas Mastura.Salmiah tercengang.
Erm… bukan begitu, kakak… suka dengar ceramah dia, sudah lama kakak tidak menghadirkan diri ke majlis ilmu begitu.” Salmiah membela diri.
“O, minat ceramahnya atau orangnya?” Mastura menduga.
“Eh, tidak lah Mas..kak Sal cuma….cuma…Mas, jom kita masuk kedai pakaian itu, Nampak macam ada sale saja” Salmiah menukar tajuk dan menarik tangan Mastura ke dalam kedai.
Mereka berdua membelek-belek pakaian yang dijual.
Kak Sal nak beli tudungkah?” Tanya Mastura apabila melihat Salmiah leka membelek-belek tudung.
“Erm..entah, tengok-tengok saja” Balas Salmiah ragu-ragu.
“Jom Mas, kita balik” Ajak Salmiah.
………………….
Salmiah segera menyorok al-Quran yang dibacanya ke dalam lamam tas tangan apabila Datuk Munzir menghampirinya yang sedang duduk di sofa. Dia tidak membaca la-Quran sebenarnya, hanya terjemahan sahaja.
“Sal, close your eye, please!” Pinta Datuk Munzir. Seketika kemudian, sebentuk cincin bertatah berlian tersarung ke jari manis Salmiah.
Datuk…” Kata Salmiah pendek. Entah kenapa cincin yang tersarung itu dipandang kosong, tidak seperti biasa.
You tak sukakah cincin ini? Kenapa dari tadi you diam saja dengan I?” Tanya Datuk Munzir apabila melihat riak wajah Salmiah tidak seperti biasa tatkala menerima hadiah darinya.
Nothing Datuk, thanks, cantik cincin ini.” Balas Salmiah pendek. Datuk Munzir memegang tangan Salmiah.
Terima kasih sajakah?” Duga Datuk Munzir. Salmiah ragu-ragu untuk memciumnya seperti setiap kali tindakannya apabila dihadiahkan sesuatu oleh Datuk Munzir. Tangan Datuk Munzir melingkari pinggang Salmiah. Salmiah semakin tidak selesa.
“I really miss you… I’m sorry, I was so busy with my business lately, I don’t have time to see you. Come!” Goda Datuk Munzir mengajaknya ke katil. Salmiah melepaskan lingkaran tangan Datuk Munzir dan bingkas bangun. Datuk Munzir terkejut.
“Erm…Sal tak sihatlah Datuk, Sal…period!” Kelentong Salmiah. tidak! Ini bulan Ramadhan, dia baru sahaja membaca al-Quran tadi. Dia harus melepaskan diri dari Datuk Munzir.
ringan-ringan saja sayang” Goda Datuk Munzir lagi.
Tak boleh Datuk, tak elok buat benda itu waktu I sedang period, nanti effect my body.” Salmiah terus beralasan. Datuk Munzir mengeluh.
“Hm..I langkah kaki kiri agaknya masuk bilik hotel ini. Sudahlah tadi I bertengkar dengan Datin, apabila jumpa Sal, tak dapat pula nak bermanja.” Rajuk Dtuk Munzir.
Sorry Datuk, Sal tak boleh tolong Datuk Malam ini. Erm..Sal kena balik dulu…lupa ada janji dengan kawan.” Salmiah mencapai tas tangannya di atas meja.
“Cepatnya,kawan? Siapa?” Tanya Datuk Munzir menghadap muka Salmiah.
Erm..Stefani.” Salmiah menipu lagi, Datuk Munzir mengiringi Salmiah ke muka pintu.
“Happy Ramadhan!” Ucap Salmiah sebelum berpisah. Datuk Munzir terkejut.
“Are you kidding? Sudah bulan puasakah? O Gosh, is that mean both of us should refrain ourselves from doing ‘that’?" Gurau Datuk Munzir.
“Yeah, that is what we suppose to do ,Datuk Munzir” Balas Salmiah serius.
“You’re very good teasing me, Sal.” Balas Datuk sambil ketawa.
Before you leave, give me a sweet hug!” Kata Datuk Munzir. Belum sempat dia membalas, tubuhnya sudah ditarik ke dalam pelukan Datuk Munzir.
Datuk Munzir…Sorry!
……………………………………..
Suatu Malam, Salmiah menelefon Ustaz Amin.
“Ya, cik Salmiah, ada yang boleh saya bantu?” Tanya Ustaz Amin. Salmiah menyusun kata.
Hm…sorry Amin to call you this late, erm…I just…” UstaZ Amin menunggu dari hujung talian.
“Hm..just to say..happy Ramadhan and…and…that’s all. Yea..I think!” Salmiah mengetuk kepalanya, malu apabila sedar percakapannya tergagap-gagap.
“O..sama-sama cik Salmiah, semoga Ramadhan ini menjadi bulan untuk kita ubah diri kita kepada kebaikan.” Kata Ustaz Amin.
“Baiklah, assa..” Salmiah segera memotong percakapan Ustaz Amin.
Amin!hm.. boleh saya tanya sesuatu kepada awak?” Tanya Salmiah.
“Tanya apa?” tanya Ustaz Amin kembali.
“pada awak, seorang perempuan..tidak suci, seperti…pelacur…awak rasa… Allah terima dia tidak kalau-kalau dia hendak kembali bertaubat?” Tanya Salmiah.
“PASTI ALLAH TERIMA! Dengan syarat perempuan itu bertaubat dengan sesungguhnya, berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuknya itu. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya, Cuma kita saja suka menangguhkan taubat sedangkan kematian datang menjenguk kita 5 kali sehari, bila nyawa sudah di halkum, tertutuplah pintu taubatnya. Kenapa cik Salmiah tanya? Kalau cik ada kawan yang begitu, cik patut bimbing dia, sebab dia sudah mendapat hidayah, kalau dibiarkan dia keseorangan, berdosa kita, nanti dibatalkan niatnya pula.” Balas Ustaz Amin panjang lebar.
Eh, tak.. saja tanya, saya…tidak ada kawan begitu.” Alasan Salmiah.
“Tapi..awak rasa lelaki yang baik akan terima dia atau tidak,walaupun dia sudah bertaubat?” Itulah soalan kedua yang ingin ditanya sedari tadi.Ustaz Amin diam seketika.
Hm…jodoh itu ditangan Allah, jika dia benar2 bertaubat dan berubah menjadi hamba yang taat kepada Allah, ya..pasti Allah akan menjodohkan dia dengan lelaki yang baik.” Jawab Ustaz Amin.
Adakah awak akan terima orang seperti sa…no..seperti perempuan itu?" Tanya Salmiah lagi terburu.
Saya? Kalau dia memang jodoh saya, saya redho. Sebenarnya penerimaan seseorang itu bukan sahaja atas dasar akhlaknya, dalam Islam memang ditekankan kita melihat kepada ciri-ciri praktikal amalan agamanya, tetapi pada sudut yang lain, Islam juga menekankan keserasian dan…cinta. Ada juga sahabat Rasulullah mengadu, suaminya seorang yang wara’ dan alim, baik terhadapnya tetapi dia tidak merasa bahagia kerana dia tidak mencintai suaminya, apabila diadukan kepada Rasulullah, Rasulullah memberi dia keizinan untuk bercerai.” Ustaz Amin menjawab panjang lebar.
