Tuesday, May 19, 2009
Kejauhan yang Dirindui
Sore itu kembali, menuntun langkah ku sekali lagi ke tempat itu. Sore itu mengingatkanku tentang saat-saat yang tidak ingin lagi aku kenang. Sore itu tetap tenang walaupun di luarnya penuh dengan hiruk pikuk kota, jeritan manusia, laungan enjin- enjin kenderaan yang berulang –alik, namun di tempatku jua suasananya tetap sama. Aku hanya memerhatikan dua timbunan tanah di hadapan, kaku sahaja pandangku. Ku tahan air mata dari jatuh, peristiwa itu kembali dan meragut hatiku pergi. Tapi ku pujuk hati agar tidak mengesali, ku pujuk lagi jiwa, ini bukan keabadian sejati. Ku rawat luka hati agar aku mampu bangkit lagi. Walau kekadang jatuhnya sangat sakit, jatuhnya tanpa henti. Tanganku cuba mencapai kekuatan, ku cuba berpaut pada sekeping harapan, walau pautanku menggigil kelemahan.ku cuba berdiri dengan gagah, walau longlai lebih ku rasai. Ku pujuk lagi hati, ku kesat air mata sendiri, jangan biarkan airmata mu terus mengalir, kerana aku tidak tahu sampai bila kau akan berhenti.
19/8/2005
Seminggu sebelumnya.
ada tepung gandum, telur, gula cukup, pisang pun ada sesikat. Kalau di buat kek pisang barangkali boleh dapat sebiji. Ah! Naik ke tidak kek pisang tu bukan soalnya. Yang penting manfaatkan sesikat pisang itu. Mungkin besok pagi kau bangun hanya tinggal kulit sahaja. Dua kemungkinan, samaada di makan oleh saudaramu atau tikus di dapur. Sekarang sudah pukul sepuluh malam, buang tebiat ke nak buat kek pisang, nanti tengah malam baru siap, siapa nak makan? Semua orang sudah kenyang makan malam tadi. Adik aku kan ada.
Aku menghampiri adikku yang sedang leka menonton televisyen.
“ Mahukah kau jamah kek pisang yang aku buat nanti?” Soalku.
“ Aku sudah kenyang” Balasnya acuh tidak acuh.
Kecewa. Kembali ke dapur, memerhatikan bahan-bahan yang siap tersusun. Mungkinkah siap sebiji kek pisang ini? Kedengaran derap kaki dari arah luar. Adiku bersandar di peti sejuk sebelahku.
“Buat saja, nanti aku jamah. Kau pun tahu perutku mudah lapar” adik senyum. Menghayun langkah ke bilik mandi. Aku senyum.
Aku memasukan tepung ke dalam bekas pemutar, gula halus, telur empat biji, marjerin. Kalau ada mentega lagi sedap. Pisang sesikat ku penyek lumat- lumat dan aku masukan ke dalam adunan bahan tadi. Mesin pemutar menjalankan kerjanya. Aku suka mendengar bunyinya. Putar elok-elok ya, sebatikan adunannya. Setelah siap, aku tuang ke dalam acuannya dan memasukan ke dalam oven yang dipanaskan 15 minit lalu.
“Apa yang kau buat?” Ayah menyapa dari belakang. Aku senyum padanya. Dia baru keluar dari bilik mandi.
“Kek pisang yah.” Jelasku.
“O, sudah siap?” Tanya lagi, memandang kearah oven.
“Baru nak bakar kek” Ayah berlalu memasuki biliknya.
Sejam berlalu. Aromanya tidak ubah seperti kek pisang yang aku buat sebelum ini. Tapi apa bezanya dengan kali ini? Kali ini bezanya kek pisangku naik dan lembut. Aku memotong kek dan meletakkan ke dalam piring. Adik ku menyusul.
“Wah, sudah siap kek kau” adik menjamah kek pisang yang terletak di atas meja.
“Naik kek kau, tapi kenapa hitam sekelilingnya? Kau ni reti ke tidak buat kek? Kalau tak hangit tak boleh?” ngomel adiku sambil menyuap cebisan kek laju ke mulut.
“Sedap tak?” Tanyaku.
“Boleh lah makan, tak sakit mulut” Aku mencebih.
“Dah siap? Ayah nak rasa sikit”. Aku terkejut. Adakah dia menunggu sedari tadi dibiliknya semata-mata ingin merasa kek pisangku. Aku menghulurkan sekeping kek kepadanya.Aku memerhatikan ayah menyuapkan kek kedalam mulutnya. Expresi mukanya sama.
“Sedap tak?” Tanyaku pada ayah.
“SEDAP” Jawabnya spontan. Hatiku berbunga riang. Tidak pernah ayah memuji masakanku sebegitu. Adik mencebih kearahku. Tapi aku tahu hati kedua-duanya ikhlas kerana aku mengenali hati mereka. Tapi tangan ini tidak akan lagi membuat kek pisang itu kerana semangat itu telah dibawa pergi.
3 hari sebelum itu.
Penatnya, aku hempaskan beg sekolah ke atas katil. Perutku sangat lapar, tanpa mandi dan menyalin pakaian, langkahku laju ke dapur. Ibu sedang sibuk menyiapkan makanan. ibu! bahan apa yang kau bubuh dalam masakan sehingga kesedapannya terkesan dihati, membuat aku rindu tiap kali walau ikan rebus pun lebih enak dari nasi ayam yang di jual di gerai. Sekarang musim buah, buah rambutan berbuah lebat di kebun. Aku mengajak adikku mengait buah rambutan, aku capai bakul yang di hulur ibu. Ah! Nyaman sekali udara Tuhan ini, nikmat sekali, syukur berdetik di hati, ah, perigi, teringatku kambing kami pernah terjatuh ke dalamnya pukul 4 pagi, ibu dan ayahlah yang bergegas mencari buluh sebagai tangga untuk di hulur ke dalam telaga, pandai pula kambing tu naik, macam mana boleh jatuh pun tiada saksi yang melihat, barangkali, mengigau nak pergi mandi telaga agaknya. Ayam kampung berjalan-jalan mencari makanan disekeling, walau tempatnya kotor dengan longkang penuh dengan sampah, tapi itulah kehidupan kampung yang tidak akan dapat di cari di kota. Daun-daun getah gugur bertaburan di bawa angin, buahnya bingit kedengaran memecahkan kulitnya, tersembur keluar bijinya sehingga jatuh ke atas bumbung rumah, dicemuh manusia kerana memeranjatkan tidur mereka, tapi itulah bunyinya, kalau tidak pulang ke kampung, tidak mungkin akan mendengarnya di kota.
“dik, kau panjang pokoknya,aku tunggu di bawah, kau tahukan aku tidak pandai panjat pokok, semakin tinggi aku cuba panjat, semakin laju kaki aku menggelongsor turun” kataku padanya.
Tanpa memakai baju dan masih berseluarkan uniform sekolah, adik memanjat laju, sekejap saja sampai ke atas, ah! Pokoknya rendah sahaja. Aku cuba mencapai buah yang tergantung di dahan rendang, memakannya terus, selebihnya aku masukan ke dalam bakul.
“aduh” aku menggosok kepalaku, seseorang membaling buah rambutan ke arahku.
“aduh, aw!” mengelak.
“hahaha” terus membaling dari atas.
“kurang ajar kamu!” aku cuba membalas balingannya, tidak kena. Adik memjatuhkan tangkai berisi rambutan mera-rata. Sengaja mendera aku, aku membongkokkan badan mengutip rambutan.
“aduh! Sakit lah woi!” kali ini belakangku yang kena. Suara ku meninggi. Aku menggosok, pedih.
“ayah! Tengok ni!” ayah dari kejauhan sedari memerhatikan kami, hanya tersenyum. Senyum pula ayah ni, tapi senyumnya manis sekali kali ini. Aku segera memasukan buah rambutan ke dalam bakul, adik mulai turun dari pokok, aku segera mencapai bebearapa tangkai rambutan, apa Lagi, SEGERA LARIKAN DIRI!
“woi! Sapa nak angkat bakul ni?” kelihatan dia menghadapi kesukaran membawa bakul rambutan itu, beberapa tangkai rambutan jatuh, dia terpaksa memungutnya sambil memegang bakul, tangkai lain pula yang jatuh. Aku semakin jauh.
“ siapa suruh kau buat jahat dengan aku” aku tidak tahu macammana dia membawa pulang bakul itu.
Sehari setelah itu.
ku sandar kepalaku di lututnya sambil memeluk kakinya, tangisku menjadi-jadi. Jangan pergi dulu, aku belum bersedia menerima pemergiaanmu. Aku masih perlukanmu, walau kau tidak pernah melafazkan kata sayang kepadaku, namun aku masih tetap ingin bersamamu. Esakku semakin menyesakkan hati, sandarku padanya berat sekali. Tangan kasarnya menggosok belakangku, menepuk lembut namun katanya tegas “sudah, jangan menangis lagi”. Sedarku dari mimpi, ah! Kau sendiri tahu aku tidak mampu.
Malam kejadian
Huh! Jadual waktu siap,entah yang ke berapa, jarang sekali aku ikutinya. syukur percubaan spm ku cemerlang, ibuku riang mendengar keputusanku, ayah pula belum sempat ku beritahu, barangkali esok hari, esok kan ada lagi. Aku berkira-kira apa hadiah yang ingin aku minta darinya. tanpa kami sedari, esok tidak ada lagi untuknya. Sudah pukul 2 pagi, mata ini belum lagi mengantuk, tidak pernah aku rasa begitu bersemangat sekali untuk belajar, keputusan percubaan itu benar- benar menaikan semangatku. Kedengar bunyi bising di bilik ibu ayah yang bersebelahan dengan bilikku.
Kedengaran ayah menahan nafaznya, lelahnya kembali lagikah, aku menunggu ibuku memanggil kami. Keadaan di sebelahnya kurasa genting sekali, hatiku berdegup kencang, aku masih menanti ibu memanggil kami.
“nanti saya panggilkan mereka” kedengaran suara ibu di sebelah sana, tumpuanku pada buku di depan terganggu.
“jangan, jangan tinggalkan aku” ayah menahan. Nafaznya kedengaran turun naik, sukar sekali dengarnya.
“han, bangun, ayah lelah” akhirnya ibu mengetuk dinding biliku yang memisahkan bilik kami. Aku segera ke bilik sebelah, muka ayah semakin pucat, biru, dadanya berombak kencang, nafasnya menyesakan. Ibu menggosok-gosok dadanya, bibir ayah tidak lekang menyebut ALLAH ALLAH.
“panggilkan abang dan akak” aku segera mengetuk pintu bilik abang dan memanggil akak. Mereka segera menuju ke bilik ayah.
“bawa ayah terus ke hospital” cadang akak.
“badannya semakin pucat, tangannya semakin biru” tangan akak memicit-micit tangan ayah, menggosok lembut. Mulut ayah masih terkumat kamit.
“mana Han, Jauhari, Li,Ma ?panggilkan mereka” Pinta ayah.
“Kami disini” beritahu kakak ke telinga ayah. Tapi adikku tiada. Kelihatan adik berjalan sambil memisat-misat matanya. Melihat keadaan ayah, sudah selalu ayah lelah, nanti bawa ke hospital, dapatkan bantuan oksigen dan suntikan, elok lah tu. Mungkin itu andaiannya dan itu jugalah andaian aku, mungkin andaian kami semua. Tapi ayah tahu masanya telah tiba.
Abang bergegas menghidupkan enjin kereta, kembali ke bilik ayah,
“segera!” beritahunya pada ibu. Mereka bergegas menukar pakaian. Aku hanya memerhati ayah, tangannya ku pegang. Hatiku kosong, hanya melihat kesukarannya bertarung dengan lelahnya yang semakin serius akhir-akhir ini, sudah jarang dia kemasjid kerana keuzurannya, makannya tidak lagi berselera, solatnya duduk, didalam kocek bajunya selalu ada inhaler.
Aku memerhatikan ibu, abang, akak dan suaminya menguruskan ayah, mengangkat ayah dari katilnya, langkah ayah semakin longlai, terpaksa berpegang pada bahu ibu dan akak. Kukunya benar-benar biru. Apa yang aku buat saat itu, tiada. Hanya memerhati tindakan mereka di hadapan.
“jaga rumah, tengokkan Nurin” pesan ibuku, segera masuk ke dalam kereta, aku melihat kelibat ayah dari belakang kereta. Tanpa aku tahu itulah pertemuan terakhirku dengan ayah.kami menunggu di rumah, menanti panggilan dari abang.
“mari kita baca Yasin” cadangku pada adik, aku mengambil wuduk dan duduk di katil bersama adik. Mencapai al-Quran. Entah kenapa hatiku terdetik membaca surah Yasin. Perlahan-lahan aku membaca al-fatihah, kedengaran deringan telefon dari luar. Aku memasang telinga, tumpuku bukan lagi pada bacaan. Mengapa lain sekali perbualan mereka, aku mengagak sesuatu yang tidak baik, bukan! Aku tidak mengagak, aku mengretahuinya kini, tapi aku masih menanti kakak ku datang kepada kami. Beberapa ketika, kelihatan wajah kakak dari balik tirai pintu bilik. Matanya merah. Jangan cakap!
“han, ayah dah tiada!” mendatar katanya di iringi derai air mata.
Kaku, wajah adik berubah, satu persatu kenangan lalu terimbau. AYAH!!!. Aku benamkan muka ke bantal. Menangis semahunya, katakan ini tidak benar! Hatiku hancur, Yah, yah… han belum bagitahu lagi result han, han belum lagi masuk universtii, han belum lagi kerja, han belum lagi kumpul duit nak bawa ayah pergi haji. Yah. Yah, han yang salah! Sebenarnya ayah jatuh bilik air kerana han, han cuai ketika mencuci billik air, han yang buat ayah terpaksa solat duduk, han yang buat ayah terusan mengadu sakit pinggang, han yang buat ayah menjerit kesakitan ketika jatuh. HAN YANG BUAT YAH! Han takut nak bagitahu, han takut ayah marah han. Yah! Maafkan Han, han tak sengaja!. Benar, kau ragut segala- galanya dariku. Semangatku, benar-benar kau ragutnya.
27/2/2007
Sakit ibu makin menjadi-jadi sejak kematian ayah dua tahun lalu. Anak mana yang tahan melihat ibunya yang dulu mampu berjalan, tiba-tiba lumpuh. Aku sendiri buntu kenapa makin lama ibu semakin sukar untuk berjalan, sehingga kehidupannya hanya di katil atau kerusi malas. Siksa hati anak melihat hanya tuhan yang tahu. Aku menunggu menati bila saatnya ibu boleh berjalan kembali, bukan kerana aku penat menjaganya, tapi aku tersiksa melihat keuzurannya yang semakin menjadi- jadi. Kehidupannya banyak dihabiskan di hospital, ubatnya lebih banyak di telan dari makanannya. Rambutnya semakin kusut sehingga sukar untuk disikat. Tangannya menggigil menyuapkan makanan, ibu, biar aku suapkan! Tapi tidak pernah aku buat. Hanya mata bodoh melihat sahaja. Mukanya semakin sembap, tidurnya semakin kerap, bukan di katil, tapi di kerusi malas itu, kerusi yang menepatkan ayah sewaktu memandikan jenazahnya. Masaknya sudah jarang, aku rindu masakannya, tapi ibu sudah tidak kuat, berdiri pun susah.