Amin, mahukah engkau menerimaku jika engkau tahu aku seorang pelacur? BERNILAIKAH CINTA SEORANG PELACUR di hatimu? Jika benar katamu itu, adakah layak aku berdampingan denganmu nanti walaupun aku telah bertaubat?Monolog Salmiah di balkoni apartmentnya. Sudah seminggu Ramadhan berlalu, dia cuba untuk berpuasa, hanya tiga hari saja penuh, lainnya separuh hari. Tapi dia suka berpuasa. Entah kenapa malam-malam yang mengunjunginya di bulan Ramadhan ini begitu mendamaikannya. Teringin sekali dia berterawih di masjid, tetapi dia masih malu, akhir-akhir ini dia banyak menghabiskan masa membaca buku agama, dan merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Dari bilik sebuah rumah teres, Ustaz Amin membaringkan badanya ke atas tilam. Entah kenapa hatinya begitu bahagia sekali apabila Cik Salmiah menelefonnya tadi. Bukan pintanya, dia cuba tidak memanjangkan perbualan, hanya memenuhi panggilan seorang wanita yang bertanya perihal agama sahaja. Dia dapat merasakan ada satu nur yang sedang menuju kearah Cik Salmiah, yang membuat hatinya berminat untuk mengenal Islam. Dia harus membantu Cik Salmiah.Ustaz Amin mendail seseorang untuk meminta bantuan.
Semoga panggilan telefon Salmiah tadi tidak mengganggu konsentasinya dalam beribadah di bulan ramadhan ini terutamanya.
…………………………….
“Datuk, I need to see you.” Beritahu Salmiah dalam telefon.
“No problem, I know you miss me, am I right?.” Balas Datuk.
“Hm..I’ll wait you for lunch this afternoon.” Beritahu Salmiah lagi.
No, I can’t make it, I have lunch with my client. Sorry Sal, project besar, I should seize it.” Jelas Datuk.
“I’ll see you tonight at the same place.” Cadang Datuk Munzir.
………………
Dari balkoni hotel yang sama, salmiah memandang Datuk Munzir yang sedang memejamkan mata. Dia tahu Datuk Munzir tidak tidur, cuma penat sahaja. Selang beberapa ketika, Salmiah mendekati Datuk Munzir.
Datuk, I should be frank to you, we need to discuss…about us.” Salmiah memulakan bicara sambil menatap Datuk Munzir yang masih berbaring.
“About us? Come on Sal, don’t force me to discuss about marriage. Give me some more time.” Keluh Datuk Munzir lalu bingkas bangun mencapai tuala.
“No, it’s not about marriage, it’s…” Datuk Munzir Memotong.
“Ok, if it’s not about marriage, then let me get my shower, I penat la Sal dengar perkataan ‘discuss’ ini. Hari ini dua tiga macam meeting and discussion I got to handle. Let’s delay ya, Sal. Let’s just enjoy the night.” Datuk Munzir Mencuit dagu Salmiah. Sebentar kemudian dia sudah berada dalam bilik mandi. Salmiah kecewa. Bukan rancangannya untuk bersama dengan Datuk malam ini. Dia perlu berterus terang, dia perlu mengeluarkan dirinya dari kemelut ini. Tidak lama kemudian kedengaran pintu bilik diketuk-ketuk dari luar. Pelayan hotel barangkali.
“Ya…cari si…” Lidah Salmiah kelu serta merta, bergemuruh darahnya memerhatikan sesosok tubuh yang dikenalinya berdiri disebelah seorang lelaki. Amin!
“Cik Salmiah?” Nama Salmiah tiba-tiba terluncur dari mulut Ustaz Amin. Ustaz terkejut.
Assalamualaikum Cik, Maaf menganggu, kami dari Jabatan Agama Islam Selangor sedang melakukan tinjauan di bilk-bilik hotel ini. Boleh kami masuk?” Pinta seorang ketua kumpulan JAIS sambil menunjukan kad mereka.Salmiah menjadi tidak keruan. Apa semua ini?
“Erm..saya…seorang sahaja encik.” Kelentong Salmiah. Ustaz Amin hanya merenungnya sahaja.
“Kalau awak seorang, itu kasut siapa?” Sampuk seorang lelaki yang lain. Salmiah terkejut. Kasut Datuk Munzir terletak di sebelah pintu. Wajah Salmiah menjadi pucat.
“Itu..” Salmiah tidak dapat menyudahkan ayatnya apabila…
“Siapa itu Sal?” Datuk Munzir muncul dari belakang Salmiah dengan hanya bertuala separuh lutut.
“Cik Salmiah….” Kedengaran namanya disebut perlahan oleh Ustaz Amin. Ustaz Amin terkasima, wajah Cik Slamiah dipandang, mohon penjelasan. Kumpulan agama tersebut menapak ke dalam bilik.
“Apa hubungan anda berdua? Boleh kami tengok kad pengenalan anda?” Pinta ketua kumpulan tersebut kepada Salmiah dan Datuk Munzir. Mereka berdua berpandangan, masing-masing cuba mencari alasan.
“Erm…kami..tidak lakukan apa…apa encik! Ini..saudara saya.” Datuk Munzir cuba menipu, Salmiah hanya diam, pasti Ustaz Amin sudah mengesyakinya. Ustaz Amin hanya memerhati perbualan mereka.
Walau bagaimanapun, keadaan awak yang hanya bertuala paras lutut dan berdua-duaan dengan perempuan cantik di bilik ini memusykilkan kami. Tunjukkan saja kad pengenalan anda berdua.” Ketua kumpulan tersebut terus mendesak. Salmiah sedar, segalanya sudah terlambat, mereka sudah terperangkap ataupun diperangkap. Amin… Salmiah mencapai tas tangannya, dia sudah bersedia unutk menerima riaksi daripada Amin.
Ada apa kamu berkumpul di biilik ini?” Tanya seorang wanita dari muka pintu. Semua mata terarah kepadanya.
“Siapa Puan?Kami sedang menyiasat pasangan ini, disyaki melakukan khalwat di bilik ini.” Seorang lelaki menjelaskan. Wajah Datuk Munzir menjadi pucat, Salmiah semakin tidak keruan. Adakah ini pembalasan diatas dosanya selama ini? Tapi dia sudah bertekad untuk berubah.
“Pasangan? Itu suami saya dan… perempuan itu….” Datin mencerlung kearah Salmiah, bibrnya masih terukir senyuman yang dibuat-buat. Datin mendekati Salmiah dan memeluk bahunya, Salmiah menjadi takut. Datin boleh memalukan dia saat ini juga. Amin..,tolong saya.
Ini…anak saya. Kami datang bersama, cuma sya keluar tadi jumpa kawan ada hal sikit. Tidak mungkinlah mereka berpasangan, suami saya itu sudah kerepot, masa untuk bertaubat sekarang.” Perli Datin memandang tajam kearah Datuk Munzir.
“Oh, begitu, maafkan kami. Kami hanya menjalankan tugas. Maafkan kami tuan, cik.” Kata ketua mereka. Salmiah dapat menangkap wajah lega Amin. Datuk Munzir mengiringi mereka ke muka pintu. Ustaz Amin hanya tersenyum lega. Dia tidak perlu melebih-lebih dalam mencampuri hal ini. Dia silap kerana bersangka buruk terhadap Cik Salmiah, Tetapi…kenapa mereka menggelabah sahaja tadi jika mereka adalah anak dan ayah?
“O…ini perempuannya, dasar perempuan gila harta, suami aku pun kau nak ambil. Hey betina, kau ini tidak malukah? kau tengok si tua itu, lagikan aku meluat nak bersama dia, enak pula kau layan Si tua tak sedar diri itu!” Jerit Datin kemuka Salmiah dan menampar pipinya. Datuk segera menghalanginya dari terus menyakiti Salmiah.
Stop It Zuraidah! Don’t insult her! Dia lebih baik dari you tahu!” Bela Datuk Munzir. Salmiah menggosok-gosok pipinya, airmatanya tidak tertahan lagi, dia malu.
“kenapa tidak boleh? Dia ini betina tak guna, kau itu pelacur, kau ingat si tua ini cintakan kau kah? Siapa nak kahwin dengan pelacur macam kau, dia hanya gunakan kau untuk lempiaskan nafsunya saja!” datin cuba menampar Salmiah tetapi sempat dihalang oleh Datuk.
Cukup! Sal..You balik dulu, I’ll call you back!” Pinta Datuk. Salmiah hanya menuruti. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Datin,wajahnya sangat menggerunkan hatinya, Salmiah segera berlari keluar. Bukan ini pintanya.
Lepaskan I!Lepas!” Jerit Datin, Datuk segera melepaskannya apabila Salmiah keluar dari bilik. Satu tamparan melekat di pipi Datuk!
“Hey Munzir! You memang tidak kenang budi! I bagi you kekayaan, I bagi you pegang jawatan penting dalam syarikat.. I bagi you segala-galanya.. ini you balas untuk i? Dasar lelaki tidak kenang budi” Datin memukul badan Datuk dengan beg tangannya, Datuk munzir menolak Datin sehingga terjatuh ke atas katil.
Cukup Zuraidah! I sudah lama bersabar dengan you. Walaupun you lebih kaya daripada I, tidak semestinya you boleh sesuka hati hina i! you kena ingat, harta kekayaan you itu tidak dapat membeli tanggungjawab you pada I sebagai Isteri!” Balas Datuk Munzir pedas.
Oh, cakap pasal tanggungjawab pula. You ingat you suami yang bertanggungjawablah? You tipu I dengan anak-anak selama ini, you simpan perempuan tidak guna itu. Memang you layak dihina. You sebenarnya papa! Kalau I tidak terima you, mungkin smapai hari ini you masih kerja di kilang ayah i! Munzir! I kahwin dengan you pun bukan kerana cinta, you kena ingat, you itu hanya dijadikan kambing hitam untuk menutup malu I saja yang mengandungkan anak luar nikah. You tidak setaraf dengan!” Tempelak Datin.
“kalau pun I jadi kambing hitam you, I tetap layak untuk dihormati sebagai suami you, ayah kepada anak-anak kita!Disebabkan perangai you yang tidak tahu hormat is ebagai suami you lah I cari perempuan lain. You tidak boleh salahkan I! you ingat you baik sangat? Ingat I tidak tahu apa you buat diluar?” Datuk Munzir memegang dagu Datin.
You yang patut sedar diri! You itu sudah tua, jangan berlagak nak jadi muda. You ingat botok di muka you itu boleh selama-lamanya menutup kedut-kedut dimuka you? You ingat I tidak tahu you ada simpan sugar daddy diluar? Zuraidah! Cukuplah, baik you belajar jadi isteri yang baik kepada i? I sudah ambil keputusan I akan kahwin dengan Salmiah! Kalau you tidak setuju, kita bercerai!” Gertak Datuk Munzir lalu melepaskan dagu Datin. Jelas terpancar kemarahan di wajah Datin.
“You memang sudah melampau Munzir! You sudah berani lawan I! you…” Datin Zuraidah tidak jadi menyudahkan ayatnya apabila telefon bimbitnya berbunyi dalam tas tangan. Marahnya masih lagi belum reda terhadap suaminya. Datuk Munzir berasa puas, dia tidak menyangka dia berkata begitu kepada Datin. Baru dia rasa kuasanya sebagai suami kepada Datin Zuraidah yang sombong.
Datin Zuraidah kembali memandangnya apabila selesai bercakap di telefon. Kelihatan marahnya sudah sedikit surut. Dia mencapai tas tangannya dan berjalan kearah datuk.
“I’ll let you marry her..with one condition!” Kata Datin sambil mencebik kearah Datuk Munzir, Datuk Munzir terkejut.
…………………….
Salmiah berlarian menuju ke keretanya. Dia tidak menyangka tujuan baiknya untuk berterus terang diakhiri dengan inseden yang memalukan. Salmiah merasa cukup terhina dicaci oleh Datin, memang dia seorang pelacur, tidak! Dia sudah lama berlepas diri dari menjadi pelacur, dia hanya bersama Datuk Munzir. Tapi apa beza menjadi pelacur dan perempuan simpanan? Semuanya perhubungan berkalung dosa dan laknat daripada Tuhan.
Salmiah terus menangis di tepi keretanya. Amin…pasti kau bersangka buruk denganku. Seperti tiada harapan lagi untuk dirinya meraih cinta Amin setelah kejadian ini.
“Cik Salmiah!” Tegus seorang lelaki.
“Amin!” Salmiah terkejut. Mereka berpandangan.
Kenapa Cik Salmiah menangis?” Tanya Ustaz Amin melihatkan airmata yang mengalir dipipinya.
“Amin..saya..saya…” Esakan Salmiah mengganggu percakapannya. Ustaz Amin seperti memahami apa yang terjadi tadi.
Cik Salmiah, mungkin cik perlukan seseorang untuk meluahkan masalah, Cik boleh hubungi Mastura, dia mungkin dapat menolong Cik. Saya pergi dulu.” Beritahu Ustaz Amin, dia perlu pergi ke balai polis untuk selesaikan kes khalwat beberapa pasangan tadi.
Amin!” Panggil Salmiah apabila Ustaz Amin mula membelakanginya.Langkah usaz Amin terhenti.
“Saya tidak perlukan Mastura, Saya hanya… perlukan awak! Saya hanya mahu awak saat ini, awak faham tak?” Salmiah sudah berdiri dihadapan Ustaz Amin, Ustaz Amin kaget. Dia tidak biasa berkeadaan begini dengan perempuan, Ustaz Amin berundur setapak ke belakang.