Matanya banyak pejam dari buka, nafasnya selalu tercungap-cungap, lelahnya begitu menyesakkan hati aku, biarku ganti tempatmu ibu! Tapi aku tak mampu! Derhakakah aku lagi padamu ibu? ku pujuk hati, sabar, sabar, sebentar lagi ini akan berakhir, aku tahu hatimu sedih, sabar, ibu akan pulih, pulih seperti dulu, walau aku sendiri tahu harapanku tipis, kesihatan ibu semakin teruk dan aku terpaksa meninggalkannya di kampung kerana pengajianku di kota, ibu kalau bukan kerana pintamu, sesaat pun aku tidak ingin berpisah denganmu, tapi itu jua pintamu, hanya pelajaran mampu mengubah nasibku. Kalau kau tahu ibu, ku paksa hati melupakan deritamu di kampung, bukan aku penat, tapi aku takut ia mengganggu pelajaranku kerana jika aku gagal, maka aku juga gagal membahagiakanmu. Maaf ibu, disaat aku perlukanmu kau selalu ada, tapi disaat kau perlukanmu, aku jauh darimu. Aku ingin pulang ibu, biar aku jaga dirimu.
Akhirnya pulang juga aku ke kampung, ah ibu! penat seharian perjalanan pulang dari Kuala Lumpur terus hilang tatkala menatap wajahmu, dengar suaramu cukup menghilangkan segala tekanan di hati. Walau ayah sudah lama pergi, engkau masih disisiku, kekuatanku ada padamu. Marahlah ibu padaku jika itu bias menenteramkan hatimu, aku rela, namun maafkanlah aku setelah reda, kerana hidupku tidak akan bahagia jika tanpa redhomu, senyumlah, pandanglah aku jika ia mampu menghilangkan lelah didadamu yang menyesakan jiwamu, aku pasti mampu menenteramkan hatimu, kerana aku akan menjagamu, aku akan masak untuk mu, mandikanmu, sikat rambutmu, sapukan bedak dipipimu, picit kakimu, temankanmu. Namun aku masih bukan anak sejati, sakitmu benar ibu, aku tak mampu menanggungnya kerana aku takut melihat derita yang kau lalui.
Ibu, ingat lagi waktu kecilku, aku berkeras tidak mahu mengaji, ah ibu! marahmu menyinga, kau heret tubuhku ke luar rumah, kau kunci pintu, ingat ibu, waktu itu malam, aku menjerit ketakutan, buka pintu ibu, aku takut gelap! Ah! Hati ibu, tidak akan tega mendengar jerit tangis anak perempuannya, kau buka pintu walau marah masih bersisa. Ingat ibu, waktu itu aku lemas di sungai, dua kali ibu, tapi aku tidak beritahu padamu, aku tahu kau akan marah, pergi ke sungai pun kau melarang, katamu sungai tidak sesuai untuk ku, tapi temanku semua bermain, bermandi-manda di sungai, apa bezanya aku dengan mereka,aku tahu bezanya kini; AKU ANAK MU. Namun, bangkai gajah tidak akan dpaat di tutup selamanya, akhirnya kau dapat tahu dari budak- budak kampung, menyinga marahmu, kecut perutku.ibu! entah yang ke berapa kali aku membuatmu marah. Tentu kau kecewa denganku. Tapi ibu, sejak itu aku tidak lagi bermain di sungai. Pernah ibu suatu hari kau belikan aku beg, beg yang memang bukan citarasaku, kau tahu ibu apa yang aku buat dengan beg itu? Aku pun tidak tahu, kerana aku tidak menyukainya, tak ku hirau pemberianmu sehingga ia hilang dariku. BODOH AKU IBU! seperti aku tidak menghiraukan hatimu, harapku moga engkau tidak tahu, kerana aku tidak ingin kau terluka lagi.
Ibu! aku benci pada akakku melihat dia sungguh- sungguh menjagamu, dan aku hanya memerhati sahaja. Hatiku menjerit berteriak,cukup! Jangan sentuh ibuku! Biarkan aku jaga Ibu pula! Ingin sekali aku menolak tubuhnya saat dia dekat dengannu, tapi sungguh aku lupa. Ibu punya lima anak perempuan, bukan aku seorang. Kalau kau tahu ibu, tiada yang terindah melainkan aku dapat berbati kepadamu, menjagamu, masak untukmu, memandikanmu, menggosok rambutmu dengan sampu, menyapu bedak dipipi lembutmu, memakaikan baju ke tubuhmu, menyapu minyak kekakimu, memnyediakan ubat kepadamu, memapahmu ke bilik tidur, menemanimu tidur. Ah! Ibu, sesak hatiku melihat au tercungap- cungap bernafas, tidurmu sukar sekali, tidurmu bukan baring tapi duduk ibu! DUDUK IBU! sakit pinggangmu tak kau beritahu, malah kau marah padaku saat aku terbangun dari tidur melihat dirimu, aku ibu, tidak redho untuk lelap sesaat dan mengabaikan kau. MAAF IBU!
Kejap benar cuti tahun baru cina ini. Sekarang waktunya untuk meninggalkan ibu lagi, maaf ibu. bukan ini mahuku, tapi ibu, janjiku, aku akan pulang lagi. Benar aku pulang lagi, tapi tiada lagi yang menunggu kepulanganku. Semua barang telah di kemas, beg pakaian telah di masukkan ke dalam bonet kereta. Aku melihat ibu terbaring lesu di atas tikar, cepat sihat ibu, masakkan sesuatu untukku, jangan terus baring di situ, bangunlah, kuatkan dirimu, berdiri ibu, kerana apabila kau berdiri aku tahu kau sihat. Tapi ibu baringmu seolah-olah kau ingin baring selmaa-lamanya.
Kuhampiri ibu, ku tatap wajahnya, ah! Lesumu menyakitkan hatiku, tapi ku tetap senyum kerana tangisku hanya menambahkan deritamu. Ibu bangkit dari perbaringannya, kedua-dua lututnya bertembung dengan kedua-dua lututku. Aku pegang tangan ibu, ku cium pipinya, lalu ibu meletakan tangannya dipahaku, aku kaku, mahu saja aku beritahumu sesuatu ibu! tapi ia tersekat di kerongkong ibu! perlahan ibu menarik tangannya yang kurus. Zup! Dapatku rasa tarikan ibu itu mengetarkan urat sarafku, seolah-olah mengungkapkan sesuatu “jangan tinggal ibu han!”. Tapi ibu, aku tetap tinggalkanmu. Entah mengapa aku tidak menangis seperti biasanya, aku pujuk hati, mungkin aku telah terbiasa balik kampung, tanpa aku sedar, tuhan ingin memujukku. Ku pandang ibu yang duduk di depan pintu, pandang aku ibu, pandang aku ibu. kereta meluncur laju keluar dari laman rumah, dan aku semakin jauh dari ibu, ibu juga semakin jauh, jauh dan jauh dariku, kejauhan yang mendekatkannya dengan ayah.
Malam itu
“Ibu masuk wad lagi”. Ringkas mesej dari kakak, hatiku entah mengapa tidak tenang malam itu, walau ku juga tahu ini bukan pertama kali ibu dimasukan ke hospital. Tapi hatiku tidak tergerak untuk menghubungi anak saudaraku yang menemani ibu.KENAPA?. aku langsung pulang ke bilik setelah selesai latihan drama; maaf ibu, saat aku bergembira, kau disana mengerang kesakitan. MAAF IBU! entah mengapa hati ini begitu sedih sekali malam itu, aku keluar dari bilik menuju ke tangga belakang asrama, teman sebilik menemaniku, esakku padanya, dia juga sepertiku, malah kehilangan ayah lebih awal dariku, maka rasa hati kami sama. “aku hanya ingin ibu sihat, aku hanya ingin ALLAH akhirkan derita ibu, aku tidak tahan mendengar apatah lagi melihat sengsaranya.”
Paginya, bangunku seperti biasa, usai solat subuh, dadaku sesak tiba-tiba, batukku menjadi-jadi, benar-benar teruk batukku sehingga tak berkesempatan untuk aku menyedut udara lebih lama. Akhirnya aku bangkit untuk mandi. Batuk ku reda selepas itu. “telefonmu berdering banyak kali, akakmu telefon, ku kata kamu mandi” rakan sebiliku memberitahu. Kenapa pagi-pagi lagi telefon aku, telefon berdering lagi, teragak-agak untuk menyambutnya, aku tahu ia bukan Sesutu yang baik, seperti dua tahun lepas, kerana, perasaanya juga sama,JANGAN CAKAP!
“kemas pakaian, kita balik”. Kata akak. “ kenapa?” SOALAN BODOHKU!
“IBU SUDAH TIADA…” namun jawapan yang ku terima… ah! Maksud apa semua ini. Aku, aku, aku tuhan belum mampu untuk semua ini. Jeritku langsung membuatku longlai.
“mana ibu?” walau ku tahu ibu sedang menantiku.
“Sabar-sabar!” kata pak cikku. Aku mahu ibuku, langkahku laju memanjat anak tangga, usai di muka pintu…IBU!!! hatiku menjerit, ku raut muka, tangisku menggila, longlai tubuhku untuk berdiri, esakku, esakku, esakku, mereka memandang.
“sini han” panggil abangku yand berada di sebelah ibu. Aku kuatkan diri, merangkak perlahan-lahan kearah ibu. IBU!!! ku tatap wajahnya, ibu… ibu…ibu… ku cium wajahnya, sejuk, kaku, tiada berbalas. Ku peluk dadanya, tiada berdegup lagi, ku biar kepalaku, sebentar lagi aku akan berpisah denganmu seperti aku berpisah dengan ayah dulu. Ibu..nafasku ibu, kakiku ibu, longlai ibu, mereka menarikku ke bilik, jangan jauhi aku dari ibuku “jenazahnya nak di solatkan han, dah lewat” pujuk mereka.mereka menjauhkan aku darimu ibu!
Aku melihat mereka mengusung keranda ibu, aku anak ibu, tidak mampu melihat jasadnya di timbus dengan tanah, perlahan-lahan, lembut letak tanahnya, sakit nanti badan ibu. aku hanya duduk jauh dari kuburan ibu, sebelah sana kuburan ayah. Benar juga kata orang tua, jika suami isteri mencintai satu sama lain, dan satunya meninggal terlebih dahulu, maka satu lagi tidak lama, akan menyusul jua, cinta itu jualah ibu kau wariskan kejiwaku. Tapi malang dia tidak mengetahui. Maaf ibu kerana aku anak berdosa. Jangan risau ibu, tidak lagi aku siakan kehidupan ini walaupun kau dan ayah jauh dari kehidupan duniaku, aku juga bakal menyusulmu disana, antara lambat dan cepat. Kita pasti bertemu ibu, ayah, di SYURGA ibu, tunggu han ibu, yah. kita akn bersama bertemu kembali, dan pertemuan kita akan selamanya. jangan risau ibu, biarku rindu tidak tertahan padamu, tapi aku akan teruskan kehidupanku berlandaskan ajaran tuhan. Terima kasih kerana melahirkan aku dalam ISLAM. Sore itu pulang dan moga sore itu kembali lagi…
-SELESAI-
23/02/2009
Posted by Ms. Turtle at 8:26 AM
Gugur Sekuntum Kemboja
I.
Selatan Thailand bergolak lagi. Bumi yang tidak pernah kering dari perebutan, perkelahian sehingga membawa kepada titisan darah pejuang- pejuang Islam dan penduduk yang tidak berdosa. Tentera Thagut begitu teruja mengacu mucung senapang kearah orang-orang Islam yang dijadikan kambing hitam dengan alasan mereka berkomplot menentang kerajaan. Mereka berkomplot untuk menghilangkan ketuanan orang Melayu di tiga daerah utama Narathiwat, Yala dan Pattani. Menghilangkan ketuanan Melayu bererti mereka cuba untuk menghilangkan anutan orang Melayu di Selatan Thai iaitu Islam. Hatiku begitu tersentuh mendengar orang Islam ditembak membabi buta, ditangkap tanpa usul periksa, dibawa pergi tanpa lagi khabar berita diterima. Orang alim, ustaz-ustaz termasuk tok imam tua juga menjadi sasaran utama mereka. Semua itu hanyalah fitnah dari kaum thogut. Toghut tidak semestinya orang kafir, orang Islam yang berjiwa toghut juga sama, tiada beza kecuali status agama di dalam kad pengenalan diri.
Namun, aku hanyalah seorang muslimah kerdil yang hanya terdaya mendengar berita mereka tanpa mampu berbuat sesuatu kecuali doa, mohon dengan segala sifat Rahmannya yang Maha Luas agar melindungi umat Islam disana. Hanya Allah sebaik-baik Pelindung.
Aku ingin kembali ke Pattani suatu hari nanti. Pattani sangat dekat di hatiku. Pattani telah melahirkan berjuta jiwa-jiwa muttaqin, mukhlisin, mujahidin yang bersedia mengorbankan harta dan jwanya demi kemaslahatan Islam, kerana itu si thogut durjana begitu menggila menyebar fitnah keatas orang-orang Islam sehingga ulama’- ulama’ menjadi sasaran. Ini bukan situasi baru, Rasululluh juga pernah menghadapi pelbagai fitnah demi menyebarkan isi Wahyu al-Quran, dituduhnya seorang gila, mereka-reka al-Quran, gila seks kerana berkahwin ramai. Aisyah R.A isteri Rasulullah juga dituduh berkhalwat dengan Sofwan dalam perjalanan pulang dari suatu peperangan. Fitnah itu membawa kepada keresahan Rasulullah kerana Allah menangguhkan penurunan al-Quran beberapa bulan sehingga turun ayat ke-26 dari surah an-Nur untuk membersihkan nama Aisyah R.A:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-pertempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (puka). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
Thogut di Selatan Thailand itu adalah pengecut seperti Yahudi dan Nasrani (Amerika) yang jiwa pengecutnya berselindung disebalik propaganda kecanggihan jentera-jentera, roket- roket, nuclear mahupun kereta kebal. Mereka tidak ubah seperti Presiden Jamal Abdul Naser, pemerintah Mesir pada pertengahan tahun 1900-an menjatuhkan hukuman gantung terhadap as-sayyid Syed Qutb dan sahabat-sahabatnya. Jamal si Thogut itu takut kepada Syed Qutb bukan kerana beliau seorang pakar bom nuclear mahupun cuba melakukan rampasan kuasa terhadapnya tetapi si gila jamal Nasir itu takut pada pena tajam Syed Qutb yang digunakannya untuk membidas tindakan kerajaan yang menyeleweng jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Keterbukaanya mengkritik polisi dan gaya pemerintahan ala toghut itu di dalam karangan- karangannya telah mengundang resah dan gelisah dijiwa syaitannya.
Sore yang menziarahiku hari itu membawa bersama gerimis hujan seperti gerimisnya hatiku tatkala menyingkap helaian warkah dari sabahat karibku di Pattani, Ummu Sakinah yang begitu luar biasa semangat jihadnya terhadap Islam. Keimanan terhadap yang Maha Esa terpancar dari setiap tutur katanya serta muamalatnya bersama saudara Islam yang lain. Keputusannya meneruskan pengajian di sebuah pondok dalam daerah Pattani suatu hari sangat menyedihkan aku kerana aku bakal berpisah dengannya. “Pattani mendidikku menjadi seorang Islam yang tenang, sekarang Pattani dalam huru-hara, ana pula yang akan menenangkannya!” Tegas nadanya hari itu dibalik purdah hitamnya.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh…
Ingatlah sahabatku ‘Innnaddinaindallahilislam’! Dibumi mana kamu berpijak, udara mana yang kau hirup, dilangit mana kau berbumbung tugasmu tetap sama, Menegakan agama Allah!
Lama kita berjauhan membuat hatiku dibuai rindu untuk memelukmu seperti dulu. Namamu senantiasa kuucap dalam doaku kerana kamu adalah sebahagian dari kehidupan bahagiaku. Antara keindahan kurniaan Ilahi kepadaku adalah menghadirkanmu dalam ruang kehidupanku. Sebaik-baik ukhuwah adalah mereka yang bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerananya.
Shabatku, qalbu ini sangat rindu untuk bertaut kembali denganmu, mungkinkah saat itu akan menjadi milik kita suatu hari nanti? Terimbau saat- saat manis disaat diri meninta warkah ini ketika kamu bersamaku dan akhawat lain mengutip setiap butir-butir ilmu yang mencurah seperti air hujan dipagi Jumaat, seperti mengutip pasir-pasir ilmu dipantai dalam laluan kita berkejar-kejaran disuatu sore yang tenang. Ilmu yang dikutip itu seperti air hujan yang ditadah, boleh dibuat bersuci, membasuh pakaian mahupun minum atau seperti butir-butir pasir yang disodok untuk dibuat bangunan. Begitulah ilmu sahabatku! Ilmu itu akan memfaati manusia jika kita amalkannya. Ingatlah sahabat! Janganlah kita jadikan ilmu misal buih dilautan, kerana buih itu hanya enak dipandang seperti kita berbangga dengan banyaknya ilmu terkumpul didada. Begitulah ilmu, jika kita hanya senang mengutip ilmu dibalik kitab-kitab tetapi dipenghujung hari kita simpan didalam botol dan menghanyutkannya ke laut tetapi enggan menyebarkannya kepada manusia, tiada ganjaran yang kita akan kita peroleh.Ingatlah sahabat! kita diagungi bukan kerana ilmu menggunung didada tetapi kerana melimpahnya perkongsian ilmu kepada manusia sehingga memanfaatkan kehidupan mereka.
Sahabat, ukhuwah ini bukan terjalin kerana kita di fasl yang sama atau kerana persamaan rumpun keturunan tetapi, ketauilah! ukhuwah fillah ini terjalin diatas satu asas ‘aqidah yang sama iaitu “La ila ha illallah”!
Sahabat ingatlah! perjalanan seorang da’i agama Allah ini bukan senang. jalannya sangat bengkang-bengkok, kadangkala ada lubang besar yang dalam ditengah jalan, maka jangan kita terjerumus kedalamnya. Ada juga batuan besar yang jatuh kiri-kanan, maka elaklah dengan bijaksana. Kadang-kadang ada serangga berbisa berterbangan, maka tepislah dengan hati-hati agar tidak terkena sengatnya. Ataupun ular berbisa yang berbelit didahan, gunalah kayu sebagai teman berjaga-jaga. Itulah perjalanan dakwah kita tetapi itulah kemanisannya kerana dalam perjalanan itu juga kita bertemu buah-buahan ranum yang manis. kemanisan dan kegembiraan berjalan untuk menegakan Islam. tetapi awas! buah-buahan yang ranum itu juga ada yang beracun,pandai-pandailah memilih yang mana madu yang mana racun. Jauhilah godaan nikmat dunia itu kerana Tuhan menjanjikan ganjaran dipenghujung jalan, iaitu syurga bagi mereka yang sabar.
Sahabatku, perumpamaan itu sama seperti perjalanan dakwah islamiah disini. Barangkali kamu sudah mendapat berita dan kamu mengetahui keadaan di Pattani sekarang ini dalam darurat. Pondok pengajian kita juga tidak terkecuali terkena tempias nafsu toghut disini. Usahlah kecewa mahupun menangis mendengar khabar ini kerana ini sebahagiaan daripada perjalanan dakwah kita.
Sesungguhnya pondok kita telah diserang oleh tentera toghut dikala umat islam sedang menunaikan solat maghrib. Mereka bertindak membakar bangunan empat tingkat termasuk fusl ( kelas-kelas) kita dengan alasan bangunan itu dijadikan tempat berkomplot menentang kerajaan dan menyembunyikan pengganas. Memang benar kita berkomlot menentang kerajaan toghut itu, bukan sahaja di bangunan konkrit itu tetapi sejak mula lagi kita menentang penindasan mereka dari segenap sudut qalbu kita. Alasan itu hanyalah semata-mata untuk menutup agenda busuk mereka menghancurkan struktur-struktur dalaman masyarakat Islam sedikit demi sedikit.
Allah mentakdirkan api marak dengan cepat seperti maraknya api kemarahan mereka terhadap kita. Bangunan yang menyimpan seribu satu kenangan indah tenggelam timbul dibalik lambaian api yang besar. Bilik mu’allim juga tidak terkecuali. Kami dihalang untuk memadamkan api dan diugut akan menembak mereka yang berani melawan arahan. Api yang marak itu cuba menjilat maktabah yang berada disebelah kanan bangunan. Lantas mudir pondok kita yang bijaksana Tok Guru Fatah mengarahkan agar ikhwah membawa keluar semua kitab-kitab sebelum semuanya hangus dijilat api dan beliau juga turut mencemarkan jubah putihnya dengan jelaga hitam bersama ikhwah lain menyerbu maktabah tersebut. Alhamdulillah.
Saat itu kami merasakan bantuan Sang Rabb melalui tentera malaikatNya apabila tentera toghut semuanya menjadi kaku bagai dipukau oleh suatu kuasa (tentu sekali kuasa Allah) dan hanya mampu memandang tindakan ikhwah tanpa sebarang tindakan seprti yang diugut mereka. Mereka hanya tersedar apabila semua kitab berjaya diselamatkan. Kebingungan jelas terpancar diwajah mereka. Allah masih memberi harapan disebalik rasa jijik melihat senyuman yang terukir dibibir si celaka toghut sebentar tadi bertukar menjadi senyuman manis kepada kami. Laungan ‘Alluakbar’ bergema dan bergema seolah-olah semua yang ada dilangit dan dibumi bertakbir bersama. Maha Besar Tuhan Pencipta segala keajaiban dilangit dan dibumi. Hasbunallah wani’malwakil.
Sahabatku! Usah gusar tentang takdir pengajian kami disini kerana kami yaqin disebalik kesukaran ini ada kesenangan yang indah menanti. Ingatlah firman Allah didalam surah Insyirah. sebuah surah yang mengandungi lapan ayat diturunkan untuk melapangkan hati Rasulullah dalam sirah dakwah Baginda. Surah itu jugalah menjadi pendinding untuk melapangkan hati kami.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(1) Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?, (2) Kami pun telah menurunkan beban darimu, (3) yang memberatkan punggungmu, (4) dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. (5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, (6) Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesusahan. (7) Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), (8) dan hanya kepada Tuhanlah Engkau berharap.
Walaupun pondok kami dibakar, walau kami terpaksa bersila diatas lantai, walau berbumbungkan panas suria, walau berangin pasir Sahara,walau apapun, perjalanan dakwah ini tetap kami teruskan sampai kami bertemu Sang Penjanji setia untuk menagih janji-janji manisnya yang maha haqiqi kerana perjalanan yang sukar itu bukan halangan kami tetapi menegakkan agama Allah itu cita-cita kami! walaupun perjalanannya penuh ranjau dan duri. Allah dan para Malaikatnya bersama kami. Firman Allah di dalam surah Muhammad ayat 7 “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”Kehidupan ini bukan tujuan kami tapi akhirat , syurga dan syahid yang kami impi! Alhamdulillah kami masih meneruskan pengajian kamu walau ada segolongan mengambil keputusan untuk cuti bertemu keluarga. Semoga mereka mendapat semangat baru setelah pulang dari keluarga mereka Insyaallah. Sementara waktu ini, para akhawat meneruskan pengajan dirumah Ustazah Fatimah, isteri Tok Guru Fatah buat secara bergilir-gilir. Tetapi kuantiti pelajar dikurangkan kerana ruang pengajiannya agak sempit,Alhamdulillah muat sehingga 40 orang.Manakala masjid yang berdekatan dijadikan tempat ikhwah menuntut ilmu atas persepakatan orang kampung.
Sahabatku,Sekali lagi hatiku meronta untuk meluahkan rasa rinduku yang teramat kepadamu, semakin hari semakin menggamit sehingga ku menangis keseorangan. Potret sewaktu kita bersama kutatap berulang kali. Namun keadaan disini tidak mengizinkan aku bersamamu. Mohon maaf kerana menolak ajakan baikmu untuk turut menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Sesungguhnya Pattani tempat tumpah darahku, Pattani cintaku. Pattani perlukan khidmatku walaupun diriku terkubur disini. Kami tunas Islam!.di Patanni.
Sahabatku, Moga Allah meluangkan kita sedikit waktu untuk bertemu, meluah rindu, menjalin kasih merdu. Sungguh ukhuwah ini terjalin atas dasar ukhuwahfillah. Dari jauh ku berdoa semoga Allah sentiasa memimpinmu kejalan yang lurus dan melindungimu dari binasa duniawi.
Salam kerinduan.
Ummu Sakinah
7/6/2008
Aku melipat warkah daripada Ummu Sakinah. Sunnguh besar jiwa Islamnya. Hatiku sedikit terguris kerana tidak dapat menyertai sahabatku disana.Aku juga ingin bertemu denganmu, tetapi ibu-bapaku melarang kerana mereka risau tentang keselamatanku disana. Kamu juga tahu keutamaan mendahului kehendak ibu-bapa. Aku juga merinduimu, merinduimu, rindu genggam erat tanganmu, genggaman yang membuat hatiku kuat, kamu sebahagian kekuatanku. Aku rindu mendengar mutiara nasihatmu, rindu mendengan alunan suaramu melagukan ayat suci al-Quran dikala dini hari, ketika kamu menyangka aku tidur tetapi aku sentiasa terjaga kerana mendengar esak tangis keinsafanmu dalam bacaanmu. Begitulah Islam mendidikmu dan aku juga ditarbiahkan olehmu dengan cara Islam. Ummu Sakinah, aku juga merinduimu, mengingatimu dalam doaku.
Air mataku menitis, semakin laju. hanyut dalam esak rinduku pada Ummu Sakinah. Siapa yang tega mendengar perkhabaran sahabat yand berada dalam kesulitan dan kita bersenangan dibumi jiran?. Aku tidak mampu bersamamu disaat ini. Maafkan aku. Aku beristighfar, Ampunkan aku Ya Allah. Hambamu ini gagal mencintai sahabatnya sepenuh hati, gagal berkongsi deritanya dikala ini. Malah hanya mampu menatap warkah tintanya. Bagaimana keselamatannya, terjagakah.Ya Allah! takdirkanlah yang terbaik untuk kehidupan kami, janganlah Kau biarkan kami mentakdirkan sendiri kehidupan kami kerana Engkaulah sebaik-baik Perancang. Doaku dalam hati.
Aku memandang ke luar jendela kamar hostelku. Sang Mentari semakin menenggelamkan wajahnya disebalik bukit sana. Sekawan burung layang- layang terbang riang di angkasa. Aku juga ingin terbang tapi aku tidak diciptakan untuk terbang, Burung! panggil temanmu seramainya!kumpulkan mereka dan bentuk sebuah kapal terbang atau seperti permaidani terbang Aladdin, bawaku terbang ke Pattani agar aku dapat bersua dengan Ummu Sakinah. Burung layang-layang terbang jauh, dan menghilang dari pandanganku. Burung tersebut tidak mendengar panggilanku. Aku bukan Nabi Sulaiman. Dimana Hud-Hud, dimana merpati? kemari! aku ingin menulis surat untuk Ummu Sakinah, hantarkan kepadanya segera! AKu memandang sekeliling, tiada kelibat merpati ataupun hud-hud, kicauannya juga tiada kecuali kedengaran suara-suara manusia bergelak ketawa walaupun hari telah hamper maghrib. Hatiku merintih.
Kulihat sekuntum puspa kemboja gugur ke atas rumput hijau didepanku. Kemboja putih itu mengingatkan aku sewaktu aku bersama Ummu Sakinah dalam perjalanan pulang dari pengajian, kami berhenti duduk dibangku yang diteduhi oleh sepohon pokok kemboja putih yang besar dan tinggi berdekatan dengan asrama tempat tinggal kami. Bunganya berguguran memutih di atas rumput hijau, sangat indah lanskapnya sore itu. Ummu Sakinah mengutip sekuntum kemboja putih yang gugur di atas bangku dan menghulurkannya kepadaku. Terngiang-ngiang lagi katanya wktu itu: “Mujahid seperti bunga kemboja putih ini. Jika hari ini seorang mujahid gugur kerana menegakkan agama suci Allah disaat ini seperti sekuntum kemboja yang berda ditanganmu ini, maka berjuta-juta mujahid telah gugur seperti gugurnya bunga-bunga kemboja ini di atas rumput hijau ini dan akan datang berjuta-juta mujahid yang bersedia untuk gugur seperti kemboja yang masih segar di dahan atas sana menanti waktu untuk gugur bersama. Mereka akan menghiasi permaidani hijau disyurga dengan wangi-wangian dan keindahan seperti kemboja putih yang menaburi permaidani rumput hijau disekeliling kita. Pokok ini ditunjangi oleh tunjang tunggal yang besar dan kuat dibawah sana yang menjalar disetiap celah-celah tanah. Seperti juga para mujahidin yang ditunjangi oleh satu tunjang yang kuat lagi teguh didalam dasar hati mereka iaitu satu Aqidah ‘Laa Ila ha Illallah’. Akarnya terus menjalar disetiap daerah hati mereka sehingga memberi mereka satu kekuatan yang mampu menghancurkan kerajaan thogut.” Kemboja itu masih ku simpan dalam mushaf al-Quran ku, kelopaknya telah bertukar warna coklat. Wanginya telah hilang.
Dua puluh minit lagi azan Maghrib, aku ingin ke masjid. terasa rindu untuk berjemaah beramai-ramai dengan akhawat yang lain. Bersama-sama merapatkan saf agar syaitan tidak membisikan kejahatan dan menghayati alunan bacaan al-Quran dari imam masjid. Sesungguhnya halawatul iman tidak akan dimiliki oleh jiwa yang gundah.
II.
Aku memilih untuk menunaikan solat di tingkat tiga masjid bahagian akhawat kerana suara imam membaca ayat al-Quran dalam solat jelas kedengaran.Aku berdiri di barisan saf pertama setelah muazzin mengiqamatkan solat. Imam masjid membaca ayat al-Quran dari surah al-Baqarah kali ini. Beliau memetik bacaan dari ayat 203 hingga 218. Aku cuba menghadirkan diriku dalam solat sekhusyuknya. Sentuhan bahu dan hujung kaki kiri dan kanan menambahkan kekusyukanku, lantunan suara yang jelas dari bacaan oleh imam sesekali membuat jantungku bergetar mendengar firmannya yang Maha Haq.
(207)“Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredaan Allah. Dan Allah Maha Penyantung dan Penyayang. (208) Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sunnguh, ia musuh yang nyata bagimu.”