Kenapa awak menjauhi saya? Kenapa awak sentiasa menyingkatkan perbualan kita setiap kali kita terserempak? Kenapa? Awak jijik dengan saya? Sebab saya kotor?Sebab…saya PELACUR?” Nada Salmiah tinggi, matanya memandang tajam ke mata Ustaz Amin.
PELACUR? Cik Salmiah pelacur. Ustaz Amin terkejut besar.
Cik Salmiah..”hanya itu yang keluar dari mulut ustaz Amin.
“Kenapa perlu terkejut? Memang saya pelacur. Saya pelacur yang kotor, yang berlumur dosa dan murka Tuhan, yang tidak diterima kehadirannya dalam masyarakat!Awak sepatutnya dapat meneka kenapa saya berada di bilik hotel tadi berdua-duaan dengan lelaki. Awak takut berduaan dengan saya disini? Takut saya akan goda awak kepada zina?” Hambur Salmiah, air matanya ditahan. Sementara Ustaz Amin masih lagi diam. Pelacur? Adakah selama ini dia MENCINTAI SEORANG PELACUR? Amin…
“Cik Salmiah, ba..ik cik balik dahulu, tidak elok berbual malam-malam ditempat malap begini. Silap-silap kita pula dicekup JAIS!” Ustaz Amin cuba mengelak. Perasaanya yang terkejut mengganggu fikirannya.
Biar mereka cekup kita!” Tegas Salmiah.
“Cik Salmiah! apa yang cik cakap ini? Sepatutnya Ramadhan ini cik banyakan beribadah, bukan…bukan berkhalwat dengan lelaki dibilik hotel! Tidak terkesankah segala ceramah,perbincangan agama dengan Mastura dan bahan bacaan agama yang cik baca selama ini? Tidak terkesankah ramadhan ini untuk cik berubah?” Ustaz Amin terkejut dengan kata-katanya sendiri. Salmiah terkejut dengan kata-kata Ustaz Amin.
Awak tidak tahu hal yang sebenar, awak tidak boleh menuduh saya, saya ke sana untuk menjelaskan hal yang sebenar kepada Datuk bukan untuk melakukan hal yang terkutuk!” Jelas Salmiah cuba membela diri. Matanya masih tidak lekang merenung Ustaz Amin.
“tetapi kenapa perlu berjumpa di bilik hotel? Malam-malam begini? Sudahlah Cik Salmiah, kalau cik Salmiah ingin bertaubat, cik Salmiah tidak sepatutnya melakukan hal ini? Cik Salmiah mempermainkan Allah, mempermainkan kami, menghancurkan harapan kami untuk melihat Cik Salmiah berubah.” Beritahu Ustaz AMin lalu berjalan kearah keretanya yang terletak di sebelah kereta Salmiah.
Salmiah meluru kearah Ustaz Amin dan memeluknya dari belakang. Ustaz Amin terkejut.
Cik Salmiah! lepaskan saya!” pinta Ustaz Amin tegas. Dia sangat terkejut dengan tindakan Salmiah.
“Tidak! Saya tidak mahu lepaskan awak! Saya…SAYA CINTAKAN AWAK!” Akhirnya Salmaih meluahkan isi hatinya. Serentak itu juga Ustaz Amin melepaskan pelukan Salmiah dengan kuat. Salmiah terdorong kebelakang. Air matanya kembali laju!
“Cik Salmiah, istighfar!" Jerkah Ustaz Amin. Salmiah memandangnya terus. Ustaz Amin semakin tidak menentu dengan situasi ini. Dia tidak menyangka Cik Salmiah akan bertindak sebegitu.
“Istighfar? Untuk apa? Terhapuskah dosa saya selama ini dengan hanya beristighfar? Sedangkan sejak dulu saya bergelumang dosa? Dosa zina yang selayaknya direjam sampai mati! Terampunkah dosa saya hanya dengan beristighfar? Perlukah saya beristighfar hanya kerana saya CINTAKAN AWAK? ADAKAH CIKTA SAYA SEORANG PELACUR CINTA YANG BERDOSA?Jawab Ustaz Amin!Jawab!” Salmiah semakin kuat menangis, sudah lama dia memendam segala pertanyaan ini, sudah lama dia menanggung sengsara sembunyi perasaannya kepada Amin. Ustaz Amin terdiam membisu. Salmiah kuatkan hatinya untuk menghampurkan segala isi hatinya selama ini.
Awak silap Amin, saya berjumpa dia bukan untuk berzina lagi. Saya ingin berubah! Saya sudah penat bergelumang dosa zina ini! Saya perlukan awak! Saya perlukan awak untuk membimbing saya. Saya tidak mampu berjalan sendiri mencari Tuhan saya. Saya perlukan awak! Saya ingin hidup dengan awak! Saya akan bertaubat! Saya akan berubah, tinggalkan dunia hitam saya yang dulu, saya sudah berubah. Saya berubah agar saya layak bersama dengan awak seperti kata awak tempoh hari. SAYA CINTKAN AWAK AMIN! Saya sangat perlukan awak!” Kata Salmiah panjang.
Cik Salmiah! hijrah Cik Salmiah ini tidak akan mendatangkan pahala jika niat cik semata-mata untuk buat saya jatuh hati dengan cik, HIJRAH ITU MESTI KERANA ALLAH! Sudahlah Cik Salmiah! Berubahlah untu mendapat redho Allah, Allah pasti ampuni cik, wlaau sebesar, seluas, setinggi manapun dosa cik. Pengampunan Allah lebih luas dari dosa cik. Saya pergi dulu.” Ustaz Amin membuka pintu keretanya tetapi segera ditutup oleh Salmiah.
“Amin! Katakan yang awak cintakan saya juga. Bersama dengan saya, bimbing saya mencari Tuhan saya. Ampunkan dosa saya sebagai pelacur! Saya akan berubah. Tidak mengapa kalau awak tidak cintakan saya, asalkan awak bersama saya, please Amin, I really need you. Amin..jangan buat saya begini, jangan siksa hati saya. Walaupun saya seorang perempuan kotor, bekas pelacur, saya juga layak untuk dicintai. Saya tidak pernah rasa begini terhadap lelaki. Please Amin! Be with me, I’ll change! I’ll Amin!” Rayu Salmiah dihadapan Ustaz Amin. Esaknya menganggu jiwa Ustaz Amin.
Maaf Cik Salmiah, saya terpaksa pergi.” Kata Ustaz Amin lalu membuka pintu keretanya sehingga Salmaih terdorong ke tepi.
Salmaih terus mengetuk tingkap kereta Ustaz Amin, seperti seorang pengemis meminta sedekah, seperti seorang pengemis cinta meminta balasan. Ustaz Amin tidak menghiraukan ketukan Salmiah. Dia terus menghidupkan enjin dan meninggalkan Salmiah terkontang kanting. Salmiah hanya memerhatikan kereta Ustaz Amin meluncur pergi.