(214) Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk yurga, padahal belum datang kepadamu( cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
(216) Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Aku memanjangkan doaku kali ini, berdoa panjang untuk Ummu Sakinah. Rinduku padanya kian menjadi. Aku mengulang- ulang membaca doa robhitoh, “Fawath thiqil Allahummaroobithotaha, Fawathiqil Allahummaroobithotaha ” . Aku lanjutkan doaku “Ya Allah!Kurniakanlah kami iman yang sempurna,hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan hati yang benar- benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ( Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.Berikanlah kami imam yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada Kami, keluarga dan anak- anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Amin Amin Ya Robbal alamin.”
Usai solat sunat rawatib ba’diah aku mengambil tempat yang agak tersorok dari akhawat lain. Mushaf al-Quran aku belek dengan lembut.Aku ingin berkhalwat dengan Sang Rabbi. Aku memilih bacaan dari surah Maryam, satu-satunya nama surah yang di ambil dari nama seorang perempuan iaitu ibu Nabi Isa, Maryam yang terpelihara. Surah yang mengumpulkan kisah-kisah sebahagian nabi seperti Nabi Zakaria perihal kelewatannya dikurniakan zuriat, perihal Nabi Isa iaitu putra Maryam yang bleh berbicara ketika dalam buaian, perihal Nabi Ibrahim yang menyeru ayahnya seorang tukang berhala kepada agama Hanif, perihal Nabi Musa mendapat wahyu di Gunung Sinai, juga perihal Nabi Ismail menyuruh keluarganya menunaikan solat serta mengeluarkan zakat dan perihal Nabi Idris, seorang nabi yang sangat mencintai kebenaran. Aku membaca surah Maryam yang dimempunyai 98 ayat dan dikenali surah Makiyyah itu sehingga habis. Terlintas dibenakku untuk membalas surat Ummu Sakinah sementara menanti azan Isyak, aku yaqin dia sedang menanti balasan surat dariku.Aku menarik helaian kertas kajang dari bukuku. Ball pen berdakwat hitam menjadi penaku.Berfikir sejenak apa yang ingin diluah. Akhirnya aku menintakan sesuatu di atas kertas. Kedengaran akhawah membaca al-Quran jelas kecorong telingaku. suatu halwa telinga yang mendamaikan jiwa. Sayup-sayup kedengar ikhwah melantunkan al-Quran dari tingkat dua mencipta muzak yang indah dan menenangkan . Ruang dalaman yang luas dan terbuka tanpa perabot yang banyak membuatkan bunyi yang kecil bergema kerana bunyi tidak diserap secukupnya.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…
Sahabatku Ummu Sakinah,
Ana telah menerima warkah rindu dari anti sore tadi, kata dan ceritamu begitu menyentuh hati perempuanku. Maaf, ana tidak sekuat anti.
Sahabat yang ku juga merinduimu,
Bagaimana keadaanmu disana? sihatkah? semakin kuatkah imam didada? Insyaallah. pesanmu selalu kepadaku “apabila hati dirawat, maka bangunlah diri insan tersebut.”. Mendalam bicaramu.
Sahabatku sayang Ummu Sakinah
Maaf, barangkali anti confuse ana berbicara mengunakan kata nama yang berbeza spelling tapi sama maksud. Barangkali hati ini selesa dengan kedua-duanya. ‘Ana-anti’ tanda hormat dan kasih ana kepada anti. ‘ku-mu’ barangkala jiwa ini juga seorang yang puitis, sekadar ingin mencipta suasana lembut dan tenang dalam pembacaan seperti tenang dan bahagianya diriku setiap kali bersamamu.Sungguh berkat namamu Ummu Sakinah.
ukhti dunia akhiratku,
Hampir dua tahun kita tidak bersua, hamper dua tahun juga ana meneruskan pengajian di Universiti yang cukup mencabar keimananku. Jika tidak kerana berkat tarbiah yang ana terima sewaktu menuntut bersama anti dulu, sudah pasti keseronokan duniawi disini akan menjauhkan ana dari Sang Pencipta. Sungguh, terlalu sukar untuk mencipta sekuntum biah yang harum, manis dan tenang seperti di pondok pengajianmu. Berjauhan darimu terkadang membuat hatiku terleka dengan hilai tawa dunia kerana hidup dalam lingkungan umat yang semakin menjauhi al-Quran terkadang mengheretku kepada kelalaian dan gelak tawa yang membinasakan. Namun, diriku masih diberi peluang untuk menjalin ukhuwah bersama mereka yang berjiwa da’i sepertimu, merekalah yang sentiasa ku dampingi dikala ini kerana terselit mawaddah dicelah- celah jalinan ukhuwah yang terbina atas asas ‘Laa Ila ha Illallah’ itu. Namun kamu tetap yang pertama dihatiku.
Sahabatku,
Manisnya persahabatan yang kamu hulurkan seperti manisnya kurma yang kamu suapkan diwaktu kita berbuka puasa Ramadhan kemulutku tempoh hari. Manisnya tidak memudaratkan diriku malah menambahkan kesihatan tubuhku. Manis huluran ukhuwah darimu tidak seperti manisnya buah-buahan yang lain yang terkadang kulitnya elok, rasanya kelat, kulitnya cantik, rasanya masam. Kamu tidak berselindung disebalik purdah hitammu mahupun tutur bicaramu, kerana kamulah buah kurma itu, bagaimanapun warna kurma itu, kita tahu rasanya tetap manis.
Ummu Sakinah, ana juga ingin menyertaimu disana, menemanimu, mengubat rindu didadamu, membelai perasaanmu. Bersama-sama denganmu dikala ini adalah suatu perkara yang ingin ku lakukan. Namun, seperti yang ku bicarakan di dalam surat- surat sebelum ini, orang tua ku melarang keras niatku untuk kesana, alasannya tetap sama seperti dua tahun lepas, keadaan tidak selamat, tambahan lagi ana satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Ana tahu anti pasti mengerti.
Hati kecilku menangis mendengar kesukaran yang anti dan pelajar- pelajar yang lain hadapi semakin hari disana dalam meneruskan pengajian yang murni itu. Si thogut itu pasti menerima pembalasannya. Moga iman kalian kuat menghadapi tentangan thogut durjana itu.
Ummu Sakinah yang ku kasihi,
Ana sangat khuatir dengan keselamatan anti dan yang lain disana. Kalian muslimah terhormat, ana khuatir jika si thogut la’natullah cuba membuat konspirasi memfitnah kesucian kalian sebagai muslimah terhormat. Ana sedar, seperti mencurah air ke daun keladi, sia-sia sahaja jika ana memujuk anti menyambung pengajian disini yang lebih selamat dan aman kerana keputusanmu tetap jitu, terus bermukim disana. Ana sedar kecintaanmu terhadap Patanni sangat tinggi yang jelas terpancar setiap kali anti menyanyikan lagu kebangsaan Patanni sewaktu kamu berdiri tegap dengan semangat yang berkobar-kobar dihadapan kami, para akhawat.
Sahabatku,
Diri ini juka rindu untuk bersua lagi denganmu. Bertemu denganmu adalah saat yang ku nanti.Ana sangat bersyukur dengan anugerah ukhuwah yang indah dari Allah ini. Benar pesanmu, tiada seindah ukhuwah melainkan mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Ku akhiri warkah ini dengan doa robithoh. Moga ketemu lagi.
“Ya Allah!Engkau mengetahui bahawa hati- hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memuikul beban dakwahMu, hati- hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu. Maka eratkanlah YaAllah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan imam, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati- hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenaR) tentang (Jika engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati- hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik- baik sandaran dan sebaik- baik penolong.”
Hati yang kerinduan
Siti Kemboja
12/6/2008
Kelihatan kelibat seorang muslimah memakai jubah berserta purdah putih. Langkahnya seolah-olah menuju kearahku. Sperti aku kenal susuk tubuk dan gaya jalan muslimah itu.Sah, muslimah itu menuju kearahku, memandang ku tenang tapi tajam. Belliau bersimpuh, kedua-dua lututnya mengena kedua-dua belah lututku.Aku terpaku. Senang benar wanita ini memperlakukan aku begini, adakah dia mengenali aku? adakah aku juga mengenalinya? Sinar matanya seperti pernahku lihat pandang sebelum ini. Wanita itu menggenggam kedua tanganku, lembut. Aku seperti pernah menggenggam tangan ini. Aku bingung. Wanita itu membuka purdahnya perlahan-lahan.Senyum manis terukir dibibirnya. Benarkah apa yang aku lihat ini? seorang yang tersangat aku rindui. Benarkah ini dia?
“Benarkah apa yang aku lihat? Benarkah kamu Ummu Sakinah? Sahabat yang lama tidak kutemui.Benarkah ini kamu” Bertalu-talu soalan keluar dari mulutku. Aku mengusap pipinya, dia tetap tersenyum.
Angguk dagunya telah membenarkan tekaanku. Air mata kegembiraan menitis laju dari mataku. Akhirnya, Allah mendengar doaku. Aku memeluknya erat, seeratnya seolah aku tidak ingin berpisah dengannya lagi. Dia terus tersenyum.
“Bagaimana kamu boleh sampai kemari? ana baru berkira-kira untuk membalas surat anti tempoh hari. Ini suratnya, belum lagi ana letak dalam sampul. Kiranya ana tidak perlu poskannya esok hari kerana anti telah ada disini.” Aku menghulurkan helaian kertas yang ku tulis tadi.
Ummu Sakinah menyambutnya, dia membaca dengan berhati-hati. Senyumnya tidak lekang dari bibirnya, sangat indah senyumnya, sangat manis kali ini. Bau haruman badannya juga sangat wangi, tidak pernah aku mencium wangian seharum ini. Dia melipat suratku, masih tersenyum memandangku.
Ummu Sakinah menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku menyambut dengan riang dihati. Aku membukanya, terselit sekuntum kemboja putih yang masih segar di dalam lipatan suratnya. Aku mengamati tintanya, kali ini pendek sahaja.
Salam kenangan Kemboja kesayanganku,
Oja, sahabat dunia akhiratku, andai kamu merinduiku, merindui kalimah nasihatku, baca dan turutilah isi al-Quran, surat cinta terindah dari Sang Rabbi. Nasihatku hanyalah dikutip dari al-Quran dan yang di teladani dari Sunnah Rasulullah. Kita pasti ketemu lagi, diri ini masih lagi menunggu mu sehingga sampai syurga.”
Benar Ummu Sakinah! Kita ketemu lagi. Aku tidak ingin berpisah denganmu. Aku kembali memandangnya. TIADA! Dimana Ummu Sakinah. Aku bangun melihat sekeliling. UMMU SAKINAH!
Aku terasa seseorang menyentuh bahuku dari belakang. “Ummu Sakinah!”. Aku menoleh.“Saya bukan Ummu Sakinah, saya Hidayah. Sister tertidur disini.” Aku terkejut. Aku tertidur? Dimana Ummu Sakinah? Adakah aku hanya bermimpi?
“Anti nampak tak seorang muslimah pakai jubah serta berpurdah putih sebentar tadi?” Aku ingin kepastian.
“Sis mengigau agaknya, hanya saya dan sis sahaja ketika ini. Saya ingin pulang, saya terlihat sis tertidur disini maka saya kejutkan. Saya pergi dulu, Assalamualaikum.” Muslimah itu berlalu pergi.
Aku membelek surat yang ku tulis kepada Ummu Sakinah. Masih terselit elok dicelah- celah buku dalam beg aku. Surat dari Ummu Sakinah juga tiada yang ada cuma sekuntum kemboja putih disisi. Ini kemboja dari Ummu Sakinah. Sahabatku pernah mengunjungiku sebentar tadi. Tapi kemana dia menghilang? Aku pulang dengan fikiran yang bingung tentang peristiwa tadi, kuntum kemboja masih ditanganku.
Pagi esoknya, pagi Jumaat, aku memutuskan untuk mengirimkan surat terus kepada Ummu Sakinah. Aku memasukkannya ke dalam sampul berwana putih dan aku tampalkan setem RM1 yang aku simpan tempoh hari. Ini bukan pertama kali aku mengirimkannya surat, malah sejak aku berpisah dengan Ummu Sakinah, suratlah yang menjadi penghubung setia kami. Pagi Jumaat itu hujan turun dengan sangat lebat sebelum subuh lagi. Kesejukan menggigit sehingga ke tulang. Kelasku bermuka pada pukul 9 nanti. Mungkin sebelum pergi ke kelas aku boleh terus ke pejabat pos dulu yang terletak ditengah-tengah kampus universiti.
Aku mempercepatkan langkahku, hujan masih lagi lebat, payung yang ku gunakan terasa berat untuk menampung berat air hujan yang mencurah, namun aku berjaya sampai ke pejabat pos walaupun kainku sedikit basah terkena tempias. Aku tidak perlu masuk hingga ke dalam kerana mereka ada menyediakan peti surat besar didepan pejabat pos. Aku berdiri di depan peti pos dan terus mengeluarkan surat dari dalam beg. Tempias hujan masih mengena pakaianku kerana peti pos diletakkan ditepi kaki lima. Aku meletakan payung.Tiba- tiba telefon bimbit nokia ku berdering dari compartment beg sandangku. Tangan kananku memegang surat manakala telefon bimbit ku capai dengan tangan kiri.
“Assalamualaikum.” Salam ku beri. Diriku berjeda lama, kaku setelah mendengar perhabaran dri pemanggil itu. Jantungku seakan berhenti berdegup. Benarkah perkhabaran ini? Tapi, bukankah terlalu awal untuk semua ini? Rinduku tidak mungkin berbalas lagi, kasih tidak akan bertaut kembali, kenangan tidak mampou diputar kini, esok tiada lagi jodoh untuk bertemu. Surat tidak akan terbalas lagi, senyum juga dibiar tanpa berbalas. Perjuangan kita masih jauh dihadapan, perjuangan menegakan agama Tuhan. Tuhan, adakah ini sebaik-baik takdir untuk kami?
Kakiku terasa longlai, Tanganku tidak mampu memegang apa-apa lagi. Surat untuk Ummu sakinah akhirnya terlucut dari tanganku, angin pagi itu menyapunya membawa pergi, jatuh kedalam longkang, dibawa arus deras, tenggelam timbul, basah, dakwatnya berserakan akhirnya hilang dari pandangan. Perpisahan dua tahun lalu di airport adalah perjumpaan terakhir kita dan kamu kini hidup bersama sejarah yang lalu dan kamu tidak lagi dapat mencipta sejarah baru untuk hari esok, untuk persahabatan kita. Aku terduduk didepan payungku. Air-mata ku biarkan mengalir, sedu sedan ini tidak mampu mengubat lukaku diatas perpisahan ini. Maafkan aku Tuhan, aku bukan seorang yang kuat. Maafkan aku Ummu Sakinah, rindumu tak mungkin jua berbalas dariku, bukanku tidak sudi, namun takdir tidak sudi menyatukan kita. Ya Allah! Sungguh Engkau telah mentakdirkan yang terbaik untuk mmu Sakinah.Sungguh Engkau telah membayar ganjaran yang besar diatas jihadnya. Sungguh Engkau sebaik-baik Pemberi kurniaan dan keadilan. Semoga dia menjadi kemboja putih yang menaburi permaidani hijau syurga sana. Hujan mula renyai-renyai dan hatiku kembali tenang.
Keratan akhbar 12 jun 2008.