“AMIN!” Jerit Salmiah sekuat hati, dia akhirnya terduduk! Tangisnya semakin menggila. Oh Tuhan! apa semua ini? Aku hanya meminta cinta dari seorang lelaki. Mengapa dia bersikap kejam terhadapku? HINAKAH CINTA SEORANG PELACUR sepertinya? Keindahan ramadhan malam ini tidak mampu menenangkan hatinya. Apalah ertinya hidup jika lelaki yhang disanjunginya juga meninggalkannya , menjauhinya gara-gara dia seorang pelacur!
Amin memberhentikan keretanya dibahu jalan. Apa sebenarnya yang terjadi tadi? Ustaz Amin!apa yang membuatmu untuk menolak cinta Cik Salmiah? Sedangkan dia sudah mahu berubah, SEDANGKAN SEJAK DULU KAU CINTAKAN DIA. Adakah kerana dia pernah menjadi pelacur? Tidak layakkah untuk dia mendapat cintamu? Berapa nilai cintamu sehingga kau menolak cintanya? Membiarkan dia menangis merayu kepadamu? Setinggi mana darjat cintamu? Sedangkan kau hanya manusia yang sama sepertinya? Amin!
Amin segera membelok keretanya menuju ke tempat letak kereta tadi, Cik Salmiah.
Salmiah memandu keretanya dengan laju, airmatanya tidak juga mahu berhenti. Sepatutnya dia tidak meluahkan perasaanya. Dia sendiri yaqin cintanya tidak mungkin terbalas. Sepatutnya dia simpan perasaannya asalkan dia dapat terus berkawan dengan Amin. Tapi sekarang…Salmiah memberhentikan keretanya di tepi jambatan. Untuk apa aku hidup? Dosaku selama ini tidak juga aku tahu terampun atau tidak! Cintaku pada Amin tidak juga terbalas, DATUK Munzir yang takut isterinya pasti meninggalkannya. Salmiah memanjat penghadang jalan. ,Mungkin inilah takdir hidupnya.
“Apa yang kamu cuba lakukan?” Tegur seorang lelaki dibelakangnya. Salmiah menoleh ke belakang, sebentar kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Tasik putrajaya direnungnya dalam-dalam. Esaknya masih tidak ingin reda.”
Pergi kau, jangan hiraukan aku!” Jerit Salmiah. Lelaki tersebut masih berdiri dibelakangnya tenang.
“Terlalu cepat kau berputus asa, lupakah pada niat kau yang asal? Renung kembali niat asal kau untuk berubah, adakah kerana Amin?” Lelaki itu berjeda seketika.
“Salmiah..Allah sedang menguji kesabaranmu, Allah sedang menguji keikhlasanmu dalam bertaubat kepadanya, Allah sedang menguji keteguhan pengharapanmu kepada Allah,Allah sedang menguji hatimu, kuatkan imanmu untuk benar-benar kembali kepada Allah, kembali mencari Allah.” Sambung lelaki tersebut tenang.
Tapi.. aku sudah penat dengan semua ini! Aku mencuba mencari Allah, tetapi gagal, aku masih terjebak dengan Datuk! Aku kehilangan Amin. Betullah! Allah tidak pedulikan doaku selama ini. Allah tahu aku memerlukan Amin, tapi Dia jauhkan aku dari Amin, Dia kecewakan hati aku!” Balas Salmiah.
“Apa bukti engkau sudah kehilangan Amin? Salmiah, kau sebenarnya sudah berjumpa Allah saat hati kau terdetik untuk mencarinya. Allah itu ada di hatimu, tersangat dekat unutk kau rasai keberadaanNya. Kau leka dalam pencarianmu terhadap Allah, niatmu untuk mencari Allah, terpesong hanya kerana kau melebihkan Amin, kau jadikan cinta Amin sebagai tujuan untuk kau berubah dan kau jadikan niat asal kau sebagai batu loncatan untuk meraih cinta Amin. Renunglah hatimu. Kemana sebenarnya tujuan hidupmu, kepada Amin atau Allah?"Tenang sahaja lelaki tersebut membalas. Salmiah tersentak. Dia mulai sedar, niatnya dahulu untuk mengenali Allah terpesong gara-gara kerana hatinya jatuh hati kepada Amin dan ceramahnya.
Habis, apa yang perlu aku lakukan? Aku perempuan kotor, aku penzina, aku pelacur. Mahukah Allah menerima hambaNya yang kotor ini? Dan…aku kehilangan Amin!” Tanya Salmiah.
“Allah itu sangat luas ampunanNya!Allah yang berhak memberi hidayah dan untuk tidak memberi hidayah. Salmiah, Allah sudah memilihmu untuk menerima pertunjuk dariNya, untuk berubah kepada kebaikan kerana niat dan usahamu itu untuk kembali kepada Allah. Allah sedang berbicara denganmu. Sedang memberitahumu bahawa engkau hambaNya yang terpilih. Usahlah kau risau tentang ampunannya, ALLAH PASTI MEMAAFKANMU, bersangka baiklah dengannya dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya.” Kata lelaki tersebut.
Salmiah beristighfar dalam hati, ampunkan aku lagi Allah, pimpin aku ke jalanmu. Salmiah turun dari penghadang jalan, dia menoleh ke belakang tetapi lelaki tersebut sudah hilang dari pandangannya.
Siapa lelaki itu?
…………….
Setelah kejadian itu, Salmiah tidak lagi berjumpa Datuk walau berkali Datuk menghubunginya. Dia juga sudah menginap di rumah temannya dan berhenti kerja dari syarikat Datuk. Dia tidak ingin ramadhannya diganggu oleh Datuk dan perkara yang terjadi tempoh hari.
“Sal, ada orang nak jumpa.” Beritahu rakan serumahnya, Tina.
“Siapa?” Tanya Salmiah yang baru selesai solat asar. Tina menunjukkan jarinya kearah muka pintu.
“Datuk!” Beritahu Tina, Salmiah terkejut. Tina membiarkan mereka berbincang di ruang tamu.
“Ada apa Datuk datang ke mari?” Tanya Salmiah, tidak sangka Datuk boleh mencarinya.
Ada apa I datang sini? Sal, you sedar tidak apa yang you telah buat terhadap I?” Kata Datuk Munzir. Salmiah membelakanginya.
“You tinggalkan I tanpa bagi satu alasan pun kecuali you nak bersendirian! Apa maksud you nak bersendirian kalau semua kunci kereta dan apartment, kad kredit you serah balik kepada I? Apa maksud you sebenarnya?” Datuk Munzir terus mendesak meminta jawapan. Sudah hampir sebulan dia mencari Salmiah sejak peristiwa mereka diserang oleh Datin tempoh hari.
“Datuk sepatutnya tahu makna semua tindakan saya itu. Maafkan Sal Datuk. Sal tidak mahu hidup begitu lagi, cukuplah selama setahun Sal hidup membuat… dosa dengan Datuk!” Jelas Salmiah mengenai kedudukan yang sebenar.
DOSA?What nonsense are you talking about? Sejak bila pula you fikir pasal dosa.” Ejek Datuk.
“Sal, look at me!” Datuk Munzir menarik lengan Salmiah supaya mengadap kearahnya. Salmiah tetap tenang. Dia tahu Datuk pasti mencarinya.
You tidak boleh buat I seperti ini. You sudah lupakah pengorbanan I selama ini? I pelihara you! I beri you segalanya, I juga janji untuk ambil you sebagai isteri I!” Suara Datuk Munzir sedikit tinggi, Datuk Munzir tidak puas hati dengan alasan yang diberikan Salmiah. Salmiah berdegus lembut lalu melepaskan pegangan Datuk.
Datuk, saya tahu Datuk sudah banyak berkorban untuk saya. Tapi saya tidak perlukan Datuk lagi, saya tidak mahu hidup di bilik hotel sepanjang hidup saya. Sudahlah Datuk, Datuk baliklah kepada Datin, jadi suami dan ayah yang baik kepada keluarga Datuk.” Kata Salmiah. Datuk mengenggam tangan Salmiah.
“Sal! Kalau itu yang menganggu you selama ini, mulai hari ini you tidak payah risau lagi, Datin sudah benarkan kita kahwin, cuma…dengan syarat..you kena keluar dari KL. Tapi you jangan risau, I akan selalu lawat you.” Senyuman Datuk Munzir mati apabila Salmiah melepaskan pegangan Datuk.
“Datuk!terus terang saya..tak boleh bersama Datuk lagi, Sal…tidak cintakan Datuk lagi.”Beritahu Salmiah serba salah. Datuk Munzir terkejut dengan penjelasan Salmiah.
But I love you Sal! Atau…you sudah ada jantan lain?” Salmia tersentak dengan serkap jarang Datuk Munzir.
“Sudahlah Datuk, I don’t want to talk about this anymore. Sal harap lepas ini Datuk tidak cari Sal lagi.” Sal segera berjalan menuju kebiliknya. Tetapi airmatanya merembes keluar apabila terpaksa menelan segala penghinaan oleh Datuk.
Sal!” Jerit Datuk.
You ingat Sal, kalau tidak disebabkan I yang minta si David jual you kepada I, sampai hari ini pun you masih jadi pelacur! You ingat adakah lelaki nak terima perempuan macam you kalau mereka tahu yang you ini seorang pelacur? Hanya I sahaja yang akan terima perempuan macam you Sal. Ingat Sal, you akan menyesal kerana menyakitkan hati I” Jerit Datuk lalu segera keluar dari rumah.
Tina yang sedari tadi mencuri dengar perbualan mereka muncul di hadapan Salmiah lalu memeluknya.
“Sabar Sal, jangan pedulikan apa yang Datuk cakap tadi.” Pujuk Tina. Salmiah terus menangis, hatinya begitu terguris dengan tuduhan Datuk. Dia tekad, dia tidak akan kembali kepada kehidupannya dahulu.
…………………………………
Assalamualaikum,Kak…Salmiah?” Tegus seorang wanita ketika Salmiah sedang membelek-belek buku di sebuah kedai buku. Salmiah terkejut, tapi segera tersenyum.
“Mas!” Jerit Salmiah kecil. Mereka akhirnya berpelukan.
Kak Sal kemana setahun ini? Tiba-tiba saja menghilangkan diri, risau pula saya.” Beritahu Mastura. Salmiah tersenyum.
Kakak tidak ke mana, cuma sekarang ini kakak kerja di utara, Di Kedah. Datang KL ini pun sebab ada urusan kerja sahaja.” Jelas Salmiah. Rasa bersalah pula menghilang diri tiba-tiba dari Mastura hanya kerana gara-gara lelaki itu.
“Kedah? Itu kampung saya.” Kata Mastura.
Saya suka sangat tengok Kak Sal bertudung, makin tambah cantik.” Puji Mastura. Salmiah tersipu.
"Alhamdulilah terbuka akhirnya hati hendak pakai tudung, kalau asyik dengar ceramah, baca ayat al-Quran yang menyuruh kepada berhijab, tapi tetap tidak mahu ikut, sia-sia saja ilmu yang diperoleh.” Kata Salmiah.
Wah, sudah pandai berhujah ya sekarang.” Gurau Mastura lagi.
“Alang-alang saya sudah jumpa kakak, ini saya nak serahkan kad kahwin.” Beritahu Mastura sambil mengambil sseuatu dari beg kertas yang dipegangnya.
“MasyaAllah saya terlupa pula bawa. Hm..maaflah Kak Sal.sibuk sikit sekarang ini uruskan hal perkahwinan.” Kata Mastura.
Siapa yang mahu kahwin?” Tanya Salmiah.
“Abang saya! Minggu depan akan dilangsungkan. Jemput datang ya, nanti saya mesej alamatnya di Kedah.” Jelas Mastura.
……………………….
Salmiah melangkah ke perkarangan rumah pengantin speerti alamat yang diberikan oleh Mastua tempoh hari. Dari kejauhan kelihatan Mastura cantik berbaju kurung ungu berjalan kearahnya. Dai sudah memberitahu kedatangannya.
Sampai juga cari rumah saya. Silakan!” Pelawa Mastura.
Sampai tapi tersesat lorong juga tadi. Mana pengantinnya?” Tnaya Salmiah teruja. Bungkusna hadiah dihulurkan kepada Mastura.
Pengantin ada di dalam, sedang bergambar. Mari!” Salmiah hanya membuntui.
Belum sempat kakinya melangkah masuk, wajahnya terpaku melihat sosok pengantin lelaki yang sedang bergambar.
“Amin!” Salmiah terpana.
“Siapa yang panggil nama saya?” Tegur seorang lelaki dari belakang mereka berdua. Kedua-duanya menoleh.
Amin?” Salmiah memandang Mastura. Mastura tersenyum.
“Itu bukan Amin tapi Amir, Amirullah, yang di depan ini baru Amin, Aminullah. Mereka kembar.” Ustaz Amin masih terkejut melihat sosok tubuh wanita yang dikenalinya itu. hatinya riang melihat Cik Slamiah sudah bertudung.
………………….
Dari dalam kereta seorang lelaki memerhatikan pasangna pengantin yang sedang menjamu selera di bawah kanopi putih.
“B, you buat apa disini? Dari tadi lagi you asyik tengok mereka. Jom lah kita pergi! Tadi you sudah janji hendak bawa I shopping.” Lamunan Datuk Munzir terhenti apabila teman wanitanya mengoncangkan lengannya. Dia tersenyum.
“Sorry Darling, jom kita pergi shopping.” Balas Datuk Munzir selamba.
……………….
Sal, abang minta maaf sebab biarkan Sal malam itu.” Kata Ustaz Amin setelah mereka selesai solat Maghrib berjemaah di dalam bilik.
Sudahlah abang, buat apa kita kenang peristiwa itu.” Balas Salmiah tenang.