Patanni: Pertempuran berlaku antara tentera dan pelajar-pelajar wanita di sebuah pondok dalam daerah Patanni kira-kira pukul 10 malam tadi waktu tempatan. Kejadian terjadi apabila seramai 10 orang tentera lengkap bersenjata menyerbu masuk ke rumah tersebut ketika kira-kira 50 orang pelajar termasuk seorang guru sedang menghadiri Majlis ilmu. Pengajian itu diketuai oleh isteri kepada mudir pondok berkenaan yang bertempat dirumahnya untuk sementara waktu setelah bangunan pengajian mereka dibakar oleh pihak tentera kira-kira tiga minggu yang lepas.
Kejadian dikatakan berpunca dari sikap pihak tentera yang menuduh bahawa pelajar-pelajar berkenaan berkomplot menyembunyikan enam orang lelaki yang dikehendaki kerajaan.Bagaimanapun pelajar-pelajar terbabit enggan memberi kerjasama dan menafikan dakwaan itu dan menyuruh pihak tentera keluar dari tempat berkenaan. Seorang tentera berpangkat general yang mengetuai serbuan itu berang dan mengarahkan agar tenteranya menggeledah rumah berkenaan. Akibat gagal memperoleh sebarang bukti, general tersebut mengusir pelajar-pelajar dan mengarahkan agar tentera membakar rumah berkenaan. Pelajar- pelajar tersebut cuba menghalang dan tolak menolak berlaku antara tentera dan pelajar-pelajar . Mengikut saksi, general yang sedari tadi berang dengan sikap keras kepala pelajar-pelajar berkenaan bertindak menumbuk muka seorang ustazah yang berdiri di depannya. Berang dengan tindakan general itu, seorang pelajar yang berdiri disebelah ustazah itu tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacunya kearah general berkenaan dan mengugut akan menembaknya jika beliau enggan mengarahkan tenteranya keluar dari kawasan tersebut.
Seorang askar yang sedang menunggu didalam trak tentera mengambil tindakan menembak pelajar berkenaan. Tembakan berkenaan terkena dada sebelah kirinya.Namun, sebelum pelajar itu jatuh, dia sempat melepaskan dua das tembakan kearah general didepannya yang terkena leher dan kepalanya. General berkenaan mati serta merta ditempat kejadian. Setelah itu, laungan takbir kuat kedengaran dari belakang tentera. Sekumpulan pelajar lelaki dan orang kampung yang ramai bertindak membawa parang serta beberapa senjata tajam yang lain beserta unggun api.Mereka menyerang tentera berkenaan dan bertindak membakar trak tentera.
Dilaporkan tentera tersebut dibelasah dengan teruk manakala tentera yang melepaskan das tembakan kearah pelajar berkenaan di belasah sehingga mati. Menurut saksi seorang penduduk kampung, dia melihat trak tentera memasuki rumah Tok Guru Fatah, berasa curiga dengan kedatangan tentera berkenaan dia terus memberitahu kepada Tok Guru berkenaan yang sedang berkumpul bersama pelajar-pelajarnya di masjid berdekatan. Pelajar dan orang kampung yang mendengar cerita itu terus bangun menuju kearah rumah Tok Guru.
Pelajar perempuan yang ditembak dikenali sebagai Ummu Sakinah Mohammad, 21, telah dibawa ke rumah sakit dan meninggal dunia setelah tiga jam berada di wad kecemasan akibat kecederaan di jantungnya.
Tok Guru seta pelajar-pelajar pondok berkenaan menyifatkan kematian Ummu Sakinah yang juga ketua pelajar-pelajar wanita di situ sebagai mati syahid. Tok Guru dalam nada tegas memberi amaran kepada pihak yang bertanggungjawab bahaw mereka akan menerima pembalasan dari tindakan mereka dan mengingatkan mereka bahawa “Mereka boleh merampas jiwa kami tetapi tidak keimanan kami!”. BERNAMA.
“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang- orang yang gugur itu mati; Sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” Ali-Imran, ayat 169.
-SELESAI-
Posted by Ms. Turtle at 8:12 AM
Monday, May 18, 2009
Takdir Cinta
Mungkinkah bahagia termiliki oleh yang mencinta?
Ufuk timur mencerah disinari jingga sang suria, kabus-kabus pagi berarak perlahan-lahan melepaskan pelukannya daripada gunung-gunung menghijau, melewati wajah sang mentari. Burung-burung bertebaran keluar dari sarang penginapannya dari celahan pintu-pintu gua, lubang-lubang bangunan lama serta dari atas dahan-dahan pokok rendang. Raudhah sampai ke lapangan terbang seawal jam 7.30 pagi, berat kakinya untuk melangkah ke dalam, walaupun dia tahu seseorang sedang menunggunya.
“Intan, jangan bersedih, empat tahun bukanlah masa yang lama, lagipun perpisahan ini kerana ilmu. Walaupun Mesir dan Malaysia jauh beribu batu, namun ikatan persahabatan yang kita bina sejak kecil tidak akan sekali-kali terlerai. Deruan Sungai Nil semakin jelas kedengaran di telingaku, hembusan bayu Mediterranean terasa lembut menyapa tubuhku. Nil menunggu kehadiranku” Pelukannya erat sekali. Raudhah hanya menangis dibahu sahabatnya.
“Intan mengerti, namun kita tidak pernah berpisah untuk satu masa yang lama, bagaimana…” sendu Raudhah menganggu aliran suaranya.
“Benar, seseorang itu akan merasakan sesuatu yang belum pernah ia lalui sukar, tetapi apabila dia sedang melaluinya, kesukaran itu akan menjadi tabi’inya. Allah akan menjagamu disini dan Allah juga akan menjagaku di sana.” Pujuknya lembut.
“Semoga Allah juga menjaga ikatan persahabatan ini.” Kata Raudhah. Lama mereka berpelukan, akhirnya pelukan itu terpaksa dilepaskan, tangannya mengusap pipi sahabatnya dan sebentar kemudian Zahrah hilang dari pandangannya.
………………….
“Assalamualaikum Muslimah, adakah Muslimah terserempak dengan Intan? Puas ana cari, namun kelibatnya tidak juga kelihatan.” Sapa Zahrah ketika terserempak dengan rakan sekelasnya, sebentar tadi dia menghadiri mensyuarat pengawas, usai perjumpaan tersebut dia kembali ke bilik darjah tetapi Intan tiada di mejanya.
“Waalaikumussalam, Oh! Tadi ana terlihat dia di dalam maktabah.” Ujar rakannya.
“Baiklah jika begitu, ana pergi dahulu, syukran.” Kata Zahrah sambil menyentuh lembut lengan rakannya dan tersenyum.
Kelihatan Raudhah sedang kusyuk mencatit sesuatu di meja. Zahrah berjalan perlahan-lahan ke arahnya dengan niat untuk menyergah sahabatnya apabila dia berdiri di belakang.
“Salam sahabat! Mengarang surat cintakah?” Tanya Zahrah dengan suara sedikit tinggi ke corong telinga Raudhah sambil memegang bahu sahabatnya. Raudhah yang sebentar tadi sedang khusuk menulis sesuatu, terkejut, lantas menutup tulisannya dengan kedua-dua tapak tangannya.
“Sofiya!” Raudhah menjerit kecil dan berpaling ke arah Zahrah “ Jangan serkap jarang sahaja, perlu husn zann terhadap Intan”.
Zahrah tersengih “Sofi bergurau sahaja, boleh Sofi tahu apa yang Intan tulis?” Pinta Zahrah sambil mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya.
Raudhah segera menyelitkan tulisan yang dicatit di belakang sekeping photo ke dalam diarinya“ tiada apa-apa, hanya menulis nota sahaja” Zahrah cuba bergurau ingin merampas diarinya tetapi gagal.
“Esok, keputusan STAM akan diumumkan, semoga Allah membalas segala usaha kita dengan kebaikan.” Beritahu Zahrah sambil jari jemarinya bermain-main dengan hujung kain pengalas meja.
“Insyaallah, Allah akan membalas setimpal dengan usaha yang kita lakukan dan meredoi keikhlasan kita menuntut ilmu.” Raudhah mengiakan.
……………….
Sudah hampir dua tahun Zahrah berada di Mesir, dan dia juga sedang berada di tahun ke-dua di universiti Islam Malaysia. Mereka selalu berhubungan melalui email, bertanya perihal pengajian masing-masing dan bertukar-tukar pandangan semoga fikiran akan lebih tajam hasil dari pertembungan dua kognitif, two heads are better than one. Telefon bimbit Raudhah bergetar, satu mesej baru masuk.
“Salam anti, bagaimana pengajianmu, berjauhan denganmu semakin menggamit rindu di kalbu, alangkah indah jika kita dapat belajar di institusi pengajian yang sama, namun ana percaya, Allah ingin menguji keteguhan cinta kita.” Berbunga hatinya tatkala membaca setiap lafaz kata dari paparan mesej itu, betapa kata-kata yang lahir dari hati mampu menyentuh hati manusia yang lain. Yusuf! Lelaki pertama yang mengoncang hatinya, menawarkan sebuah cinta yang indah, seindah bunga kemboja putih yang mekar di pagi hari.satu metafor terhadap kesucian cinta mereka. Lelaki yang menawarkan sebuah bahtera cinta yang belayar di samudera, walau badai ganas yang datang, bahtera cinta mereka tetap utuh belayar. Hubungan cinta yang berlangsung tanpa sebarang janji pertemuan, hanya berbicara melalui telefon dan mesej tetap mampu mempertahankan ikatan cinta mereka. Salahlah manusia yang menganggap bahawa percintaan perlu disusuli dengan pertemuan muka ke muka.
“Jangan khuatir, jika kita mengikut lunas Islam, tidak melewati batas- batas agama, Insya Allah, Dia akan menolong kita. Teguhkan hati kita agar hubungan seperti ini akan berkekalan, jangan pernah terlintas unutk bertemu sebelum bernikah, kerana anta sendiri tahu yang ke-tiga adalah syaitan.” Balas Raudhah.
……………………………….
“Kakak, kenapa hati saya rasa tidak tenteram? Kenapa saya sukar untuk menangis saat mendengar qalam Allah? Kenapa sukar untuk saya menghafal al-Quran? Kenapa seakan terhijab untuk saya tafakkur alam? Kenapa saya rasa tidak juga tenang jika membaca al-Quran? Kenapa solat saya tidak khusyuk? Kenapa saya gagal untuk qiamullail? Kenapa saya sukar untuk puasa sunat? Kenapa rezeki saya tidak berkat? Kenapa hati saya selalu menangis? Kenapa ilmu yang saya pelajari hanya bertahan sehingga ke dalam dewan peperiksaan? Kenapa saya tidak terkesan dengan perjalan dakwah yang dilakukan oleh Raulullah dan para sahabat? dan kenapa saya masih gagal untuk merasai nikmat CINTA ALLAH seperti yang diceritakan oleh orang-orang alim?” Tanya Raudhah panjang kepada murobbiyahnya, Kakak Aisyah.
“Raudhah, sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu elok maka eloklah anggota yang lain, tetapi jika daging itu rosak, maka rosaklah segala angota yang lain. Sesungguhnya seketul daging itu adalah?” Murobbiyahnya memohon jawapan darinya.
“HATI!” Jawab Raudhah.
“Benar, seketul daging itu adalah hati, secara fizikal hati itu adalah jantung. jika jantung kita rosak, ia akan mengganggu perjalanan anggota badan yang lain kerana jantung bertangjawab mengepam dan menyalurkan darah dan juga oksigen ke setiap urat saraf anggota badan. Namun apa yang perlu diperhatikan adalah secara rohaninya, hati itu adalah jiwa manusia, hati yang rosak adalah hati yang di timpa penyakit- penyakit dunia, hati yang berpenyakit ini akan merebak kesetiap anggota jasad manusia sehingga anggota-anggota tersebut terdorong untuk melakukan perkara-perkara buruk yang menambahkan lagi musabab kepada penyakit hati.” Jelas murobbiyahnya panjang.
“ADAKAH HATINYA BERPENYAKIT?” Raudhah bermonolog.
“Antara musabab penyakit hati ialah KECINTAAN TERHADAP MANUSIA MELEBIHI CINTA TERHADAP ALLAH! Adakah pantas satu hati mampu menyatukan dua cinta? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA? Adakah berhasil esensi yang suci bercampur dengan unsur yang kotor? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA ini ibarat magnet negatif dan negatif atau positif dan positif. Apabila ia di dekatkan, kedua-duanya akan saling menolak dan mustahil untuk bersatu. Begitulah analogi antara dua cinta tersebut. SELAMA-LAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN MENEMUI CINTA ALLAH SELAGI DIA MENGHAMBAKANKAN CINTANYA KEPADA MANUSIA!” Jelas Kakak Aisyah. Hatinya terkejut. Benarkah dia telah tersilap percaturan selama ini? Adakah dia terjerat dalam dosanya sendiri hasil daripada mengikut hawa nafsunya? Adakah dia tergolong dalam golongan mereka yg membuat tipu muslihat kepada Allah? Adakah dia tergolong dalam golongan yang disebut oleh Allah sebagai hati yang berpenyakit? Adakah hatinya berpenyakit?Lantas, apakah penawarnya?
……………………
“Yusuf! Sesungguhnya kita tertipu oleh muslihat kita sendiri. Sesungguhnya tidak halal bagi wanita Muslimah dan lelaki Muslim menjalin cinta sebelum kahwin. Ketahuilah! Aku tidak ingin menjadi penggoda seperti Zulaikha, aku tidak ingin menambahkan fitnah dunia lagi, aku tidak ingin hatta jiwaku menjadi boneka syaitan. Sesungguhnya perlu aku akui tanpa aku perlu berselindung demi menjaga hatimu bahawa aku tidak pernah tenang mencintaimu dahulu. Cukuplah! Janganlah kita menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah dan Nabi, kufurlah kita akhirnya. Bertaubatlah kita! Sehingga saat ini hatiku sedih tatkala mendengar, membaca kisah-kisah mereka yang berhasil merasai nikmat cinta Ilahi sedangkan aku masih lagi terumbang ambing, terkeliru dalam pencarian cinta agung itu. Sesungguhnya Allah itu mendengar resah hati kehambaanku, disaat aku mula mengorak langkah mendekatinya, Dia telah lama menungguku, disaatku menangis sendu kerana keinsafan dosa lalu, Dia terlebih dahulu menadah air mataku. Betapa berdosanya aku membuang cinta-Nya yang berada di muka pintu hatiku, betapa berdosanya diriku, bertalu-talu Allah mengetuk pintu hatiku melalui wahyu agung-Nya, dengan bicara ikhlas-Nya, tidak aku buka pintu itu! berdosanya aku membiarkan Dia berdiri lama di muka pintu itu, namun Dia tetap meninggu, membujuk hatiku dengan bicara-Nya tanpa jemu, namun tidak juga aku buka pintu dan membiarkan panggilan-Nya tanpa sahutan. Berdosanya Aku Rabbi! Sehingga suatu saat, aku terdetik ingin membuka pintu itu kerana tidak lagi kedengaran panggilan-Nya, jauh dari sudut hati, aku rindu mendengar bicara-Nya yang agung, mendengar ketukan di pintu hatiku, ketukan yang lembut, tidak menyakitkan hati. Adakah Dia telah berputus asa dengan Hati kerasku? Aku menuju ke muka pintu, perlahan-lahan ku kuak daunnya, apa yang ku lihat hanyalah satu cahaya yang tidak terungkap oleh kata, terlukis oleh pena. Cahaya itu menerangi segenap penjuru hatiku yang gelap untuk sekian lama. Cahaya malap yang berada dalam hatiku menjadi semakin bersinar dengan limpahan cahaya itu. ketahuilah aku, Dia tidak merajuk, Dia tidak juga murka, tetapi Dia Maha Penyayang, Maha Penyabar, dan Dia masih menungguku.