Sebenarnya,malam itu abang ada datang ke tempat itu kembali.”
Abang datang buat apa?” Potong Salmiah.
“Abang datang…nak beritahu Sal yang abang juga.. cintakan Sal. Tapi terlambat, Sal sudah pergi.” Jelas Ustaz Amin. Salmiah terkejut, tapi segera menggulung senyuman.
Sudahlah abang, perkara lepas tidak perlu untuk disesali. Segala kekecewaan malam itu sudah terbalas apabila abang sudi menerima perempuan seperti Sal, Abang tidak menyesalkan menerima Sal? Menerima masa silam Sal?” Tanya Salmiah, matanya masih merenung mata Ustaz Amin. Dulu dia terhalang untuk menatap bola mata Ustaz Amin lama-lama kerana Ustaz Amin banyak tunduk ketika berbicara dengannya. Sekarang, nikmat kebahagiaan menjalar di segenap hatinya.
Itu kisah silam Sal, lagipun Sal sudah bertaubat, dan sudah berubah menjadi perempuan yang solehah. Dulu abang risau kalau-kalau Sal berputus asa untuk berubah gara-gara abang ‘menolak’ cinta Sal. Tapi, abang kagum dengan Sal, Sal boleh lakukannya tanpa bimbingan daripada abang. Lagipun, apabila Allah menilai hambanya berdasarkan ketaqwaanya, jadi siapalah pula abang sebagai manusia untuk menilai Sal selain dasar ketaqwaan itu?” Salmiah bahagia mendengar pengakuan suaminya. Dia mengucup hangat tangan suaminya, air matanya menitis. Terima Kasih Allah, inilah berkah memilih untuk berjalan di jalanMu.
~ Mungkinkah cerita ini hanya mampu ditakdirkan diatas kertas? Adakah adat dunia [manusia]masih lagi ragu-ragu untuk menerima?~


Posted by Ms. Turtle at 12:28 AM

Kasih Tersisih

Hakim memerhatikan meja makan rumahnya.
Teringat kritikan pedas kepada isterinya.
kenapa masin sangat gulai awak ini? Nak suruh saya cepat matikah?” Hakim mencerlung ke mata isterinya.
Hasnah terkejut.
“Maaf abang, Nah….Nah masak yang lain ya?” Pujuk Hasnah setelah mencicip gulai tersebut.
Tak payah! Saya sudah tiada selera nak makan.” Hakim bangkit dari kerusi dan mencapai kunci kereta.
“Abang nak ke mana?” Tanya Hasnah mengikuti dari belakang.
Cari makanlah, tak akan saya nak makan masakan masin awak itu. kalau sudah tahu tidak reti masak, beli saja diluar. Membazir juga kalau masak tidak reti.” Hasnah terpukul dengan kata sinis suaminya.
Dia tahu dia tidak berbakat dalam memasak, dia tahu banyak tempat makan diluar yang sedap. Tapi, dia memasak dengan ikhlas dan ini air tangannya. Akhir-akhir ini suaminya semakin baran,semua yang dia buat tidak kena di mata suaminya.
……………
“Nah, kamu ini sudah lama kahwin tapi seorang anak pun tiada, kau merancangkah?” Tanya Maimunah, ipar Hasnah sewaktu pulang ke kampung mertuanya lembut.
memang merancang Kak Mun, merancang nak anak tapi…tiada rezeki lagi.” Balas Hasnah berbasi-basa sambil memerhatikan anak-anak buah suaminya bermain-main di halaman rumah. Tiba-tiba ibu mertuanya muncul dari belakang.
Hasnah, masuk bilik mak sekejap, ada perkara mak nak bincang dengan kamu.” Hasnah mengikuti ibu mertuanya dari belakang.
Mak nak cakap apa dengan Nah?” Tanya Hasnah setelah menutup pintu bilik ibu mertuanya.
“Mak hendak kau tengok gambar-gambar ini.” Beritahu ibu mertuanya sambil menghulurkan beberapa keping gambar perempuan.
Mak cari calon isteri untuk Badrulkah?”Tanya Hasnah sambil meneliti wajah-wajah dalam gambar tersebut.Dia tahu emaknya sudah bising-bising merungut Badrul adik suaminya tidak mahu kahwin lagi.
Ibu mertuanya menghampiri jendela.
“Bukan, tapi…untuk…Hakim!” Beritahu ibu mertuanya mendatar. Hasnah terkasima.
Mak nak cucu dari kamu berdua, dan mak tahu kamu tidak boleh beranak. Hasnah, kamu kena faham perasaan Hakim. Dia itu dari dulu sukakan budak.” Jelas mertuanya seperti memujuk.
“Mak, apa bezanya cucu Abang Hakim dengan cucu-cucu mak yang lain? kami boleh ambil anak angkat mak.” Hasnah sedaya membela dirinya.
Tapi Hakim mahu zuriatnya sendiri. Hasnah, mak tahu tiada isteri yang rela bermadu, tapi kalau kita tidak dapat memberi anak kepada suami, perkahwinan itu tidak bermakna.” Hasnah kecewa dengan kata-kata mertuanya.
……………..
“Tapi bang, isteri-isteri Rasulullah pun ramai yang tidak ada zuriat dengan Baginda tapi mereka masih bahagia.” Hasnah cuba berhujah.
Masalahnya abang bukan Rasulullah. Abang kahwin bukan semata-mata nafsu ,abang cuma inginkan anak. Abang janji tidak akan cintakan perempuan yang bakal jadi isteri abang.” Pujuk Hakim, Hasnah semakin membuak kecewa dengan jawapan suaminya.
Abang ingat tugas isteri dalam berumah tangga semata-mata untuk melahirkan anak sajakah? Abang, perkahwinan itu penyatuan antara dua jiwa, jiwa yang mempunyai perasaan. Siapapun bakal isteri abang layak untuk dicintai!” Hasnah menjelaskan.
maksudnya, Nah izinkan abang kahwin lagi satu?” Senyuman terukir di bibir Hakim.
“Tiada dalam rukun poligami Islam wajib mendapatkan izin dari isteri. Tapi...Lepaskan Nah!” Tegas Hasnah memandang tepat bola mata suaminya.
“Nah, tidak terlintas pun di fikiran abang nak lepaskan Nah semata-mata untuk dapatkan anak!” Jelas Hakim.
Habis, kalau nanti abang dapat anak, abang nak buat apa lagi dengan saya? apa yang saya pernah beri kepada kepada abang, abang akan dapat dari bakal isteri abang.”
…………………..
Lidia..kakak tahu kamu masih menyimpan perasaan kepada Abang Hakim.” Kata Hasnah suatu hari ketika mengajak Lidia minum di sebuah kafe.
Eh! Mana ada Kak Nah. Lidia cuma…anggap Abang Hakim sebagai suami Kak Nah saja.” Lidia berdalih.
“Lidia, sepatutnya kamu yang jadi isteri Abang Hakim dari dulu lagi, seperti keinginan emak Abang Hakim untuk bermenantukan Lidia, tapi malangnya Abang Hakim memilih kakak.” Hasnah membuka kisah lama.