Bertaubatlah kita kerana telah berlaku zalim terhadap Cinta Allah.
Ketahuilah! Aku tinggalkanmu demi cintaku pada sang Rabbi.
INTAN RAUDHAH
.........
Yusuf membaca warkah dari kekasihnya dengan hati yang berkecai. Hati lelakinya tercabar kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Raudhah secara tiba-tiba tanpa sebarang perbincangan mahupun penjelasan khilaf perhubungan mereka. Adakah begini pengakhiran cinta mereka? Adakah tiada lagi cinta Raudhah untuknya? Adakah Raudhah tidak mencintainya lagi sebagaimana dia mencintainya tanpa bebelah-bagi? Bagaimana mungkin dia melupai cinta pertamanya? Dia telah bertekad untuk menyuntingnya sebagai suri hatinya saat dia mendapat tahu cintanya berbalas dahulu.
“Jika itu keputusanmu, jika tiada lagi secarik cinta untuk menampal luka di hatiku, maka sia-sia sahaja aku menagih cinta darimu. Namun seperti yang selalu aku ucapkan, jiwaku bukan jiwa berputus asa, aku akan kembali menuntut cintamu suatu hari nanti selagi kamu belum dimiliki.”
Yusuf membalas email Raudhah dengan hati yang terluka. Berkali-kali dia membaca tulisan Raudhah, mencari kebenaran dari kata-katanya agar dapat memujuk jiwa yang lara. Kata-katanya benar.
“siapapun jodoh kita, telah terdahulu ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh itu sebahagian dari keimanan kita sebagai pengikut risalah Muhammad S.A.W. Beriman dengan rukun iman yang ke-enam; qada’ dan qadar baik mahupun buruk, wajib diakui. Redholah dengan Allah, semoga Allah juga meredhoimu.” Jelas Ustaz Makmur kepadanya suatu hari saat dia menceritakan masalah hatinya usai kelas pengajian.
“peliharalah hatimu dari cinta duniawi dengan harapan kehadiran cinta Ilahi. Dengan mencintai ALLAH, jiwamu yang terluka itu akan sembuh, hatimu yang gundah akan tenang, hati yang gelap akan benderang. Cintailah Allah kembali kerana itu fitrah setiap insani.” Akhiri ustaz Makmur sebelum masuk ke dalam keretanya.
Malam itu, diatas sejadah cinta, dengan linangan air mata, Yusuf sujud kepada Yang Esa. Lama sujudnya terasa berat dosanya, malu kepalanya untuk mendongak, terasa hina memperlakukan Dia yang menciptakannya daripada mani yang tidak berguna. Terasa sukar terhapus dosanya kerana kesombongan dalam kejahilannya memperbodohkan Tuhan, kesombongan yang tidak akan memanfaatkan mahupun memudharatkanNya. Namun dia tahu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana Sifat Maha Rahman dan PengampunNya melebihi sifat-sifat keras-Nya. Selayaknya dia memenjarakan dirnya seperti Nabi Yusuf, memenjarakan nafsunya!
Raudhah membaca balasan email dari Yusuf,
kamu silap Yusuf, aku masih menyayangimu. Semoga Allah memelihara cinta kita, semoga jihad kita menjaga perasaan cinta pemberian Allah itu diredhainya.
Sejak itu, kedua-duanya hanyut dalam cinta Rabb mereka.
………………………………………..
Raudhah melangkah ke dalam maktabah sekolah lamanya. Pagi itu diadakan sambutan hari guru dan dia datang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkebetulan dia sedang menghabiskan cuti semester akhirnyanya di kampung. Raudhah mengambil mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap maktabah. Sudah banyak berlaku pengubahsuaian terhadap struktur dalaman maktabah ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat sewaktu di bangku sekolah menggamit memorinya. Terkadang dia tersenyum sendiri. Maktabah ini juga menyimpan banyak kenangannya bersama Sofiya. Rindu pula hatinya terhadap temannya yang sudah empat tahun berada di bumi Nil itu. Dia mengeluarkan diarinya yang masih disimpan, jika dulu dia sukar meluahkan perasaanya dalam diari tetapi kesibukannya sebagai pelajar universiti menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menulis diari. Program pentarbiahan dan da’wah yang diikutinya semenjak dua tahun yang lalu telah banyak mengubah dirinya, mengenal kembali makna kehidupannya di bumi ini. Dia menintakan sesuatu dalam diarinya.
“salam sahabat! mengarang surat cinta lagikah?” Seseorang menegurnya dari belakang sambil memegang bahunya. Dia terkejut sambil berpaling ke belakang.
“Sofiya! Jangan ….” Lidahnya kelu. Lama dia memerhatikan susuk gadis di hadapannya yang berpurdah.
“Bagaimana Intan tahu Sofi di belakang?” Tanya Zahrah dengan tersenyum disebalik purdah hitamnya. Raudhah tergamam, adakah dia bermimpi di siang hari? Dahinya berkerut seribu.
“Jangan berkerut lagi dahi itu, Sofi rindu untuk berdakapan dengan Intan” Tangannya masih kemas memegang bahu sahabatnya. Raudhah bangkit dari duduknya, mengadap gadis berpurdah di hadapannya, akhirnya kekeliruan terlerai, senyuman terukir diwajah mereka.
“Sofiya!” Akhirnya mereka berpelukan lama, erat sekali seperti selalu, air mata mengalir kegembiran.
“Bukankah penerbangan Sofiya bulan depan?” Tanya Raudhah sambil mempersilakan Zahrah duduk.
“Benar, tetapi diawalkan kerana ada urusan di sini, lagipun pengajian Sofi sudah selesai dua minggu lepas, ikutkan hati mahu menziarahi Mesir lebih lama, tetapi ummi dan baba Sofi mengajak pulang” Jelas Zahrah, tangannya mengelus lembut jari jemari Raudhah.
“Barangkali mereka rindu untuk bertemu dengan Sofiya” Sangka Raudhah.
“Bagaiman pengajian Intan di sini?” Tanya Zahrah.
“Alhamdulillah, pengajian Intan sudah selesai, sekarang sedang tunggu panggilan kerja, mungkin 2 minggu lagi akan diketahui keputusannnya.” Beritahu Raudhah. Zahrah mengangguk-angguk.
“Intan, mahukah Intan dengar satu perkhabaran?” Tanya Zahrah.
“Perkhabaran apa?” Tanya Raudhah lagi.
“Sebenarnya, kepulangan Sofi lebih awal ini adalah untuk membincangkan urusan…perkahwinan.” Jelasnya tersenyum
“Sofiya akan kahwin? Dengan siapa? Bila?” Raudhah teruja.
“Insyaallah, 2 bulan lagi.” Balasnya pendek.
“Dengan siapa? Khabarkan lagi.” Pinta Raudhah
“Perkahwinan ini atas pilihan ummi dan baba Sofi. Baba hendak satukan Sofi dengan anak teman baiknya. Sofi percayakan baba, Sofi yakin dia telah memilih lelaki yang baik sebagai suami Sofi, jadi dengan keyakinan itu Sofi terima lamaran dari pihak lelaki.” Jelasnya.
“Sofi belum kenal lagi dengan lelaki itu, namanya juga tidak diketahui.” Sambung Zahrah
“eh! Macammana Sofiya boleh terima lamaran lelaki tersebut sedangkan Sofiya tidak tahu menahu pun asal usulnya?” Raudhah keliru dengan sikap sahabatnya.
“Intan, cukuplah baba yang mengetahui asal usulnya, nanti apabila kami telah sah menjadi suami isteri, Insyaallah semua itu akan dapat diketahui.” Zahrah cuba menenangkan sahabatnya.
“punya fotonya?” Raudhah bertanya lagi,
“kalau namanya tidak diketahui, apatah lagi foto untuk dimiliki” Mereka tersenyum.
“Raudhah tidak risau, masakan orang yang baik, menjaga persahabatan seperti Sofiya akan dijodohkan dengan lelaki yang fasik.” Raudhah memuji sahabatnya.
“Astaghfirullah, Sofi tidak layak untuk pujian setinggi itu, Subhannallah.” Zahrah tersipu-sipu.
…………………………………..
“Salam sahabat, Subhanallah, adakah ini manusia atau bidadari dari syurga?” Gurau Raudhah saat memasuki bilik pengantin. Zahrah kelihatan anggun sekali dengan persalinan jubah putihnya. Wajahnya disolekan dengan cantik sekali, tidak terlalu berat, tidak jua terlalu ringkas. Suasana di luar sana riuh rendah dengan suara-suara manusia, semua orang bahagia dengan pernikahan ini. Dia juga mengenakan baju kurung putih, sedondong dengan pengantin.
“Ah! Intan ini manis mulut benar.” Zahrah menafikan, mereka berpelukan.
“Nampaknya, Intan kenalah kurangkan masa bersama dengan Sofi, nanti cemburu pula suami” Gurau Raudhah lagi, hatinya gembira mengetahui sahabatnya akan berkahwin.
“Intan, walaupun Sofi sudah kahwin, qualiti persahabatan kita tidak akan berkurangan, ingat hal itu.” Zahrah memegang tangan sahabatnya erat. Raudhah mengangguk-angguk, air mata mereka menitis.
“Jangan menangis, rosak nanti solekan itu.” Raudhah menyeka air mata Zahrah.
“Sofi.” Baba Zahrah muncul dari pintu bilik. Raudhah meminta diri untuk keluar, barangkali ada sesuatu yang ingin dibicarakn oleh baba Zahrah, bicara seorang ayah dengan anak perempuannya.
“Jadi isteri yang solehah, baba telah memilih seorang lelaki yang terbaik untuk Sofi, baba yaqin anak kawan baik baba itu akan dapat membahagiakan Sofi dan menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap ana-anak Sofi nanti.” Kata babanya sambil memeluk anaknya erat.
Sementara itu, Raudhah keluar melayani tetamu yang datang, sebentar lagi rombongan lelaki akan sampai.
“Baba, Rombongan lelaki sudah sampai!” Jerit adik lelaki Zahrah dari tangga rumah. Tetamu yang hadir bangkit menuju ke luar rumah ingin melihat pengantin lelaki. Raudhah juga tidak sabar melihat bakal suami sahabatnya. Dia menyelit ke dalam kelompok tetamu yang menjenguh ke tingkap rumah.
“Yusuf!” Hatinya terkejut.
“Yusufkah namanya?” Tanya tetamu disekelilingnya namun dia tidak dapat menjawab.
Yusuf! Sofiya! Bagaimana dapat diungkapkan perasaannya saat ini. Antara janji yang dipegangnya sejak bertahun lalu, antara kasihnya yang tidak berbelah-bagi terhadap Sofiya. Antara cintanya terhadap Yusuf, antara sayangnya terhadap Sofiya. Raudhah menahan air matanya, dia segera keluar dari kelompok tetamu tersebut, dia tidak ingin Yusuf melihatnya. Yusuf telah memungkiri janjinya. Air matanya menitis.
Dari dalam bilik, telefon Raudhah berbunyi, Zahrah yang berada berdekatan mencapai telefon bimbit sahabatnya yang terletak di dalam tas tangan Raudhah.
“Assalamualaikum.” Tetapi talian dimatikan.
Zahrah terkejut. Dia meletakan kembali telefon bimbit sahabatnya, hatinya terdetik untuk mengambi buku kecil yang terselit di dalam tas tangan sahabatnya. Dia membelek-belek helaian diari Raudhah.
“Sofi! Nampak Intan?” Tanya umminya dari muka pintu. Zahrah terkejut dan meletakan kembali diari Raudhah ketempatnya.
“Ya Ummi Nab, ada apa cari Intan?” Raudhah menegur ummi Zaharah dari belakang, matanya merah akibat menangis.
“Disini kamu, temankan Sofi, Ummi Nab nak ke depan, layan bakal mertua si Sofiya ini” jelas riak kegembiraan di wajah ummi Zahrah. Raudhah mengangguk-angguk.
“Intan, tadi Sofi terbaca diari Intan” Zahrah memegang tangan Raudhah, hatinya rasa bersalah.
“Sofiya! Intan..” Raudhah terkejut, adakah Zahrah terjumpa foto Yusuf?
“Intan, Sofi minta maaf, Sofi bukan sahabat yang baik, Intan banyak meluahkan isi hati Intan di dalam diari sedangkan Sofi ini sahabat Intan, maafkan Sofi, disebabkan kesibukan Sofi menuntut Ilmu di Mesir, Sofi terlupa tentang sahabat Sofi disini.” Mata Zahrah bergenang air mata.
“Sofi…” Raudhah lega Zahrah tidak mengetahuinya. Perlukah dia luahkan kepada Sofiya perasaannya saat ini? Antara kecewa dan bahagia, antara cinta adam dan hawa, antara cinta seorang sahabat. Jahatkah jika dia menjelaskan hal yang sebenar? Kejamkah dia terhadap Sofiya jika dikhabarkan bahawa bakal suaminya adalah lelaki yang dia puja bertahun lamanya. Lelaki yang pernah berjanji akan menuntut cintanya kembali. Raudhah menahan air matanya dari menangis.
“Jangan menangis Sofi, usah difikirkah tentang persahabatan kita hari ini. Hari ini adalah hari bahagia Sofi, jangan titiskan air mata terhadap perkara remeh sebegini. Sofi tidak bersalah.” Raudhah mencuba berlagak seperti tiada yang terjadi.
……..
Yusuf segera memutuskan talian, hatinya tidak sanggup untuk mengkhabarkan kepada Raudhah tentang perkahwinannya.
“Sop! Depan Tok Kadipun sempat lagi telefon seseorang.” Tegur kawannya di sebelah.
Yusuf memerhatikan tok kadi yang duduk di hadapannya sedang berbincang sesuatu dengan bapa pengantin perempuan. Dia juga tidak mengenali siapa bakal isterinya. Hanya namanya sahaja meniti dibibir. Dia masih berharap akan terjadi keajaiban sebentar lagi. Keajaiban yang akan menyatukan dirinya dengan Raudhah. Maafkan Yusuf, Yusuf tidak mampu menolak permintaan seorang ayah. Yusuf perlu akur dengan permintaan ayahnya yang menginginkan dia dijodohkan dengan anak perempuan sahabatnya. Katanya sejak kecil lagi mereka sudah berkira-kira untuk menjodohkan kami. Maafkan Yusuf Raudhah, bukan niat Yusuf memungkiri janji, maafkan Yusuf hingga saat ini Raudhah belum mengetahui sebentar lagi Yusuf akan menjadi suami orang. Hatinya dirudum kekecewaan. Kecewa tidak berjodoh dengan Raudhah, kecewa telah memungkiri janjinya.
Tangannya sedikit menggigil saat Tok Kadi menjabat tangannya dengan erat.
“AKU TERIMA NIKAHNYA SOFIYA ZAHRAH BINTI ABDUL MUNSYI DENGAN MAS KAHWIN 88 RINGGIT TUNAI!” Antara lega dan sedih itulah yang dirasakan Yusuf saat itu.
“Sah?” Tanya Tok Kadi kepada saksi.
“Sah!”