Kakak, pernikahan kakak dengan Abang Hakim bukan sesuatu yang malang. Buat apa kita sebut kisah lama. Sudah takdir saya tiada jodoh dengan Abang Hakim, saya terima.” Kata Lidia pasrah.
Tapi Lidia, jodoh seseorang tidak bermakna terputus walaupun antara mereka sudah berkahwin selagi maut belum meragut mereka pergi.” Hasnah menggenggam tangan Lidia.
“Apa..maksud...”
“Nikah dengan Abang Hakim!” Hasnah segera memotong.
“Kakak!”
………………….
Saya mahu buat umrah!” Hasnah meminta izin dari suaminya yang sedang menghadap laptopnya.
“Hm…tangguhkanlah dulu, abang sibuk dua tiga bulan ini, tidak boleh ikut.” Hakim beralasan, matanya masih menghadap skrin laptop.
Saya tidak minta abang ikut.” Jelas Hasnah.
Habis, Nah mahu pergi seorang diri? Abang tidak izinkan!” Hakim memandang Hasnah yang duduk di sebelahnya.
Nah pergi dengan Mak Cik Izzah, mak angkat Nah. Abang izinkanlah!” Hasnah memujuk, mendatar suaranya.
Bila?” Tanya Hakim.
Hujung bulan ini? Nah sudah daftar dan buat persiapan.” Beritahu Hasnah.
Kalau semua sudah siap, buat apa lagi nak minta izin dengan abang? Kalau abang tekad tidak izinkan, membazir saja persiapan yang Nah buat.” Hakim membidas tindakan isterinya.
“Tapi kenapa hujung bulan ini pula? Nah tahukan yang…” Hakim serba salah untuk menyudahkan ayatnya.
Abang izinkanlah Nah ke Mekah. Nah rasa kehadiran Nah di majlis perkahwinan abang nanti hanya akan membuat abang serba salah. Biarlah Nah cari ketenangan di Mekah, sementar abang menikmati bahagia di sini.” Kata Hasnah, Hakim faham.
Hm..baiklah! tapi kenapa pula ke Mekah? Nah, Mekah itu bukan tempat untuk kita melarikan diri dari masalah tapi tempat untuk beribadah.” Kata Hasnah.
Nah bukan melarikan diri, tapi Nah mencari diri Nah! Dan perkahwinan kedua abang bukan satu..masalah untuk Nah. Niat Nah untuk ke Mekah abang tidak perlu ambil tahu.” Hasnah bangkit meninggalkan suaminya.
…………………….
Selamat pengantin baru. Abang jangan risau, Nah yakin Lidia dapat jadi isteri yang terbaik dan dapat melahirkan zuriat dari benih abang sendiri.” Airmatanya menitis laju saat mengirimkan ucapan selamat penganitn baru kepada suaminya. Hasnah memandang ka’bah di hadapannya.
Ya Allah, hambamu ini mengembara jauh dari satu sudut duniamu untuk datang ke rumah Mu yang agung ini. Sungguh Engkau Maha Tahu niatku ke sini. Ya Allah, tiada yang mustahil dalam setiap keupayaanMu, apabila Engkau mengatakan kun maka jadilah ‘fayakun!’. Ya Allah, sudah hampir lima tahun hidupku tanpa zuriat sendiri. Tidak pernah aku jemu berusaha walau segala sindiran ku terima. Kata doktor aku mandul, tapi padaku tiada yang mustahil disisiMu. Ya Razak! Kurniakanlah aku zuriat dari benihku sendiri, agar dapat aku membahagiakan suamiku, walaupun saat ini dia sudah menikah lagi. Aku selalu meminta kepadaMu, aku malu tetapi aku tahu, impianku hanya akan termakbul apabila aku meminta kepadaMu. Andai sudah tertulis aku tidak akan mempunyai zuriat, maka kembangkanlah zuriat suamiku dari benih isterinya, Lidia.”
………………..
“Nah, Lidia sudah mengandung dua bulan.” Beritahu Hakim, jelas kedengaran suara bahagia dari corong tetefon rumahnya.
“Betulkah? Tahniah! Tercapai juga impian abang. Hm...abang jadi balik tidak malam ini?” Tanya Hasnah.
“Mana boleh tipu hal penting macam itu. tapi..abang tidak jadi balik rumah Nah malam ini. Abang…janji nak raikan berita ini dengan Lidia malam ini. Nah tahukan, orang mengandung kena jaga perasaan.” Hakim memberitahu.
Tapi, malam inikan giliran saya, abang sudah 5 hari tidak balik sini. Rasulullah hari-hari jenguk isteri dia yang ramai pun mampu.Lagipun Nah ada perkara hendak beritahu abang. Abang balik ya, kejap saja.” Hasnah memujuk.
Abang minta maaf Nah. Kali ini memang tidak boleh.Malam esok ya kita jumpa?”Hasnah memutuskan talian dengan kecewa. Tangannya mengusap-ngusap perutnya sambil menangis.
…………………….
Abang! Nah minta maaf sebab keluar rumah tanpa izin abang. Nah ingin menyendiri, abang tidak perlu cari Nah, nanti Nah balik.”
Hakim membaca nota ringkas isterinya yang dilekatkan di depan cermin bilik tidur mereka..
…………………..
“Tuan Hakim, isteri tuan selamat...tapi…kami minta maaf, bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan kerana jantungnya terlalu lemah.” Hakim tersandar ke dinding mendengar kata-kata doktor tersebut.
Tiba-tiba keluar seorang doktor lain bersama dengan seorang jururawat yang sedang mendukung seorang bayi dari bilik bersebelahan.
Kesian bayi ini, tiada siapa menyambutnya.” Kata jururawat tersebut kepada doktor.
Hakim! Kenapa dengan kau? Apa yang terjadi kepada Hasnah?” Tegur teman Hasnah yang berkejar ke bilik bersalin. Hakim terkejut dengan soalan Azura.
Doktor? Bagaimana dengan Hasnah binti..Muhammad?” Hakim bingung memerhatikan Azura di hadapannya.
Cik ini siapa?” Tanya doktor tersebut.
Saya teman serumahnya.” Jawab Azura.
Oh begitu, Puan Hasnah selamat melahirkan bayi lelakinya, ini bayinya!” Beritahu doktor tersebut sambil menunjukkan bayi yang didukung jururawat. Azura dan Hakim masing-masing berpandangan keliru.
“Kim! Ini anak kau!” Hakim segera menghampiri bayi tersebut, bibrnya mengukir senyuman.
“Doktor, isteri saya bagaimana?”
Tanya Hakim terlupa sejenak isterinya Lidia.
Puan Hasnah…maaf, dia tidak dapat diselamatkan.” Kata doktor perlahan. Hakim bingung dengan keadaan yang berlaku. Hasnah!
“Tidak!!!”
.................

Posted by Ms. Turtle at 12:18 AM