……………
Dari kamar pengantin, Zahrah menitiskan air mata kegembiraan. Sekarang dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Yusuf bin Syukor, nama yang tertulis di atas sijil perkahwinan. Raudhah disebelahnya memeluk Zahrah dengan erat, dia menangis teresak-esak. Hatinya gembira Zahrah telah diijab-kabulkan dan hatinya juga terluka, Yusuf bukan lagi jodohnya.
“Intan jangan nangis begitu, kita tetap sahabat seperti dulu.” Pujuk Zahrah. Raudhah mengesat air matanya.
Kedengaran derap kaki yang banyak dari luar menuju ke kamar pengantin, Hati Raudhah semakin berdebar-debar. Bersediakah dia melihat Yusuf menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari manis Zahrah? Bersediakah dia melihat dahi Zahrah dikucup oleh Yusuf. Hatinya berbelah-bagi saat itu. Sementara itu, hati Zahrah berdebar-debar menanti siapakah suaminya itu, bagaimanakah parasnya. Kebahagiaan jelas terlukis diwajahnya.
Yusuf melangkah masuk ke kamar pengantin, matanya masih tunduk ke bawah. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menatap wajah isterinya. Dia mengharapkan isteri dihadapannya adalah Raudhah namun takdir telah mengatakan segalanya. Impiannya untuk bersama Raudhah ditinggalkan saat dia sah menjadi suami kepada Sofiya Zahrah. Maafkan Yusuf. Yusuf mendongakan kepalanya ke hadapan. Hatinya terkejut! Longlai kakinya melihat kekasih yang dipujanya sekian lama menjadi pengapit pengantin perempuan dalam majlis perkahwinannya sendiri! Mata mereka bertentangan, jelas kelihatan mata Raudhah bergenangan air mata.
Raudhah! Maafkan Yusuf! Hanya itu yang terungkap oleh hati lelakinya.
“Sarungkan cincin ke jari Sofiya!” Arah ibu Yusuf perlahan sambil menghulurkan sebentuk cincin bertatah permata putih. Hatinya teragak-agak untuk menyambut huluran cincin dari ibunya. MAAFKAN YUSUF! Hatinya menjerit.
Raudhah menundukkan pandangannya, ditahan air matanya dari menangis walaupun dia sudah tidak mampu untuk berlagak seperti tiada yang berlaku. Dia tidak dapat menipu dirinya bahawa suami sahabatnya kini adalah Yusuf! Raudhah mengangkat tangan Zahrah yang masih tidak berganjak dari atas pahanya saat pengantin lelaki ingin menyarung cincin ke jarinya. Zahrah! selayaknya dirimu menerima Yusuf.
Hati Yusuf bertambah rasa bersalah melihat Raudhah mengangkat tangan sahabatnya untuk disarungkan cincin perkahwinan. Sebetulnya jarimu yang layak menyarung cincin perkahwinan darinya. Saat dia mengucup lembut dahi Sofiya Zahrah, Raudhah bangkit dari duduknya dan menuju ke luar kamar.
Maaf sahabat, aku tidak mampu menyaksikan takdir seperti ini.Raudhah menangis tersedu-sedan di belakang rumah sahabatnya. Yusuf! Cintailah Sofiya, sesungguhnya aku lebih redho kehilangan cintamu daripada aku kehilangan cinta seorang sahabat seperti Sofiya.
…………………………….
Zahrah terus mendail nombor telefon Raudhah, sejak akhir-akhir ini semakin sukar untuk menghubungi Raudhah. Hatinya rindu untuk bertemu dengan sahabat karibnya, banyak perkara yang ingin diceritakan kepada Raudhah. Kali terakhir dia bertemu dengan Raudhah 5 bulan selepas perkahwinannya. Adakah Raudhah merasa tidak selesa dengan statusnya sebagai isteri orang. Intan, sesungguhnya abang Yusuf tidak pernah menghalang kita untuk tetap bertemu seperti dahulu. Zahrah merasakan bahunya disentuh lembut. Dia berpaling.
“Sofi buat apa di laman rumah malam-malam ini? Mari masuk, nanti demam siapa susah? Bayi dalam perut itu juga.”
Zahrah tersenyum dengan gurauan suaminya, air matanya menitis.
“Kenapa menangis ini?” Yusuf terkejut, jarinya menyeka air mata isterinya.
“Sofi rindu Intan, sudah banyak kali Sofi telefon tapi tidak dijawab. Sofi tidak tahu kenapa Intan seakan-akan menjauhkan diri dari Sofi, kalau Sofi ada melakukan silap, beritahu Sofi, Sofi akan berubah.Sofi tidak mahu persahabatan kami sejak di bangku sekolah putus begitu sahaja.” Kata Zahrah sambil matanya memandang suaminya. Yusuf merenung mata isterinya yang berkaca itu. Dia tahu Raudhah tidak selesa untuk bertemu dengan Sofiya mahupun dirinya. Maafkan Yusuf Sofi, kerana Yusuf persahabatan Sofi dengan Raudhah retak.
“Mungkin dia sibuk dengan kerjanya.” Pujuk Yusuf.
“Mari kita masuk ke dalam, tidak elok berlama diluar ini.” Yusuf memipin tangan isterinya ke dalam. Usia kandungannya kini mencecah 8 bulan. Isterinya mengalami alahan yang teruk dan banyak menghabiskan masa di rumah. Dia pula semakin sibuk dengan kerjanya sebagai jurutera di syarikat swasta di ibu kota. Nasib baik jarak antara rumahnya dengan tempat kerja hanya 20 km.
“Sofi! Kenapa?” Tanya Yusuf melihat isterinya terhuyung- hayang berjalan. Zahrah tersenyum, tangannya memicit-micit kepalanya.
“Tidak apa apa, biasalah mengandung ini, pembawakan budak.” Jelas Zahrah.
“Abang cintakan Sofi?” Tanya Zahrah tiba-tiba. Yusuf terkejut. Bagaimanakah perasaannya terhadap isterinya setelah hampir setahun mereka bernikah? Adakah cintanya terhadap Raudhah telah lenyap?
“Cinta!” Jawabnya ringkas.
“Apa buktinya?” Zahrah menduga suaminya.
“Eh! Habis yang dalam perut itu bukan bukti lagi?” Mereka tersenyum.
………………………………………………………….
Sudah seminggu Raudhah terlantar di hospital tidak sedarkan diri akibat kemalangan di jalan raya. Doktor mengesahkan Rudhah mengalami kecederaan dalaman dan jantungnya mengalami komplikasi untuk berfungsi, andai dalam masa terdekat ini tidak ada penderma, mungkin nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Luluh air marmata Zahrah ketika mendengar penjelasan daripada doktor Farid. Zahrah menggenggam tangan Raudhah. Bukalah matamu, tataplah wajahku, berbicaralah denganku, sesungguhnya aku rindu mendengar suaramu, sudah sekian lama kita tidak berbicara dan saatku ketemu denganmu kembali, kamu masih diam tanpa bicara. Aku khuatir jika diammu semakin lama, bukalah matamu! Zahrah menangis tersedu sedan di katil Raudhah. Yang kedengaran hanyalah deru nafas Raudhah melalui alat bantuan pernafasan. Allah! Biarku ganti tempatnya.
Zahrah terdetik untuk membaca diari yang diberikan oleh jururawat yang diberikan oleh polis yang mejumpainya di tempat kejadian. Dia membelek-belek diari yang pernah dibeleknya pada hari perkahwinannya, satu foto terjatuh dari celahah diari itu. Zahrah mengambil foto yang terbalik gambarnya, terdapat tulisan ringkas dibelakangnya.
Yusuf!
Cinta hatiku.
16/2/ 2001
Zahrah menterbalikan gambar tersebut.
“Abang Yusuf!” Segera wajahnya berpaling kearah Raudhah yang terlantar dikatil.
Apa semua ini? Hatinya bingung. Apakah hubungan abang Yusuf dengan Intan? Zahrah membelek-belek helaian diari Raudhah.
17/ 3/ 2003
Yusuf!
Intan akan pegang janji Yusuf! Intan akan menunggu Yusuf menuntut cinta Intan kembali. Perpisahan ini hanyalah atas dasar perhubungan namun cinta Intan masih seperti dulu.
25/ 6/ 2007
Sofiya! Bagaimana mungkin aku ungkapkan perasaanku saat aku mengetahui bakal suamimu adalah lelaki yang ku nanti bertahun lama janjinya untuk dipenuhi? Aku menantinya tanpa prasangka, aku meyakini bahawa dia akan kembali mencariku. Namun,… Sofiya! Tidak mungkin aku mengecewakan hari bahagiamu. Yusuf! Apakah alasan diatas pengkhianatan janjimu sendiri?
Zahrah terduduk di birai katil sahabatnya, tangisnya teresak-esak.Intan! kenapa Intan sembunyikan hal ini? Intan tidak perlu korbankan cinta Intan semata-mata tidak ingin melihat Sofi terluka! Zahrah menyesal, kiranya dia sempat membaca diari ntan pada hari perkahwinannya pasti Intan bahagia dengan Yusuf! Maafkan Sofi Intan! Sofi telah merampas Yusuf darimu. Zahrah menekan-nekan kepalanya, sakitnya datang lagi.
“Masuk!” Doktor Farid menjerit dari dalam biliknya.
“Assalamualikum doktor, boleh saya berbicara sebentar?” Tanya Zahrah.
“Silakan duduk Puan Zahrah!” Jemput Doktor Farid.
“Tapi Puan, kita masih punya masa menanti penderma!” Kata Doktor Farid tegas.
“Benar kita masih punya harapan, tetapi adakah doktor boleh menjamin bahawa saya akan hidup untuk dua tiga hari lagi? Doktor sendiri memberitahu kepada saya bahawa hayat saya tidak dapat bertahan lebih lama.” Kata Zahrah.
“Benar, tapi Puan masih punya harapan untuk sembuh, jangan berputus asa!” pujuk doctor Farid lagi.
“Saya tidak dididik untuk berputus asa, dan Raudhah juga tidak dididik untuk berputus asa. Saya dapat merasakan bahawa penyakit saya tidak akan sembuh malah ia semakin teruk dari hari ke hari. Berikan Raudhah peluang untuk hidup! Lagipun seminggu lagi saya akan melahirkan anak, doktor lebih tahukan apa yang perlu dilakukan, izinkan saya hidup dalam dirinya.” Zahrah berkata tegas.
“Kita perlu lakukan ujian dahulu, adakah suami puan tahu akan hal ini?” Tanya doktor Farid lagi, Benar tekaan Zahrah, penyakitnya telah melepasi tahap kritikal, sukar untuk disembuhkan. Namun sejak setahun lalu dia melihat pesakitnya ini seorang yang kuat, walaupun tanpa kimoterapi, Zahrah masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.
“Saya akan beritahu suami saya nanti!” Zahrah keluar dari bilik doktor Farid.
Raudhah, maafkan Zahrah!
……………………..
Yusuf kelihatan sugul di tepi tingkap hospital. Dia memandang keluar tingkap, hujan masih lagi lebat sejak petang tadi. Raudhah! Zalimkah Yusuf? Hatinya bercelaru, segeralah sembuh Raudhah! Kamu masih layak untuk meneruskan kehidupan ini, kamu akan menemui lelaki yang lebih baik dariku! Perlu ku akui, sehingga saat ini, masih ada lagi secarik rindu untukmu, namun dirimu juga mengetahui Sofiya Zahrah adalah isteriku kini.
Zahrah memandang Yusuf yang sendirian di tingkap, Abang Yusuf! Maafkan Sofi! Sesungguhnya Sofi kejam kerana menghancurkan impian abang untuk bersama dengan Intan. Benar, jika dari awal lagi Sofi mengetahui hal ini, pernikahan mereka tidak akan dilangsungkan. Adakah dia masih punya peluang untuk membetulkan keadaan?
“Abang.” Zahrah menyentuh lembut bahu suaminya.
“Sofi, adakah Raudhah masih punya harapan untuk hidup?” Tanya Yusuf tanpa memandang isterinya. Entah mengapa dia tidak sanggup kehilangan Raudhah, adakah dia masih mencintai Raudhah seperti dulu? Tidak cukupkah dalam masa setahun ini untuk dia melupakan Raudhah?
“Intan akan sembuh!” Jawab Zahrah optimis.
“Adakah telah ada jantung yang sesuai untuknya?” Yusuf berpaling.
“Insyaaallah, esok pemindahan jantung akan dijalankan. Raudhah akan sembuh seperti sedia kala.” Jawab Zahrah sambil tersenyum. Dia memandang dalam kearah suaminya. Yusuf tersenyum lantas memeluk isterinya. Raudhah akan sembuh! Itulah yang diharapkan dalam doanya. Zahrah melepaskan pelukan suaminya.
“Abang, esok juga Sofi dijangkakan bersalin, jadi Sofi nak bersalin di hospital ini.” Beritahu Zahrah.
Perlukah Yusuf mengetahui hal yang sebenar, dia tidak ingin merumitkan keadaan, dia ingin redho dengan tekadnya, Raudhah perlu diselamatkan, dia juga tidak ingin Yusuf bersedih dengan keadaannya jika dia mengetahui rancangannya. Dia tidak ingin Yusuf mengetahui sebelum pembedahan bahawa penderma jantung untuk Raudhah adalah isterinya sendiri. Yusuf mengangguk-angguk.
“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhoi Sofi? Meredoi segala perbuatan Sofi? Meredoi segala yang bakal terjadi esok hari? Meredoi sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredoi kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?” Zahrah cuba menahan air matanya dari menitis. Yusuf memegang kedua belah bahunya lembut dan memandangnya.
“Kenapa Sofi tanya soalan begitu? Insyaallah esok semuanya akan berjalan lancar, Sofi akan selamat melahirkan anak abang dan Raudhah akan selamat daripada pembedahannya dan abang akan menjadi orang yang paling bahagia sekali hari esok!” Kata Yusuf bersemangat. Zahrah kembali memeluk Yusuf. Sofi akan membahagiakan abang sehingga akhir hayat abang, maafkan Sofi, redholah keatas Sofi atas segala tindakan Sofi, Sofi tidak ingin membuatmu sedih! Namun sejak hari pertama pernikahan kita, Sofi telah membuat hatimu terluka dan… hati sahabatnya Intan juga. Maafkan Sofi!
……………………..
Zahrah memandang kearah Raudhah di sebelah katilnya, sebentar lagi jantungnya akan berada di dalam jasad Raudhah. Tangan Zahrah dipegang seeratnya, dia mengucup dahi dan pipi Raudhah lama, air matanya menitis. Maafkan Sofi! Hingga ke saat ini Sofi masih tidak dapat mendengar suaramu, Intan terus diam, bukalah matamu, lihatlah wajahku untuk kali terakhir. Air matanya menitis semakin laju, ummi, baba, abang Yusuf, Intan! Maafkan Sofi salama kehidupan Sofi bersama kalian. sebentar kemudian dunia Zahrah gelap dan sunyi…
Yusuf masih menanti penuh debar di luar bilik persalinan, dia juga diberitahu saat-saat akhir bahawa isterinya perlu dibedah. Raudhah juga dimasukan di wad yang sama untuk dibedah juga pada masa yang sama. Yusuf dan ahli keluarga yang lain semakin risau kerana pembedahan itu mengambil masa yang lama, tidak ada tanda-tanda pembedahan kedua-duanya akan selesai.
Setelah hampir lapan jam menuggu, akhirnya doktor Farid diiringi oleh seorang juru rawat keluar membawa seorang bayi. Kepenatan menunggu di luar terus hilang saat dia memandang bayi yang berada di dalam pangkuan juru rawat. Dia memangku bayi perempuannya.
“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” Tanya Yusuf.
“bagaimana pula keadaan Intan?” Tanya ibu Intan. Masing-masing menanti jawapan dari doktor yang berusia dalam lingkungan 40-an. Doktor Farid mengambil nafas dalam-dalam dan memerhatikan setiap wajah yang berdiri di hadapannya.
“Alhamdulillah, pembedahan jantung keatas Cik Raudhah Berjaya dilakukan. Keadaannya juga stabil” Doktor Farid berjeda seketika. Dia mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar. Walaupun situasi ini bukan yang pertama namun hati manusianya seakan-akan tidak sanggup untuk menberitahu hal yang sebenar, dia tidak ingin berita itu nanti menghapuskan senyuman diwajah mereka.
“ Seperti yang Encik Yusuf ketahui, penyakit yang dihidapi isteri encik sejak setahun yang lalu sudah melewati tahap kritikal dan….” Yusuf segera memotong percakapan doktor Farid.
“Apa yang doktor cakapkan ini? Isteri saya menghidap penyakit? Penyakit apa?” Doktor Farid terkejut dengan pertanyaan dari Yusuf, dia membuat andaian bahawa pesakitnya tidak memberitahui hal yang sebenar tentang penyakitnya.
“Puan Zahrah mengidap…. Kanser otak sejak setahun lalu…” beritahu doktor Farid. Yusuf terkasima.
“Doktor! Berterus terang kepada kami, bagaimana keadaan anak perempuan saya?” Tanya baba Zahrah yang sedari tadi diam memerhatikan perbualan doktor dengan Yusuf.
“Encik, maafkan kami…kami telah mencuba sedaya upaya, Allah lebih menyayangi Puan Zahrah.” Beritahu doktor Farid dengan perasaan yang berat. Sebentar kemudian dia berlalu pergi. Kaki yusuf terasa longlai, akhirnya dia terduduk, dia memerhatikan anak perempuan yang berada dalam pelukannya. Sofi! Dia teringat perbualan mereka semalam.
“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhoi Sofi? Meredoi segala perbuatan Sofi? Meredoi segala yang bakal terjadi esok hari? Meredoi sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredoi kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?”
Sofi! Kenapa sakitmu tidak diberitahu, aku suamimu! Sofi…maafkan abang. Yusuf merasakan dunianya gelap tanpa lagi cahaya. Sofi! Seperti pintamu, aku meredhoi selama hidupmu sebagai isteriku.
……………..
Yusuf membuka pintu kamarnya, sunyi. Rindunya menggamit kembali terhadap Sofi! Aku juga mencintaimu, bekas tanah masih melekat diseluarnya usai majlis pengebumian petang tadi. Yusuf memnghampiri meja solek dan memandang gambar perkahwinan mereka. Terdapat dua sampul surat diatas meja tersebut. Satu untuk dirinya, satu untuk Raudhah. Adakah Sofi tahu bahawa ajalnya sudah tiba? Yusuf mengumpul kekuatan untuk membaca isi kandungan surat itu.
Assalamaualaikum,
Abang,
Terima kasih kerana sudi menjadi suami yang baik untuk Sofi. Terima kasih kerana mencintai Sofi. Disaat Sofi sah menjadi isteri abang, Sofi berjanji untuk mencintai abang dengan seikhlas hati, menjadi isteri yang solehah, isteri yang menjadi penyejuk mata, penenang jiwa si suami walau apapun ketikanya. Namun… Maafkan Sofi, Sofi telah mencalarkan hatimu pada hari itu juga.
Abang, kenapa diterima pernikahan ini jika hati dan cinta abang untuk orang lain? Mengapa masih mengaku cinta terhadap isterimu sedangkan hatimu tidak begitu. Mengapa perlu menipu hatimu demi kebahagiaan diriku. Adalah kesilapan besar saat kita dinikahkan!
Sofi tidak dapat membayangkan perasaan Intan yang berada disebelah Sofi melihat cincin perkahwinan lelaki yang disanjunginya disarungkan dijari manis sahabat baiknya. Sofi telah mengetahui tentang kisah kalian, namun ia sudah terlewat. Saat Sofi mengetahuinya Intan sedang terbaring lesu di katilnya dan Sofi dalam keadaan bahagia menanti saat kelahiran bayi kita. Betapa zalimnya Sofi menjadi penghalang cinta kalian demi kebahagian Sofi sendiri.
Sekarang Sofi sedar mengapa Intan semakin menjauhkan diri dari Sofi. Mana mungkin hati perempuannya tega untuk bertemu dengan abang yang sentiasa bersama dengan Sofi, hatinya tidak akan mampu untuk melihat lelaki yang dipujanya berjalan seiringan dengan sahabat baiknya. Sesungguhnya Sofi telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kalian.
Abang,
Maafkan Sofi, saat abang membaca surat ini, barangkali Sofi sudah tiada di dunia ini, jika masih adapun Sofi tidak akan membiarkan abang menghalang rancangan Sofi.Fahamilah hati Sofi, bukan niat Sofi untuk menderhakai, bukan jua niat membelakangi tentang penyakit Sofi, ketahuilah Sofi tidak ingin membebankan abang dengan penyakit Sofi, maafkan Sofi.
Maafkan Sofi kerana tidak memberitahu abang bahawa penderma jantung kepada Intan adalah… Sofi, isteri abang!. Cukuplah Sofi menjadi penghalang keatas cinta kalian, cukuplah Sofi melukai hati Raudhah. Redholah kehidupan Sofi sebagai isteri abang. Apabila anak kita dilahirkan, berikan dia nama ‘Raudhah’ dan nikahilah Intan!
Sesungguhnya Sofi mencintai abang saat hari pertama Sofi menjadi isteri abang. Andai dirimu sudi, terimalah aku menjadi bidadarimu di syurga. Izinkanlah aku menemanimu di sana untuk selama-lamanya.
Salam sayang,
SOFIYA ZAHRAH
Yusuf memandang dirinya dari dalam cermin. Yusuf! Layakkah kamu menerima pengorbanan sebesar ini? Matanya berkaca, Allah! Ampunkan hambamu kerana hanya memikirkan tentang perasaanku, kerjaku sehingga aku leka, sehingga aku mengabaikan tanggungjawabku terhadap isteriku. Sehingga aku tidak mengendahkan sakit kepala isteriku yang hatiku menyangka ia hanya pembawakan budak, sehingga aku buta untuk melihat dengan teliti botol-botol ubat isterinya. Maafkan Yusuf Sofi! Maafkan Yusuf! Abang tidak layak untuk semua ini.
………………………….
Sudah hampir seminggu Raudhah sedar namun perihal pemergian Zahrah masih belum diketahuinya. Doktor melarang diceritakan hal yang sebenar, khuatir dia tidak dapat menerima kenyataan dan ia akan menjejaskan jantung barunya.
“Ibu, Dimana Sofi? Sudah seminggu Intan sedar, tapi Sofi tidak juga datang menjenguknya.” Tanya Raudhah dengan suaranya yang perlahan. Dia tidak dibenarkan bercakap banyak.
“Sofi ada datang jenguk Intan, tapi ketika itu Intan sedang tidur.” Jawab ibunya pendek. Dia beristighfar dalam hati. Entah yang kali keberapa dia menipu anak gadisnya.
“Kenapa tidak dikejutkan Intan? Intan rindu untuk bertemu dengan Sofi, Intan hendak minta maaf kerana menjauhkan diri darinya tempoh hari.” Matanya bergenang air mata.
“Intan jangan nangis, nanti ibu beritahu Sofi suruh datang melawat Intan lagi.” Pujuk seorang ibu. Intan kembali menutup matanya. Dia tidak menyangka sehingga ke hari ini dia masih bernyawa. Dia ingin sekali mengetahui jantung siapa yang berada di dalam dadanya.
“Ibu siapakah yang mendermakan jantung kepada Intan?” Intan kembali membuka matanya. Ibunya kelu, siapakah penderma jantung kepada anaknya?
…………………………………
Setelah hampir sebulan lebih di tahan di wad, Raudhah dibenarkan pulang.
“Ibu, boleh hulurkan telefon Intan? Intan mahu menghubungi Sofiya.” Pinta Raudhah. Ibunya kaget.
“Intan, doktor cakap Intan masih perlu banyak berehat, jangan fikirkan hal-hal lain” Kata ibunya yang sedang mengemas pakaiannya dengan anak bongsunya.
“Ibu, kenapa semua orang seakan-akan merahsiakan sesuatu dari Intan? Setiap kali Intan tanya tentang hal Sofiya, berbagai alasan diberikan, dimana Sofiya Ibu? Adakah sesuatu terjadi kepadanya? Kenapa Sofi tidak datang menjenguk Intan selama Intan disini?Sofi bukan orang begitu!” Ibunya tahu soalan begitu pasti akan hadir. Adakah ini masa yang sesuai untuk memceritakan hal yang sebenar? Ibunya memandang kearah anak bongsunya.
“Intan ,mari kita pulang.” Pujuk Ibunya.
“Intan tidak mahu pulang selagi Intan tidak dapat mendengar suara Sofi!” Intan berkeras, ibunya bungkam.
………………………..
Intan terus menangis dalam perjalannya. Kereta yang dipandu ayahnya meluncur laju menuju ke tanah perkuburan. Sofi! Maafkan Intan! Sofi tanggung derita itu seorang diri, kenapa tidak dikongsi dengan Intan? Kita sudah berkawan sudah lama, mengapa masih ingin berahsia? Intan kembali kecewa, maafkan Intan! Intan juga berahsia denganmu, namun ia demi kebahgiaanmu, Maafkan Intan kerana tidak mempedulikan panggilanmu.Maafkan Intan!
Intan dipapah oleh Ibu dan adiknya menuju ke pusara Zahrah, kakinya masih tidak kuat untuk berdiri sendiri. Kelihatan seorang lelaki sedang berdoa di pusara Zahrah. Raudhah menghampiri.
“Yusuf!” Panggilnya lemah, air matanya terus menitis, suaranya juga semkin tersekat- sekat. Yusuf berpaling namun tidak berkata sepatah pun. Yusuf bangkit memberi laluan kepada Raudhah dan bersalaman dengan ayah Intan.
“Maafkan Intan Yusuf!” Kata Intan sambil matanya memandang batu nisan Zahrah. Yusuf tidak menjawab sebaliknya dia menuju ke keretanya.
“Sofi! Maafkan Intan!” Hanya itu yang terucap dari bibirnya. Air-matanya masih menitis laju, sesungguhnya dia redho dengan pemergian Sofiya. Yusuf datang membawa surat yang ditulis Zahrah kepada Raudhah dan menghulurkannya kepada Intan, mulutnya masih terkunci untuk menuturkan kata kepada Raudhah. Dia meminta diri untuk pulang.
Intan menatap sampul surat yang diterimanya. Adakah in bicaramu Sofiya?
Assalamualaikum Intan, sahabatku,
Intan, tiada satu katapun dapat menggambarkan kecintaanku terhadapmu, betapa Sifat Rahmannya dititipkan ke dalam hatiku untuk turut sama mengasihimu. Dari bangku sekolah kita bersahabat, sehingga kini kita tetap jua bersahabat.
Intan, sesungguhnya Sofi yang perlu berkorban untukmu bukan dirmu. Sofi tidak berhak diatas pengorban itu. Usah disembunyikn lagi perasaanmu terhadap abang Yusuf! Bukan amarah dariku namun rasa bersalah yang teramat menyelubungi segenap hatiku tatkala Sofi menyedari bahawa Sofi adalah perampas kebahagiaanmu, impianmu untuk bersama abang Yusuf.
Adakah tangisan Intan dihari bahagia Sofi setahun yang lalu, tangisan luka? Tidak! Maafkan Sofi! Sofi telah berlaku zalim terhadap Intan dan abang Yusuf. Mafkan Sofi kerana terlewat mengetahui semua ini. Hingga saat ini Sofi mengetahui mengapa Intan menjauhkan diri dari Sofi. Hati Sofi luluh melihat Intan terbaring lesu di atas katil. Sofi menemani Intan, berbicara dengan Intan namun Intan terus diam dan Sofi tidak mahu Intan terus diam.
Maafkan Sofi kerana tidak dapat menemani Intan untuk berbicara lebih lama. Bukan Sofi tidak mahu, namun Sofi semakin lemah, juga semakin tidak mampu untuk melihatmu terus terbaring di katil. Sofi ingin melihat Intan kembali senyum seperti dulu. Namun Sofi tidak dapat lagi menatap lagi senyuman Intan, senyuman yang merajut rindu Sofi. Maafkan Intan, hanya ini yang termampu Intan korbankan demi persahabatan kita.
Maafkan Intan kerana telah melukai hatimu, BUKAN NIATKU! Intan, kita pasti kembali bersatu, kematian bukan pengakhiran kepada persahabatan kita. Sofi akan sentiasa hidup dalam diri Intan. Jantung Sofi adalah bukti kasih sayang Sofi terhadap Intan. Andai Sofi tidak menghidap penyakit pun, Sofi akan berkorban untuk Intan. Jagalah abang Yusuf. Maafkan Sofi selama hidup dalam persahabatan kita.
Salam rindu,
SOFIYA ZAHRAH
“Ibu!” Jerit Raudhah. Ibunya menghampiri dan memeluk anaknya.
“Ibu! Jantung Sofi ada dalam Jasad Intan!” Hatinya terus menangis, Sofi! Mulianya dirimu mengorbakan nyawamu demi memberiku kehidupan yang baru!ALLAHUAKBAR!
……………………………..
Yusuf menatap pusara dihadapannya. Beginilah kiranya takdir antara mereka. Takdir cinta antara dua sahabat. Persahabatan yang memperlihatkan pengorbanan hati dan jiwa antara mereka. Adakah mampu ditemui persahabatan sebegini? Sudah hampir 2 tahun pemergian Raudhah, kekasih hatinya saat dia bertarung nyawa dengan Izrael melahirkan zuriatnya.
Allah itu maha Pemurah. Dia mengurniakan keatasnya 2 srikandi yang membahagiakan segenap hatinya. Sofiya, cintamu bak kuntum mawar yang mewangi di taman, sesungguhnya engkau memberi lebih dari aku pinta. Raudhah, janjiku kabulkan demi janjiku kepada Sofiya, Cintamu tidak juga padam walaupun aku dahulu pernah menjadi suami orang. Tidak juga kau simpan dendam bahkan hatimu masih terbuka unutk menerimaku kerana amanahmu dari seorang kawan. Perlukah aku menerima lebih dari itu? sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurniannya terlalu banyak untukku.
“Zahrah, Raudhah! Mari kita pulang sayang.” Panggil Yusuf kepada anaknya yang leka mencabut rumput di pusara ibu-ibu mereka. Mereka amanah dari kalian, akan aku jaga mereka, akan aku didik mereka menyemai kasih dan cinta sebagai sahabat seperti cinta kalian berdua. Berbahagialah kalian di syurga, aku akan mencari kalian di sana, menjadi bidadari syurgaku. Cintaku pada kalian tidak akan pudar, rindu kalian akan terus bersemadi di hati. Setitis air mata mengiringi doanya petang itu.
SELESAI
Posted by Ms. Turtle at 7:23 AM